Advert




16 March, 2009

Perbendaharaan kata / Vocab

Hari ni mari kita lihat perkataan-perkataan yang Syirah dah pandai sebut. Mengikut kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ini menggambarkan bahawa Syirah bakal mengikut jejak Mama yang banyak mulut. erkkk?

Ok, berikut adalah di antara nya:

Mama (siap intonasi berlainan mengikut keadaan e.g. menangis, memanggil, mengintai..)
Papa
Pah = Opah
Papah = Sampah
Nonok = Nenek
Tok = Atok
Nyanyah = Ayah Ngah
Nenen = nak minum susu
Mamam = nak makan
Nak
Jap = sekejap
Kakak
Katak
Kaka = car
Buah
Tai = gatal
Pok = tepuk
Kan = ikan
Bol = ball
Bok = book
Lijed = lizard
Totop = tutup
Kak = bukak
Dak = bedak
Kat = sikat
Cat
Kot = biskut
Num num = minum & cawan
Jajah = gajah
Duduk

Kalau nak disuruh dah boleh dah Syirah ni. Hantar baju kotor dia dalam bakul, amik kan barang, kemas mainan, letak balik barang yang dah ambik ke tempatnya.. leh la diharapkan. Cewah, cam ada hint je.

No comments: