Advert




Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

25 November, 2013

Birthday Syirah @ Serai, Paradigm Mall.

Assalamualaikum.

Tak habis lagi citer birthday Syirah ke? Belum. Hari tu celebrate dengan kawan-kawan tadika. Kali ni Papa pulak bawak family belanja makan. Mama yang buat survey untuk makan kat Serai ni.  Sebab kena ikut selera ramai, bila survey baca kat google Serai ni macam-macam menu ada from western to eastern. So kita try lah.  Memang ramai gile kat sini masa sampai tu siap ada yang berdiri tunggu turn kat luar, alhamdulillah Mama dah booking siap-siap so dapatlah meja terus.



Birthday girl siap buat permintaan nak pakai crown, hado?



Adik lelaki birthday girl haha.. kena buli.



Kami berempat.  Kek telah disponsor oleh Mak. Thank you Mak.



Kalau nak bawak makanan dari luar, restoran Serai ni akan caj RM15.  So nak tak nak, bayo je lah dah beli kek kat secret recipe kan. Bila staff situ bawak keluar je kek, satu restoran nyanyi lagu birthday haha.. mula-mula Syirah malu pastu kemain happy.



Makanan tersangat lah variety dan yang penting sedap sangat!  Highly recommended.  Portion besar.  Ini je yang sempat disnap gamba. Yang lain semua dah ngap sebab lapau... harga tak la murah sangat. Tapi worth it lah untuk portion yang besar dan sedap.

Sedapnya carbonara tu tertelan air liur pulak masa taip ni hahaha..




Family kami. 


Lepas makan, jalan-jalan cari hadiah. Syirah nak books, adik pun sibuk jugak. Pastu Opah nak belikan teddy bear.  Untung lah kakak ramai orang sayang...




Happy birthday Maira Nur Insyiraah.  Semoga kakak jadi anak solehah, sihat selalu, rajin dan bijak.  Di hari jadi kakak yang ke 6 tahun ni, Mama rasa sangat happy and tak tau nak express feeling tu cemana sebab kakak dah boleh sembahyang sendiri, dah tau semua bacaan dalam sembahyang dari surah Al-Fatihah, sujud, rukuk, duduk antara dua sujud sampai ke tahiyat akhir.  Alhamdulillah, itu hadiah terindah dari kakak buat mama papa. Mama patut ucapkan jutaan terima kasih untuk cikgu-cikgu yang ajar kakak kat tadika. Sebab ikutkan Mama tak complete ajar Syirah lagi. Terima kasih cikgu-cikgu, terima kasih Allah. Syukur syukur Alhamdulillah.


19 November, 2013

Maira 6th year Birthday at School.

26 October dah menginjak 6 tahun usia anak sulung Mama Papa.  Alhamdulillah anak yang tak banyak cengkadak, jarang sakit alhamdulillah syukur, anak yang pandai.  Tapi satu je suka menyakat adik. Tu yang selalu kena marah dengan mama. 

Kek yang dia pilih sendiri untuk celebrate dengan kawan-kawan tadika.  Tayo The Bus.  Sukati lah anak... Mama tempah kat Jasmeen Home Delight.  



Birthday girls yang diraikan yang hari lahir bulan Oktober. Mengaji, berdoa, menyanyi kat depan dulu.  Birthday girls kena pakai baju cantik hari tu, tak pakai uniform sekolah.



Mama ambik cuti satu hari tu saje nak join birthday celebration.  Last year pun camtu hihi. Tapi mama sorang je lah, takde pun parents lain.  Bukan senang nak dapat moment camni, ini kan pulak last year sekolah tadika.  Sekolah betul nanti tak dapek dah...



Dengan kawan-kawan..happy.  Happy birthday Kakak.  Semoga jadi anak solehah.  Mama, Papa, adik semua sayang kakak.  




22 October, 2013

Happy Birthday Lea!

First of all, nak ucapkan terima kasih kat my bff Ila sebab jemput kami sekeluarga untuk celebrate birthday Laila Adelia yang ke 3 tahun, baru-baru ni. Nasib baik tak balik kampung sebab Selasa lusa nya tu hari raya haji, tapi memang tak plan nak balik kampung pun sebab raya aidilfitri hari tu dah balik :P

Kek Sofia the First yang shomel dan sweet.  


Papa kerja out of town so bertiga beranak lah kami pegi ke tempat berlangsungnya majlis kat KFC Extreme Park, Shah Alam.  Tau tempat tu kat seksyen 13 tapi celah bedah mana tak sure so guna lah  bantuan Waze.  Alhamdulillah sampai dengan selamat walaupun sepertiga perjalanan Iyah muntah. So memang stop tepi jalan jap. Sian dia, demam masa tu.

Happy Birthday Lea. Semoga sihat selalu, murah rezeki dan jadi anak solehah. Amin.




Games, konon besar sangat lah Irfan tu padahal paling kecik. Join jugak lah walaupun sambil main sambil melekat dengan mama. Haihh..




Mommies dan anak-anak..  Dulu belajar sama-sama sekarang dah besar anak-anak kita semua. Sobs. Tetiba nak terharu.  Sobs lagi.



Dalam 2 jam kat birthday party ni, kami pun beransur pulang.  Jiran pulak buat kenduri aqiqah lepas zohor, bergegas balik.  Thanks again Ila n  family jemput kami.  


07 October, 2013

Happy Birthday Opah.



28 September lepas, hari lahir Opah yang ke 63 tahun.  Alhamdulillah walaupun Opah tak berapa sihat, tapi masih boleh bangun, makan dan berjalan. Syukur.  Sementara masih ada, kita bahagia kan mak kita kan.

Plan ni kami buat antara mama, ayah ngah, ayah cik ngan ucu.  Sebab yang lain semua birthday jatuh bulan September. So, nak buat untuk Septemberian sekaliannya.  Senang buat kat umah Opah je dan kebetulan hari Sabtu. Buat Sabtu malam semua orang ada kecuali Papa (laki i kan dah kata, busy bawah sikit dari Najib hehehe).

Pembahagian tugas dipersetujui, ayah cik buat bbq. Biasalah dia kan pakar masak.  


Rezeki kami hari tu. Alhamdulillah. Ayah ngah beli satay.  Air cocktail bagi ucu yang sponsor maklom la orang baru keje tak nak lagi bagi bajet besar sangat. Tunggu tahun depan noooo..Mama? Kek RV tu mama yang sponsor. Kikiki...

Ayah cik buat mashed potato sedap giler!



Tugas yang takyah kuar duit, anak-anak tolong baca doa ok. Muka masing-masing dah berlinang sebab berkejar berlari sampai berpeloh.  



Si kenit ni pun tunggu nak makan... ye ye je padahal awak mana boleh makan satay lagi.



Opah diapit oleh birthday-birthday girl yang lain. Semua ni Septemberian. Ya Allah, semoga Opah sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beramal ibadat kepadaMU.  Untuk yang lain-lain pun sama.





Opah dan cucu-cucunya.



Ni hadiah untuk Opah dari Syirah.  Dia yang pilih sendiri dan mintak tolong mama beli. Katanya "Opah dah lama teringin tapi ucu asyik lupa belikan, iyah nak bagi sama sabun mandi opah dengan bedak opah".  Tak kira lah hadiah tu pada kita tak seberapa, tapi 'rasa' yang Syirah ada tu, priceless.

Alhamdulillah anak, semoga sentiasa lah kenang jasa orang tua lagi-lagi Opah yang jaga kakak dari kecik. Pandai kakak, mama sayang kakak.

Happy birthday Opah.


10 September, 2013

Big Brother Restaurant & Grill.

Salam.

Entry makanannnnn....yeay! Kali ni western food.

Restoran ni ada cawangan di Damansara dan Shah Alam. Yang kami pegi ni kat Seksyen 7, Shah Alam.  Yang dokek ngan umah la ye tak.

Malam Sabtu beberapa minggu lepas (biasalah citer kat sini semua basi hahaha) nak gi makan meatball ngan beger bakar. Terasa-rasa di tekak tingin bebenau kalah orang ngandung.  Tapi kedai tu tutup akibat krisis ketiadaan air.  Maka, kami berwhatsapp adik beradik untuk menukar destinasi.  

Sehinggalah terjebak di Big Brother ni.  Kami suka cari makan sekali-sekala kat luar ramai-ramai, sebab satu; nak lepak ramai-ramai yang masing-masing sebok nak jumpe kalahkan umah jauh-jauh. Sebab kedua; nak bawak Opah keluar. Sian Opah hari-hari terperok kat umah. Tapi nye, takleh bawak jauh-jauh sebab nanti Opah tak larat lama-lama.  Ayah Cik n family takde sebab balik kampung.

Muka Opah malas nak senyum.  Restoran cozy dan interior not bad. Service cepat.



Mari kita cekidaut makanan apa yang kami order. Sila lah jamu selera.... lalalallaa.... Ni mama punya. Mushroom creamy pasta, something like that lah namanya. Lupa.  Sedap tak tipu!



Sebab teringin nak makan meatball, order meatball pastu share ramai-ramai. Portion amat lah besar, masa order kemain masa makan tolak-tolak masing-masing sebab dah kenyang.  




Chicken chop Opah punya. Opah kata tak berapa ummmphh.. Chicken chop ni kalau nak sedap, yang penting kuah dia tu. Kuah dia tak berapa sedap.





Hamek besau gile cawan teh o. Harga dia RM3.50 secawan. 



Dessert.



Overall: makanan sederhana, portion besar, service mantap, harga agak pricey.

Alhamdulillah. Muka puas hati dapat makan sedap, kebetulan hari tu Mama berhari raya puasa enam Syawal. Hehehhee...



04 September, 2013

WW: New addition to the Tupperware family.

Bila la nak insaf.  Tupperware lebih banyak dari ruang penyimpanan yang ada kat dapo.

Tupperware ni berhantu la...... haishh!



02 September, 2013

Celik Momz with Prof. Muhaya.

Seminar Celik Momz telah berlangsung pada 30 Jun (Ahad) lalu. Punya lah lama, hari ni baru nak update. Bukan apa, konon-konon nak kumpul segala isi penting dari seminar tu tapi tak terbuat-buat. Dari tertangguh, baiklah buat je entry. Isi-isi seminar tu, i bagi dalam point form je lah ye. At least dapat berkongsi  mana yang mampu.  Ilmu yang ada takleh simpan, share nanti dapat pahala lagi banyak.

Start seawal 9 pagi hari Ahad, kat Dewan Banquet Shah Alam.  Ikutkan dok kat umah lagi best tapi apa salahnya sekali sekala hari minggu diisi dengan mencari ilmu. Dah la ilmu pun cetek.   

Bawak Syirah sekali, Irfan tinggal dengan Papa yang willing nak jaga.  Walaupun mama sebenarnya nak bawak Irfan sekali..huhu kesian Irfan.


Syirah duduk kat nursery dengan kawan-kawan lain, kat tingkat bawah dewan je.  Punya lah eksen, bila register and hantar.. bye bye Mama pun tak.  Padahal mama dia sekejap-sekejap turun tengok. Hahhahaa..


Seminar ni anjuran Prof Muhaya.  Jemputan dia; Wardina dan Dr. Atiyah (anak Prof Muhaya). Antara info-info yang dapat dikongsikan bersama daripada ketiga-tiga penceramah dirangkumkan semua sekali ye:

  • Pertama & paling penting sekali : BERSYUKUR. Buat lebih dari yang patut/sunat.
  • Solat berjemaah.
  • Refleksi diri.  Muhasabah diri.
  • Senyum selalu. Niat sunnah bukan budaya.
  • Konsep minda: minda sedar & minda bawah sedar.
  • 95% minda bawah sedar menentukan kehidupan. Sebab tu kita digalakkan bercakap-cakap dengan anak perkara2 positif semasa mereka sedang tidur.
  • Ibubapa jangan LABEL anak-anak. Elakkan guna perkataan JANGAN. 
  • Semua orang ada MAGNET diri. Buat baik dengan orang, semua orang akan buat baik dengan kita. Kita beri, Kita dapat.
  • Sebelum marah anak, marah diri sendiri dulu. Anak kita cermin diri kita.
  • Amalan ahli syurga: minta maaf sebelum tido, ziarah orang sakit : 70 ribu malaikat mendoakan kita (doa orang sakit dimakbulkan Allah).
  • Keibubapaan yang baik itu berbaloi, di dunia dan di akhirat.
  • FRAME: Make yourself good, you're the best. Tulis kata-kata positif tampal di bilik anak-anak untuk dia tengok dan lekatkan dalam kepala.
  • Perkara pertama untuk diajar kpd anak-anak ialah IMAN dan TAUHID. Bagaimana? Melalui Al-Quran. Ceritakan.
  • Anak degil - jangan marah.  Kita melutut setinggi paras dia, explain dan peluk.  Kalau marah dia lagi degil dan memberontak.
  • Ibubapa perlu terlebih dahulu mantap iman, untuk membentuk anak yang beriman. 
  • Important of TOUCH. Pegang, belai dan peluk anak-anak selalu. 
  • Lepas solat, pegang kepala dan dada anak.  Berdoa dengan kuat "Ya Allah jadikanlah anak2 ku orang yang soleh...." etc etc. Depan mata anak-anak bagi dia dengar kita berdoa untuk mereka.
  • Vocabulary yang selalu kena ada dengan anak-anak : MASUK SYURGA, AHLI SYURGA.
  • Suruh anak-anak hafal surah Al-Kahfi. Ayat 1-10 pun ok.  
  • Kalau anak selalu sakit, MUHASABAH DIRI. Itu sebenarnya satu WAKE UP CALL untuk parents.  Kadang-kadang anak-anak sakit akibat kesalahan ibubapa.
  • Positive words before tido, kalau negative words akan tertinggal dalam kepala.
  • Kalau anak berebutkan perhatian.  Boleh cakap "sayang, sekarang mama nak ajar kakak buat homework, lepas ni turn adik pulak ye".  Wujudkan HOUSE RULES.


Sebenarnya banyak lagi info lah kawan-kawan, sebab 1-day seminar kan, isi penting banyak.  Ini je yang mampu saya catit dan ingat. Surah-surah banyak tapi baca je lah Al-Quran kan. Hehehe. Actually masa 1 jam terakhir untuk FAQ tu pun banyak info. Melalui soalan-soalan audien dan jawapan-jawapan yang diberikan pun kita boleh simpan dan ambik banyak ilmu.

InsyaAllah boleh pergi banyak lagi seminar-seminar macam ni lagi akan datang. Tazkirah/usrah/konvensyen pun sekarang dah banyak dianjurkan,  boleh lah join kan. Tak terhad untuk parenting. Cuma bagi yang ada anak-anak kecik, kalau event tu sediakan nursery.. sangatlah bagus. 

Dunia dah akhir zaman.. ilmu dan amalan tak banyak. Yang mana boleh kita tambah, kita usahakan.  Bukan untuk diri sendiri, untuk anak-anak dan keluarga kita jugak. Sama-samalah kita ye.

Syirah sibuk nak jumpe kakak Puteri. Dia suka dengar lagu-lagu nasyid kumpulan anak Nora ni namanya Voices of Ummi.



Last but not least, terjumpa Wardina masa nak gi toilet. I respect the way dia menuntut ilmu.  Banyak membaca, cara dia terapkan ilmu-ilmu akhirat untuk anak-anak, walaupun dia sibuk.  InsyaAllah kita pun boleh.





01 August, 2013

Ihya' Ramadhan

Salam 22 Ramadhan. Tak sampai seminggu je lagi kita dah nak tinggalkan bulan keberkatan ni. Apa yang kita dah buat? #selfreminder

By the way, tadika kakak Syirah ada buat program Ihya' Ramadhan. Setiap tahun dalam bulan Ramadhan sekolah dia akan buat program ni.  Sangat bagus program untuk mendekat anak-anak tentang keberkatan Ramadhan, solat terawih, berzikir, bertadarus & macam-macam aktiviti kerohanian lagi.  Alhamdulillah, terima kasih cikgu-cikgu yang rajin melayan anak-anak kami.  Ye lah anak-anak ni kena bermalam. Program 2 hari 1 malam. Semua cikgu kena uruskan - berbuka, solat, mandi, sahur.  

Syirah duduk depan sekali, tengah kusyuk dengar kawan dia bercerita.



Solat berjemaah setiap waktu sembahyang.  Gamba pinjam dari facebook cikgu Sandra :)



Petang tu, lepas balik keje Mama sempat singgah nak tengok kakak sekejap sambil hantar juadah untuk anak-anak berbuka.  Alhamdulillah happy dia.. tak kisah nak tido situ dengan kawan-kawan.  

Masa ni baru lepas solat Asar, tengah duduk berzikir sambil tunggu waktu Maghrib.  Sejuk hati Mama tengok ahli-ahli syurga ni semua..


Esoknya, hari Khamis. Mama purposely ambik cuti semata-mata nak ambik anakanda tercinta balik dari sekolah. Sebagai dorongan untuk dia lepas berjaya bermalam kat sekolah. Tapi ramai jugak ibubapa yang tak ambik, anak-anak balik sendiri dengan van sekolah. Sedih jugak tengok, sebab kena angkat beg dan barang-barang bermalam sendiri. Lagi sedih bila tengok orang lain parents ambik, dia semua sendiri..dia nangis. Ramai jugak yang tetiba menangis. Kesiannya, sampai aku pun nak nangis tengok.  Mungkin parents pun tak dapat cuti or tak boleh ambik. Tapi pada aku, luangkan lah sedikit masa tu untuk anak-anak sementara dia kecik ni.. nanti bila dah besar tak dapat peluang camni.  Rugi..

Untuk Syirah yang berumur 6 tahun pada aku kira kecik untuk bagi bermalam..kira nya macam kem motivasi kalo kat sekolah menengah. But Syirah did it!

I am a proud mom.



19 July, 2013

Shopping raya sebelum puasa.

Salam.

Hari Selasa, sehari sebelum kita puasa tu Papa ngan Mama cuti. Papa cuti sebab baru balik dari outstation, Mama pulak sebab kakak ada program Jom ke Masjid.  Memandangkan halfday je program kakak dan papa pun dah janji nak bawak shopping raya sebelum ramadhan, maka kita lunaskan hari tu. Konon-konon lah kan dapat melunaskan hihihi... knowing mama ko ni kalo pilih barang tak tentu terus beli. Makan masa, tak caya tanya papa ngan auntie Ila hahahhaa

Mama respect orang yang boleh pegi kedai, pilih-pilih kenan terus bayar. Ok je. Senang je. Kalau lah mama boleh jadik camtu. Masalahnya tak boleh.  Mesti lama and tak puas hati, nanti pergi lain kali bla bla...huuuu

Adik siap-siap dok dalam stroller, sebab mama dah bajet time dia nak tido kejap lagi.  Kakak rajin nak tolong tolak.  Kat Setia City Mall ni, banyak kedai. Sebab nak gi H&M sekali..baju budak2 situ not bad.



Apa-apa hal, isi perut dulu. Just nice sampai tu lunch time.  Tengok balik gamba makanan time bulan posa ni memang lah mengundang perut berbunyik. Nyum nyum...Delicious! Makan kat Delicious.



Saya antara salah seorang manusia yang sebelum makan, pasti amik gamba makanan. Hahaha.. Eh, tapi takpe, saya ada geng. Suami saya pun begitu juge. Tak menahan laki ku amik gamba steak dia. Tapi dia kadang-kadang je lah, yang selalu tu saya yang buat.  *tutupmuka*



Anak-anak share makan fish n chips. Lapa ye...sian.



Aktiviti wajib.  So memang dah prepare duit syiling sebelum pegi...



Alhamduilllah dengan rezeki yang ada, dapat lah beli secara sederhana apa yang perlu. Untuk anak-anak je lah yang lebihnya, papa mama selai pun jadik lah.

Tapi itu pun, tak dapat semua untuk anak-anak. Kena pergi Sogo gamaknya..hahaha kan dah kata Mama ko memang camni.  Lagipun sian kat Papa dah tak larat nak ikut, dah la dia baru sampai dari Kedah. Thank you Papa belanja shopping. Untuk anak-anak papa jugeekk.


18 July, 2013

Ramadhan Kareem 2013

Alhamdulillah.  Diberikan kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan lagi tahun ni.  Syukur Ya Allah.

Ramadhan bulan mengumpul pahala berganda-ganda. Buat sikit, ganjaran banyak. Nak buat ngan tak nak je lah itu tanya diri sendiri. Jangan nak salahkan syaitan pulak, syaitan dah kena kurung. #muhasabahdiri#

Alhamdulillah hari ni dah 9 hari kita berpuasa. Kalau ikutkan fasa ramadhan 10 pertama adalah RAHMAT.  Macam ni:

•Fasa Pertama - Rahmat Allah.

•Fasa Kedua - Keampunan Allah.

•Fasa Ketiga - Bebas daripada Api Neraka Allah.

Keutamaan 10 hari pertama Ramadhan.

Pada 10 hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada Allah kepada manusia.Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.

Keutamaan 10 hari pertengahan Ramadhan.

Fasa kedua ini Allah banyak memberikan maghrifah atau ampunan .Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir dan meminta ampun agar semua dosa-dosa kita diampunkan dan taubat kita diterima Allah s.w.t.

Keutamaan 10 hari terakhir Ramadhan.

10 hari terakhir ramadhan ini adalah yang paling dinanti natikan orang soleh dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunya Lailatul Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam lailatulqadar.Pada 10 malam terakhir ini juga pintu-pintu tertutup rapat.

So setakat 9 hari ni, setakat mana peluang yang kita dah grab? Rugi kan rasa kalau tak penuhi dengan amalam sebab pahala berganda. Ya Allah rugi sangat rasa tapi kadang memang tak buat pun.  Jangan sibuk makan je bulan puasa ni. Sibuk menu apa, makan apa.  Kalau ada anak yang dah berpuasa, yes itu perlu kita fikirkan sebab nak support dia. Kalau fikir perut sendiri, makan je lah yang simple-simple.

Setakat ni (untuk diri sendiri), Quran baru nak masuk juzuk 3. Sempat ke nak khatam? Mesti ramai yang dah nak dekat abis kan. Jeles jeles.  Terawikh alhamdulillah kat umah je dengan suami. Anak-anak seakan memahami, dorang kadang-kadang ikut kadang-kadang main sendiri.  Bukan lama pun 8 rakaat, campur isyak 4 rakaat. Surah pendek-pendek ok je tak sampai setengah jam.  Teringin sangat nak terawih kat masjid, tapi keadaan beranak kecil belum mengizinkan.  InsyaAllah. Alhamdulillah jugak bulan puasa sebab bangun sahur sama-sama dapat lah jemaah Subuh dengan suami.

Untuk mak-mak, paham kita ni banyak kerja. Nak masak, tengok anak, kemas, lipat kain. Takde peluang nak beramal ibadat lebih.  Takpe, jangan gusar... ganjaran Allah tetap ada. Kita masak berbuka untuk family pun berapa banyak pahala?  Syurga tak jauh kan, bawah telapak kaki kita je :)

Selamat berpuasa dan beribadat.

08 July, 2013

It's my Birthday.

Alhamdulillah diberi peluang lagi oleh Allah swt untuk bernafas di dunia sementara. 

Alhamdulillah dikurniakan suami, anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan yang baik, budiman yang menyayangi diri ini. Syahdu lak rasanya.  Di usia yang semakin bertambah, takde apa yang perlu dimintak atau diingatkan melainkan untuk menambah amalan sebagai bekalan di hari akhirat.

Semoga dengan segala nikmat-nikmat ini Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik untuk beribadat kepadaMu, berbakti untuk suami, emak dan anak-anak dan tingkatkan iman mudah-mudahan hambaMu ni istiqamah jauh dari kemungkaran dan dekatkan ku dengan syurgaMu.


Terima kasih sahabat-sahabat,  Ila dan Kak Ila yang buat surprise birthday 26 June,
during lunch hour.




Terima kasih officemates dan bosses yang belanja kek waktu petang hari yang sama.



Malam pulak, suami bawak dinner untuk celebrate birthday mama dengan anak-anak. 
Kad daripada suami dan anak-anak. Ya Allah syukur.




Dalam masa sehari, sampai 3 kali diraikan dah tua-tua camni kan. I am blessed Ya Allah.


Esoknya, ada lagi orang belanja lunch kat De Chiangmai Thai Restaurant, Sg Buloh. 




Terima kasih yang wish kat FB jugak..


 

I am a happy wife, a happy woman. Sesungguhnya aku bersyukur yang tak terhingga padaMu Ya Allah atas segala nikmat, rahmat, diberikan keluarga dan kawan-kawan yang sebegini. Engkau rahmatilah mereka dan berkatilah kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Amin.