Advert




Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

30 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya (2).

Maaf lah ye baru nak sambung episod ha.. iklan bertahun hehehe...

Papa sampai lambat dari Cherating, dah dekat kul 9 malam. Kami bertiga beranak dah kelaparan.  Terus Papa ajak dinner kat restoran dalam hotel je.  Food wise biasa-biasa aje, harga standard hotel lah.. mahal kan.  Tapi portion besar.


Alhamdulillah, kami dapat complimentary anniversary cake dari pihak hotel.  Sedap bangat fruit cheese cake nya.  Kek ni actually petang tu pihak hotel dah hantar kat bilik.  Malam tu baru kami celebrate anak-beranak dalam bilik.


Amboi muncung Mama yang paling tajam.. beria nau..Semoga rumahtangga kita kekal bahagia dan dirahmati Allah hingga akhir hayat.  Gaduh tu biasa lah nak wat cemana..kalo tak gaduh takde la perkataan PUJUK dalam kamus. Kan kan.. kalo tak pujuk cemana nak manja, kalo tak manja cemana nak dapat hadiah..eh lelebih plak...


Mama takde idea and duit pun tak berapa nak ada, so itu je lah yang mampu bagi kat Papa.  Kasih sayang je mama bagi k Papa? haha


Pagi tu, anak-anak tak mandi lagi dah turun breakfast.  Budak-budak takpe jangan mak bapak budak tak mandi turun breakfast tak senonoh sangat rasanya.


Lepas breakfast, menggelupur nak mandi pool.  Sebab apa tau, pool sama level dengan bilik kami.  Keluar masuk memang akan melalui pool tu yang tak menahan tu. Pool kat atas... so nampak building lain di sekitar hotel.



Papa tengah melayan anak-anak mandi. Cantik kan building hotel ni..



Manakala Mama melayan feeling sambil kaki melunjur atas kerusi malas berpayung putih. Gitewww...





Lepas bersiap dan check-out..kami jalan-jalan dalam hotel sebelum balik.



Main kat tepi tasik buatan..


Bye-bye Pullman. Tak cukup 1 malam rasanya.. Papa nak tambah lagi 1 malam tapi mama yang tak nak.. takpelah maybe next time.  Till we meet again. Begitulah cerita bulan madu kami yang ke-6.  Alhamdulillah dan syukur kepada Allah atas nikmat kurniaNya.


Info:  saya book hotel online through asiarooms.com 3 hari sebelum. Dapat harga RM320 incld. breakfast. Price may vary depends lah ye...

22 January, 2013

6th Wedding Anniversary at Pullman Putrajaya.

Memang menjadi kebiasaan tetiap tahun kami akan celebrate wedding anniversary kat mana-mana hotel selalunya yang dekat-dekat aje.  Yang penting tak nak kat tengah-tengah bandar. Tahun ni plan nak jauh sikit, tak la jauh sangat paling jauh ke Colmar Tropicale je cadangnya tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya kami memilih Pullman Putrajaya Lakeside Hotel. 

Alhamdulillah rupanya pilihan Mama tepat. Poyo tak. Hotel ni jauh dari hiruk pikuk bandar walaupun kat Putrajaya, dan berhampiran ngan PICC.  Yang penting, ada tasik by the side of the hotel.  Konsep hotel ni (bangunan) bertemakan etnik Melayu, India, Cina dan Borneo.

Kisahnya, mama drive sendiri dari Klang ke Putrajaya dengan dua orang kenit ini.  Papa last minit kena attend meeting kat Cherating dengan bos dia.  So sebab hotel dah book, kena lah pegi jugak hari Jumaat tu check in. Papa bila habis meeting sampai Jumaat tu baru bos dia hantar terus ke hotel Pullman.  Allah Maha Besar sepanjang perjalanan dipermudahkan, paham-paham la jalan kat Putrajaya ni one way je.  Perjalanan mama ngan anak-anak smooth sailing dari Klang ke Putrajaya tanpa sesat! Hehehh...cayalah! *muka belagak idong kembang kempis*

Dah sampai. View sekitar hotel sangat cantik. Anak-anak kat luar pintu lobi hotel. 


Ini konsep Borneo kot?



Irfan kat tepi pool ikan-ikan banyak sangat. Ni of course konsep bangunan etnik Cina. Kawasan hotel luas memang jenuh gak nak berjalan.


Lepas tu, jalan-jalan tepi tasik.. scenery mendamaikan.. walaupun tasik buatan tetapi SubhanAllah cantik.



Alah alah alah..suka tengok gamba ni. Macam sweet je. Beria dua beradik ni berborak meluahkan isi hati kew? Hahahhaaa



Dah penat jalan-jalan, tak masuk bilik lagi ni lepas check-in tadi. Beg pun tak amik lagi ada kat bell boy hahahha selamba tinggal. Ok jom naik bilik! Yabeda beduuuu..


Bilik tak besar sangat, just nice kata omputeh.  Yang best, ada jakuzi dalam bilik! Aku ni kalo pilih hotel, kalo boleh dalam hotel nak carpeted.  Takmo lantai je nanti sejuk nak pijak pastu kalo kena tido bawah, tak sakit sangat badan.

Ewah... kemain lagi anak-anakku posing.



Mama pun apa kurang nya... hahahhahahhaa bagi chance lah woi


Jakuzi tepi katil.. tepi tingkap. Kalo honeymoon sila tutup tingkap tu kot nak mandi naked suami isteri pun ape ada hal. Yang ni anak-anak je lah naked mandi hahahha


Irfan tengah intai mama. Suka la tu. Happynya tengok anak2 happy. Time ni Papa belum sampai. Mama layan tv kaki melunjur atas katil sambil makan mister potato tgk anak-anak mandi jakuzi. Walahhh.....nikmat.


Dah letih mandi, bagi susu.... tidoooo.

To be continued...



26 March, 2012

Wedding Cousin @ Alamanda

Wedding ni awal bulan Mac haritu, baru sekarang nak citer. Ntah2 pengantin pun dah pregnant ekekeke... Opah Syirah ni sekarang alhamdulillah sihat banyak. Sesejak dah sihat ni, rajin ajak Mama gi jenjalan kalo weekend. Kalo Papa tak balik je dia call (sabtu ahad) "arini tak pegi mana2 ke?" muahaha.. keje umah banyak nak settle ler Opah.  Kejadian wedding ni dia dah inform seminggu awal "nanti anak arwah Mak Mok kawen kat Alamanda".

Hah? Alamanda pun leh wat wedding reception ke? Oooo rupanya Dewan Alamanda kat seksyen 20 Shah Alam. Hihi... Mama ko dengar je shopping complex mula la mata dia nak bersinar kegembiraan.

Anak dara saya yang bila dah siap, terus posing. Mama pun tak reti posing macam Syirah =)



Pegi dengan Opah & Ayah Ngah.  Adik Irfan nampak kompang teruja betul. Ni Ayah Ngah tengah bawak dia tengok orang main kompang dekat-dekat. Tengok mulut dia sampai ternganga. Hahahha...



Kakak the peminat of bubur kacang... sama macam Opah. Semangkuk habis, nak tambah lagi.



Gambo pengantin sedang bersanding sipi-sipi je. Hehe.. Guests pulak yang over kan amik gamba tetengah alam tu time pengantin tengah bersanding. Tak malu betol.  By the way, Selamat Pengantin Baru to my cousin Sal and her husband. Sal ni anak yatim piatu. So wedding ni atas usaha adik beradik arwah mak dia. And masa wedding ni banyak adegan airmata sesama cousins (mak dengan sepupu2 beliau) sebab teringatkan arwah Mak Mok (mak kepada pengantin pempuan).  Arwah Mak Mok antara cousin yang terapat dengan mak. Tu yang terkenang kot. Sobss :( 

Syukur Alhamdulillah the wedding went well and smooth.




Kanak-kanak dan bunga manggar tidak dapat dipisahkan.




05 January, 2012

Reception Firdaus-Intan, Klang.

Sorry lah citer dah lama tak habis-habis lagi.  Tak sempat nak edit gambars. Actually banyak sangat gamba tapi tak payah lah nak letak semua. Sikit-sikit cukup lah. 

Kali ni, majlis di pihak kami pulak selaku tuan rumah untuk majlis bertandang. Apa kata aku takyah citer panjang, korang tengok je lah gamba. Aku buat caption je senang.  Orait? Dimulakan......mesti lah dengan gamba tuan punya blog! Hehehhee

Penyambut tetamu yang comel-comel belaka. #muntah#

Sebelum tu, majlis dimulakan dengan doa selamat dan tahlil. Semoga majlis mendapat keberkatan.

Makanan pada hari itu: nasi minyak+ayam rempah+rendang daging+acar buah+pajeri nenas+rojak+bubur kacang+kuih muih+ buah-buahan+air sirap oren. Kami katering je, malas nak kecah. Katering yang sama masa wedding aku dulu. Memang sedap dan staff dia cekap.
Tapikan, selalu tuan rumah tak dapat makan sebab busy. Dah habis baru teringat-ingat, rugi tak dapat makan :(



Pelaminan yang indah..ececehhh. Simple n nice.

Mak kami suruh duduk je situ. Sebab tak larat kan nak jalan-jalan. Tetamu datang kat mak untuk salam dan akan dapat goodies bag.

Tengah sibuk-sibuk tu tetiba berderau darah, anak daraku hilang. Tapi aku dah suspect dia kat mana. Betul tekaan aku, dia dok melangut tengok Makcik Intan dia make up. Dia kan mana boleh tengok orang make up. Teruja lah tu.
Allah Maha Kaya, Syirah leka duduk dalam bilik pengantin, Irfan pulak tido dari pukul 11 sampai 2 petang. Itupun aku kejutkan sebab sedara mara tanya nak tengok dia. Dengan baju cantik tak tukar lagi. Alhamdulillah dapat aku buat kerja dengan lancar. Macam lah ada keje sangat. hahahahha

Wedding adalah tempat pertemuan saudara-mara. Saya suke!

My bestfriend masa kat Uni yang kemudian menjadi cousin :)

Pak Long, Cik Su, Abang

Pengantin sedang bersanding.

Kata-kata hikmat dari pak sedara untuk pengantin baru.

Adik dah bangun dan dah tukar baju macam Anuar Zain. Muahahhaa


Sesi potong kek. Oh kek ni pun sekali dalam pakej katering.
  
Family kami yang dah bertambah lagi sorang :)

Family Maksu yang banyak membantu
  

Papa yang tak boleh jumpa microphone, dengan anak dia hangkut sekali

Alhamdulillah selesai sudah citer wedding my bro. Lega dan happy. Majlis berjalan lancar, selesai je majlis, hujan pun turun. Doakan semoga rumahtangga mereka diberkati dan berkekalan ke akhir hayat.

23 December, 2011

Nikah Firdaus - Intan

Dah sebulan adik lelaki ku  nikah, tapi baru dapat update. Tak sempat nak upload gamba. Ok lah dari takde, sikit-sikit je pun nak update takde lah citer panjang berjela-macam-orang-nak-sangat-baca-padahal-orang-muntah-lagi-ada.

Kami menginap kat sebuah rumah teres near to pengantin perempuan house. Ok lah kan untuk satu malam je bersempit-sempit sikit. Meriah jugak ye sesekali tido ramai-ramai camni. Hehehe. Maklom la kalau balik kampung Kedah pun adik beradik Papa 3 orang je. Bilik sorang satu so tak merasa tido selerak.

Alhamdulillah adik lelaki ku Mohamad Firdaus telah selamat dinikahkan dengan Intan Sharinaz di Kg Alai, Segamat, Johor pada 26 November yang lalu.

Gamba-gamba hantaran dari pihak kami untuk pihak pengantin perempuan. Ini pun last minit sangat amik gamba. Gamba2 kat photog lum siap, ni self-taken. Hantaran dari pihak perempuan tak amik pun gamba. Huhuww..

Jam tangan 

Handbag


Kasut

Make-up set

Al-Quran (best Al-Quran ni boleh belajar baca n tajwid dengan pen)

Coklat

Cek dan gelang tangan (batal air sembahyang)

Upacara akad nikah dijadualkan lepas Isya'. Pepaham lah anak-anak aku jenis tido awal. Dah la memasing terlentok-lentok.  Dinner pun belum time ni. Nasib baiklah dorang ni behave. Sementara tunggu kadi, khutbah nikah bagai.. ko tengok la kami buat ape. Hehhee camwhore anak-beranak. Oh ye, Papa takde masa pegi Segamat sebab kena kerja. Sedih. Sobs.



Pengantin sedang mendengar khutbah. Kat Johor mak pengantin perempuan ada baca macam pesanan untuk anaknya. Sedih la time tu. Mak Intan ni baca tersekat-sekat berselang sedu-sedan. Sobs. Lagi.


Saat yang mendebarkan. Adik aku ni besar tau badan dia. Hahha. Pastu kuat berpeluh. So kami memang standby tuala untuk dia lap peluh.  Sekejap-sekejap dia lap peluh dia. Hahhaa. Aku respect kat kengkawan adik aku. Dah la datang dari Klang jugak sampai ke Segamat. Dok hotel pastu jadik pengapit pun bagus. Sentiasa dia lap peluh pengantin. Sekejap2 dia betulkan adik aku punya baju. Baiknye lah kawan. Kengkawan dia ni memang dah biasa dengan kami dari kecik sampai nak kawen sentiasa bersama.



Alhamdulillah selesai, dah boleh senyum sampai telinga. Kalau tak muka pucat lesi je.


Masa ni drama airmata lah. Mak nangis. Sobsssssss.. anak dia dah kawen. Mesti sedey. Tak pasal-pasal aku pun nangis.  Kawen dah adik aku. Kecik-kecik dulu selalu bergaduh dengan dia suka carik pasal.  Jaga bini tu elok-elok dah jadik suami ni.


Lepas nikah, makan-makan pastu ada malam berinai. Aku tak dapat tunggu sebab anak-anak dah tido. So aku balik, mana yang nak stay tu stay lah. Penat doww.. Ok sambung citer bersanding dan seterusnya next entry.  InsyaAllah.