Advert




30 December, 2009

Perjalanan jauh tak ku rasa

PERJALANAN BALIK KE KEDAH HARI TU

Driver of the day.. siapa lagi. Papa ok tak? Ok!

Mama peneman sejati. Syirah buatpe kat belakang tu? Sorang2 ke?

Sampai menganga. Apa yg excited sgt tu?

Ooo ada teman rupanya. Baca book dengan Ucu bagi menghilangkan boring.

Kami bertema merah di hari kejadian.


29 December, 2009

Satay Station

Menggiurkan tak? Eh menyelerakan tak? Satay kat sini gemok gile, makan beberapa batang je dah kenyang sampai nak terbuntang bijik mata.

Ni aktiviti kami sekeluarga masa cuti Awal Muharam hari tu. Dek kerana selalu terbaca kisah kawan-kawan macam Neena, Derna ngan Mya makan kat sini, maka si ibu mengandung ni sudah teringin mau makan satay kat sana. Nasib baik semua pun sanggup menurut perintah (padahal kena belanja, sape tak nak). Sampaikan opah Syirah kata "amboi jauhnye nak pi makan satay, kalau tak sedap, tak tau lah". Dengan efficientnya, aku dah siap reserved bilik. Boleh buat cam umah sendiri sambil makan.


Kalau nak tau, Opah lah peminat satay sejati. Kalau ada satay, makanan lain semua dia tak pandang. So masa makan ni, aku tanya "sedap tak mak?". Dia angguk je tanpa berkata..speechless kata omputih. hehehe.

Kenit ni makan siap cicah kuah kacang. Dia kata tak pedas. Satay sebatang pegang sampai lunyai tak abis-abis. Ape dah, makan pun susah. Kat sini ada mee rebus Bonda. Sedap jugak. Memang menepati citarasa keluarga kami. Wah iklan gitu.

Saya sangat puas hati dapat makan satay dari Klang datang ke Kg Pandan..berbaloi-baloi. Lain kali boleh datang lagi. InsyaAllah.

28 December, 2009

Nak jadi Kakak

Sesiapa yang tanya Syirah pasal nak jadi kakak ni, dia dah ada jawapan standard dah. Macam tape rekoder, semua dah siap-siap rakam. Sebab dah boring orang asyik tanya soalan sama.


Tanya : Syirah pandai kan sebab dah besar. Sebab apa Syirah dah besar?


Syirah : nak jadi kakak..


Tanya : oo ye ke. Adik dok kat mane?


Syirah : dalam ewot mama..ni ni, (sambil tunjuk perut).


Pastu dia cakap la dengan adik dia sambil pegang perut "baby, baby wat ape tu? makan-makan ke?"


Hahahha.. dia ingat adik dia buat jamuan ke dalam perut.


Adik dah 4 bulan dalam perut Mama. Nanti Syirah tolong Mama jaga adik ye. Love u so much..mmuuuah!


Sayang Syirah banyak sangat!

26 December, 2009

Dinner Ulangtahun Yang Simple

Satu malam lepas keje, kami berjanji untuk dinner berdua. Sebelum tu dah mintak izin dan tolong mak tengok dan tidokan Syirah. Sebab kebarangkalian balik lambat tu haruslah ade.

Aku teringin sangat nak makan Manhattan Fish Market... dan seperti biasa suamiku dapat agak dah bisikan hati naluri isterinya. Hehe. Dia pun ngidam nak makan ikan kat situ rupanya.

Ni muka suami isteri yang mengidam ikan kat Pasar Manhanttan, sib baik ada kat Malaysia :P


Selalu kalau tak pregnant, tak penah makan platter for one ni sampai habis. Tapi hari tu, aku makan habis tanpa toleh kiri kanan. Sib baik tak ramai orang dalam restoran tu di hari kejadian, kalau tak mesti terkejut tengok aku makan sebab macam kebulur benar rupanye...hahhaa.


Sesungguhnya kami sangat kenyang dan gembira malam itu. Gambar-gambar romantika d amour tak dapat dipublish atas sebab-sebab keselamatan. Di akhiri dengan gambar Umum untuk tatapan semua. Doakan kami kekal bahagia selamanya dan dimurahkan rezeki. Amin.

Lepas makan, gi shopping jap. Baru dapat bonus la pulak...tu yg tak senang duduk. Sampai-sampai umah satu hapah barang diri sendiri pun takde. Semua barang Syirah...emmmm... sekian.


15 December, 2009

Hari-hari bahagia

Masa Papa cuti lama hari tu, heaven nya. Tak yah drive sendiri gi stesen komuter. Ada orang hantar dan amik hari-hari. Ye lah, korang dah biasa memang pegi keje husband hantar amik depan ofis. Macam aku ni, sekali sekala je dapat rasa tau. Sob sob... tapi aku tak kisah, berdikari kekdahnya. Semua memang dah biasa buat sendiri tapi sekali sekala tu bagi lah can aku nak manja sket.

Oh, of course anak dara tu lah yang paling happy. Mau tak, dikepitnya Papa ke hulu ke hilir. Asyik keluar berdua je lah, sekejap pegi kedai, sekejap pegi round naik kereta, sekejap pegi pet shop tengok binatang. Layannn.. Mama work okeh. Korang berkepit lah, tak jeles pun...

Satu hari tu, lepas amik Mama balik keje Papa ajak Syirah pi tengok kuda. Alahai, Mama dah la mabuk kepayang penat letih semua ada. Rasa nak baring je. Tapi ikut lah jugak. Nasib baik dekat je kat area rumah.

Kuda ni ha yang nak ditengoknya, bukan boleh naik pun...

Tengok dari dalam keta cukup lah ye..

Sedapnya Papa minum air tebu, Mama tengok je nak minum takleh..huhu


09 December, 2009

Tahun Ke-3

9 Disember 2006 hari akad nikah. Alhamdulillah 3 tahun sudah kami melayari rumahtangga bersama. Rasanya baru lagi bersama, masih banyak yang menanti terutama tanggungjawab terhadap anak-anak.
Doakan semuanya terus bahagia dan kami dapat menghadapi segala rintangan mendatang. Ya Allah, murahkan rezeki kami bersama. Kami bersyukur dikurniakan seorang puteri dan bakal lahir tahun depan, dan mungkin seterusnya.
Amin Ya Rabbal Alamin.

08 December, 2009

Baby in 14 weeks


Last week pegi check-up, yang beria sangat sebab nak scan. Ye lah kan, teringin pulak nak tengok camne anak kat dalam perut ni. Tak penah tengok lagi selalu check-up biasa je.

Kandungan dah 14 minggu hari ini. Ikut pembacaan, umur ni baby dah boleh hisap jarinya sendiri, dah buang air kecil pastu bleh menggeliat. Comel kan? Alhamdulillah ok lah semua. Cuma dia tak reti diam asyik melompat je masa scan tu. Memula dia diam, bila doctor scan terus dia pusing sana sini sampai doktor pun geleng kepala. Doctor susah nak measure size dia. Haduih, malu Mama tau.. ape lah buat perangai macam tu. Dulu kakak Syirah sikit punya malu, bila scan terus melengkung tutup muka semua.

Mengandung tak mudah lagi-lagi kalau kena loya/mabuk/muntah tapi tetap nak mengandung lagi. Itu lah wanita, ciptaan istimewa oleh Allah.