Advert




26 February, 2009

Si kenit bila tak sihat..

Last week masa dapat call kat ofis daripada mak, betul2 panik. Hari Rabu around kul 11.30am:
Mak: Hello..dina, ada tak daud (adik) tepon tadi?
Aku: Takde..nape (dah suspen time ni)
Mak: La dia tak bagitau ke, Syirah ni muntah2 dah 6 kali ni..mak risau (suara nangis)
Aku: Ya Allah..dia tak bagitau pun.. eii. Teruk ke syirah..dina balik sekarang. mak tunggu.

Lepas dah dpt permission from bos, aku grab bag terus turun. Bos siap cakap 'farah naik cab la, cepat sikit. ada duit tak?' heheh. bos aku concern gile siap tanya ada duit tambang ke. eii betul2 panik tak tau nak cakap time tu. siap menggigil2 tangan. berbelah bagi nak balik camne, nak naik tren..slow. masa kat stesen komuter tu cam orang gile aku cakap sorang2. last2 amik keputusan naik tren. sekejap2 call mak tanya condition syirah.

Sampai2 umah, syirah baru tido mak kata. Seharian muntah, dah letih agaknya. Tunggu dia bangun terus bawak gi SMC. Doktor nak warded dia sbb nak drip air tapi aku soh bagi option lain. so doc bagi ORS (air garam galian). so untuk 2 hari dia minum tu je. Syirah mintak susu pun, tak bagi. "nenen nenen" dia mintak. sian giler tapi terpaksa. Aku pun EL lah 2 hari tu. Alhamdulillah dia tak muntah2 lagi so takyah masuk ward. Walaupun bagi orang lain tak serius tapi bagi aku scary lah sebab Syirah selalu demam mild2 je. Kali ni kena stomach flu, doc kata mungkin disebabkan air. Skrg ramai budak2 kena. Lebih kurang rotavirus. Aku ni dah la ofis jauh..nak balik tu rasa nak terbang je sampai umah.
Papa Syirah balik hari Khamis after keje, terus dia drive. Penat tak penat tak tau la, anak punya pasal. Tengah malam baru dia sampai. Time tu kami berdua tak tido jaga Syirah malam-malam. Sib baik Papa balik boleh la tolong2 jaga Syirah.
Gambo-gambo menceriakan anak dara yang baru nak sihat.
Sampai ke bumbung keta peginya..
Nenen pun dalam keta.. layan kan
Dah sihat banyak sikit, gi main kat playground
Papa menghiburkan Syirah wewiit..
Mama rasa nak join je..

24 February, 2009

Email yang sedey

Ni email lama bulan Januari, masa Papa on the way balik (dalam bas). Dia beremail dengan wife dia guna hp. Sedih bila baca balik.. sedih aje keje..hehehe

Papa:
Masa papa antar email ni kita ada kat dalam train.Sedih nak tinggalkan
>>> ayg dgn syira.Baru nie seronok dapat jalan2 dgn ayg dan syira.Nanti
>>> balik lain kali kita bawa syira p zoo pulak...Ayg jgn sedih2 papa
>>> takde nanti keerja elok2 mmmmmuuuaaahhhh


Mama:
papa jangan balik dulu, ayang ngan syira kalau boleh tak nak bagi papa
>>> balik. tapi nak buat macamana, papa kerja.
>>> papa, i love u. syirah love papa too!


Papa:
Ayang kalau boleh papa nak cuti lama sampai sabtu tapi nak buat cam
>> mana... Ayg dapat call free nanti bolehlah call papa atau yg ada list
>> 8pax ayg free..Mmmuuuahhh.


Mama:
kalau boleh tak nak cuti2, nak dok sama sampai bila2. senang tak payah
>> ayang nangis2 selalu. ni mesti syirah cari papa dia ni. dah banyak hari orang dok melayan dia. esok pagi bangun tido mesti dia berdiri tengok atas katil cari papa.


Papa:
> Sian syirakan...Banyak ke kerja tu...Kat dgn papa geng indon banyak gila

Mama:
sian syira. dia kecik lagi tak paham. ayang selalu nangis bila teringatkan
> dia.
> keje banyak tapi tak tahu mana satu nak buat dulu. dah la kena kerja minggu
> depan hari sabtu, ahad.
> papa baik2 dengan indon tu. eii mesti bising n busuk kan?


Papa:
Tu la sian kat dia ayg pg td masa ayg mandikan...Masa tu di tgh nenen
>papa dok sebelah dia papa ckp syira jap lg papa dah nak balik pas tu
dia terus letak nenen dia muka mcm sedih papa ckp jgn nakal2 dok dgn
mama elok2 dia cakap mama


Mama:
:(
Sedih gile..

22 February, 2009

Selamat Panjang Umur

Tak sempat la nak update. Walaupun takde orang nak baca kan ..hehe. Ooo dengan Syirah yang tak sihat (sekarang dah ok). Nanti citer pasal tu.

Ok lah Ahad lepas one of my best friend, Khairun telah buat party seperti biasa sempena birthday yang jatuh pada 3 Februari. Lunch ditaja Khairun telah pun diadakan di restoran Famous Thai yang mantopp itu.

Food sedap, environment very cozy, service cepat...semua ok. Excellent. Masa we all keluarkan birthday kek Kerun, siap restoran tu pasang lagu birthday kuat-kuat. Hehehe.. merah muka Khairun blushing..

Tengok gamba je lah ye. Gamba pun tak susun betul2.
Happy Birthday Kerun... aku doakan ko bertemu jodoh cepat2. Amin.









16 February, 2009

Kek Hujung Minggu

Itu lah nama menu minum petang semalam. Konon nak tunjuk kehebatan pandai buat kek jugak kat suami. Kadang-kadang balik kan, kena la jamu makan sedap-sedap. Siap dengan hi-tea semua.
Tadaaa...nampak sedap tak? Ke nampak cam kek tak jadi? heheh..tapi kira ok lah suami kata boleh tahan. Aku tak terror buat kek or biskut ni, kalau masak lauk takpe.. itu ok lagi. Tak la macam member nama Anis, pakar kek tu.


Tapi nak mengaku lah kan, kek tu sebenarnya buat 3 minit je. Kisah benar... janji ada usaha dan keinginan. At least buat gak pada tak buat.

14 February, 2009

Bawang Putih

Saksikan filem yang bakal menggegarkan panggung tidak lama lagi!

Kisah seorang budak perempuan yang kena kutip semua makaroni yang dia tumpahkan (walaupun makaroni tu belum dimasak tapi tetap tumpah) demi mengajar erti kehidupan penuh mencabar. Ibunya sendiri yang terpaksa mengarahkan sesi mengutip itu dengan disaksikan oleh orang sekeliling dengan rasa belas kasihan yang amat sangat. Filem sedih ini diadaptasi dari filem Bawang Merah Bawang Putih tapi pelakon hanya ada Bawang Putih (yang baik).

Jangan ketinggalan...tempah lah tiket anda sekarang!


"Sob sob...sedih giler citer ni wei" - by Utusan Malaysia

"Talented actress" - by The Star

13 February, 2009

Cruise @ Putrajaya

Waa tajuk cam gah je kan. Padahal naik Cruise tu pun sebab kene kerja dong.

Ni citer dah outdated sebenarnya, sebab berlaku last week. Kira baru gak la kan. Masa orang dok sibuk cuti 3 hari berturut-turut masa Thaipusam aritu, aku diarahkan untuk keje. Huhuhu tak dpt spend time dengan Syirah..takpelah demi sesuap nasi..hehehe..Tapi bukan aku sorang yang kena keje, majority staff kat CB ni kena keje in conjunction dengan 50 tahun usianya.

Hari2 kena stayback pastu weekend kena keje,,apakah perasaan anda? Sangat kesian pada Syirah. Bibik dah soh dtg weekend.Sib baik ada opah ngan maklong Syirah yg tolong. Tima kasih banyak-banyak.

Aku berada dalam salah satu committee dan antara tugasnya untuk monitor videographer & photographer. Tapi masa naik Cruise ni kami ikut social program untuk spouses. Dpt lah merasa naik kan, kalo tak...takde dehh. Ohh event2 lain telah di'handle' oleh rakan2 yang lain. Yg kat KLCC, kat HQ pun ada...tak lupa kat Mandarin Oriental. Aku just join yg mild-mild punya event je.. ada eh event panggil mild? Lantok kan...tapi tetap penat sebab tak cuti.

It was a good experience indeed, so hopefully leh la gain macam2 experience next time.

Chiow....



Mata jadi gitu sebab panas terik

Dalam cruise..dengan rakan2 yg bertugas

05 February, 2009

Tepung Gomak

Tepung gomak tu nama sejenis kuih kan?

Kat umah aku ada weii..tepung gomak tapi bukan kuih. Dia adalah seorang manusia. Haha!


03 February, 2009

Happy Birthday Papa!


I’m Happy You’re My Dad

I feel safe when you are with me;
You show me fun things to do;
You make my life much better;
The best father I know is you.
I’m happy you’re my Dad
And so I want to say
I love you, Dad, and wish you
A Happy Birthday!

[credit to: Joanna Fuchs]

02 February, 2009

Orang KL cuti

Semalam 1 Februari, bersamaan Hari Wilayah. Hari ni orang KL dapat cuti ganti ler. Yahoo!

Dah plan memang nak settlekan hal2 perbankan. Wah gitu kan. Pepagi gi masukkan duit untuk Syirah ngan Opah kat Tabung Haji. Yg best, duit yg nak dibawak tu (dlm tabung) tertinggal kat umah. Best kan? Last2 masukkan gak pakai duit Mama. Sama gak..duit ku duit mu juga anakku.

Berapa dah duit aku dlm bank ni ye?

Agak2 nak gi shopping leh tak?

Pastu Opah nak gi update buku bank dia kat Maybank, sekali nak kuar duit dia sket. Kejap je hal2 bank, balik umah terus Syirah tido. Cadang nak gi Jusco Bukit Tinggi sorang2 sebab nak beli sandal pastu sian plak tinggal Syirah. Dia pun nak jalan2 gak.Tunggu dia bangun dulu pastu baru pegi Jusco. Berdua je u.. caya tak? Sila percaya. Dah biasa dah..alhamdulillah so far leh handle.

Around kul 4 lebih sampai umah.... tengok2 rupanya tak beli apa2 pun kat Jusco. Sebab kelam kabut nak reach umah by kul 4 (dah janji ngan Opah). Mana sandal yg nak dibeli tu? Yang ada hanyalah donat. Boleh? Ngapp je lah.

6 ketul: Mama makan 5, Syirah 1...tak adil


p/s: sebab weekend ni kena keje, bawak Syirah jalan siap2. sian dia. Gara-gara 5oth Anniversary..

01 February, 2009

Addicted Sampai Syurga

Faizal Tahir - Sampai Syurga

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


Semasa entry ni ditaip, buat kali ke berapa ratos dah aku dengar lagu Sampai Syurga ni. Addicted gile, bukan setakat dengar je siap download vc yg FT nyanyi time AJL yg dia menang Best Performance tuh. HEhehe.. encik Papa kalo baca ni jangan jeles eh. Ala bukan kawen ngan FT pun..ekekke minat sajer..

Deserve la lagu ni menang. Best lagu nya. Pastu FT pun nyanyi bersungguh (as usual). Cuma tak bukak baju je :P Pada sape yg tak minat, its ok. Masing2 la kan. K lah nak sambung tengok balik..

p/s: tapi nape FT pakai pengilat kuku kaler itam kat jari tangan kiri dia? ishh..