Saya merupakan penumpang setia KTMB sejak 7 tahun lepas..walaupun service adalah hampeh but do i have a choice? Yes, saya boleh memandu kereta tapi jem. Bas? Sama. Ok lah sementelah dah naik tren lama ni, ingin rasanya nak kongsi gelagat-gelagat penumpang yang menjengkelkan, melucukan dan kadang-kadang menyedihkan.
1. Bercakap macam guna speaker
Ni jenis makhluk yang kalo bercakap satu gerabak boleh dengar biji butirnya. Mengalahkan speaker announcement "Pantai Dalam"..lagi kuat suara dia. Tak tau la pekak ke volume lari ke. Padahal sedang berborak dengan orang yang depan mata dia je. Citer rumahtangga, renovate rumah semua orang leh dengar.
2. Batuk merembes
Tak sopan langsung orang camni tau. Eii geli betul la bila batuk tak reti nak tutup mulut dengan tangan. Kohhhhhhhh kohhhhh macam batuk kokol je. Cover la sikit, dah la terpercik air liur..busuk pulak. Sakit hati betul (sebab penah terkena).
3. Macam dia sorang ada MP3
Dengar mp3/handphone/radio siap head banging kepala.. terhenjut-henjut badan sampai gegar kerusi orang sebelah. Lagi takleh tahan siap nyanyi... tolong lah!
4. Tak semestinya guna Clorets
Saya tak kata mulut nak wangi je guna clorets, tapi kalau bernafas tu jangan lah guna mulut yang dihalakan ke arah orang lain (ni pun dah kena). Bau taklah nak describe, rasa macam nak pengsan.
5. Kesian kat anak kecik
Kalau anda ingin bawa baby atau budak naik komuter, fikirkan sejenak. Boleh naik tapi berjanji lah jangan naik pada waktu-waktu puncak iaitu pagi semasa orang pergi keje dan petang semasa orang balik keje. Ini sangat menyedihkan pandangan mata dan hati saya sebab anak kecik ni terpaksa berhimpit dan terselit di celah-celah orang ramai. Kesian gile lah rasa nak nangis.
6. Tempat duduk itu saya yang punya!
Ini soooo typical. Buat-buat tido atau tak nampak pada perempuan mengandung, budak kecik.. malas nak mention ni paham lah sendiri.
7. Kiasu
Selalu nya lah...kaum yang satu tu suka berebut-rebut bila naik train. Saya pun rebut tak dinafikan, tapi cara kaum ni rebut memang menakutkan. Siap nak pijak kaki orang. Saya nak tengok sangat turun kat mana sibuk nak rebut seat maybe jauh kan perjalanannya, so saya perhatikan, rupa-rupanya turun kat Pantai Dalam? berdiri je lah oii sekejap je!!
8. Meraba dan menyenggol
Dasar lelaki nafsu serakah ni, kalau train sesak lagi dia suka. Time ni lah peluang di depan mata. Ada sekali saya penah nampak (saya duduk berdepan dengan aksi ni), lelaki berdiri betul-betul di belakang sorang perempuan. Saya nampak dia menggesel, muka lelaki tu innocent gila macam baik konon. Boleh blah. Perempuan tu muka tak selesa. Saya geram sangat, saya cakap kat perempuan tak bersalah tu 'kak, diri sini sikit lelaki belakang tu lain macam'. Muka lelaki tu pun berubah. Jangan ingat pakai kemeja dan tie tu tak buat perkara macam ni.
9. Tido macam kat rumah sendiri
Mengantuk sangat kot, malam tadi berjaga buat susu anak barangkali? Tido sampai berdengkur. Ada ok..jangan tak caya.
10. Perbualan menambat hati
Tak semua yang terjadi dalam train menyakitkan hati. Satu perbualan saya dengar antara seorang lelaki 1 dengan lelaki 2 (dalam telefon):
Lelaki 1 : Hello.. ha ko kat mana? Aku dalam train dah.
Lelaki 2 : aku dalam train dapat seat ni.
Lelaki 1: blah ko dapat seat, tak caya aku. orang ramai giler ni pembohong la.
Lelaki 2: iye lah aku dapat seat.
Lelaki 1: mungkin gak la ko buat-buat cacat ko dapat seat.
Aku gelak je dalam hati. hehehe..
11. Dapat kawan baru
Bila keadaan seperti train delay (selalu sangat), saya akan dapat kawan baru. Yang sama-sama mengadu domba ke'tensen'an masing-masing. Hehe..
Banyak lagi yang ingin dikongsi, tapi cukup lah buat setakat ini. Ada masa dan idea, leh sambung lagi. Chiow..