Advert




26 October, 2009

Happy 2nd Birthday Syirah!


Dear Maira Nur Insyiraah Norazmi,
We were blessed the very moment a beautiful little miracle called YOU came into our world!
HAPPY 2nd BIRTHDAY and blessings to our wonderful daughter!
We LOVE u so much.

25 October, 2009

Popeyes's Treat

Mula-mula nak cakap Thank You kepada kawan-kawan yang kukenali dari zaman belajar sampai lah sekarang tempat keje yang sama (department je lain-lain). Maaflah ye korang punya surprise tu aku revealkan, rasa kelakar pulak nak tengok korang sengih2 macam kerang sebab nak merahsiakan sesuatu dari aku. Lastly, aku jugak yang bagi map nak ke Popeyes tu. Hehehe..

Eh, ni makan-makan sempena belated birthday aku yang dah 3 bulan berlalu. Nape ntah tahun ni kawan-kawan semua sambut birtday aku belated. Frust i............... Sudah la, takde perasaan langsung dah tua-tua ni nak terasa hati orang lambat sambut birthday kan. Lain la kalo suami sendiri yang lambat wish, mau merajuk seminggu.

Last Friday punya plan ni diadakan di Popeyes, TTDI. Ni kali kedua aku makan kat sini, kawan2 ku baru first time nak try. Amacam sedap tak? Aku suka biskut ngan mash potato dia je. Prihatin tak prihatin kawan-kawan ku yang budiman ni, siap order air Milo special untuk aku. Terharu i.


Erin bagi hadiah yang sangat touching. Frame siap gamba aku ngan Syirah. Suke bangat! Sempat Erin amik gambo tu dan print. Tima kasih banyak. Dah pampangkan kat meja ofis ni ha, ramai puji tau Erin.



Makan best, team best, dan kesimpulannya.......semua BEST! Saya harus lah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana belanja makan, kek dan pengangkutan. Next time, we should do this more often ye. Tapi kereta? Anis je yang drive... anis oo anis....takyah pindah.


21 October, 2009

Bila budak umur 2 tahun berdialog..

Syirah ni memang penyeri rumah. Memang tak boleh hilang sekejap dari pandangan mata Mama. Aku pun treat dia macam orang dewasa, kalau berborak berdua tu macam kawan-kawan je. Padahal umur dia baru nak masuk 2 tahun tapi aku memang kalau boleh nak buat Syirah macam kawan, anything kita leh share together sampai besar nanti.

Ni nak citer beberapa dialog yang keluar dari mulut Syirah sejak dia dah pandai cakap ni kan, antaranya:

1. Satu malam sedang bersantai berdua atas katil, Syirah pegi selongkar handbag Mama dan terkeluar sebijik brooch dari dalam beg.

Mama : Eh, sape punye brooch ni?

Syirah : Ucu nyer kot..(cepat je dia jawab)

Mama : Ye ke?

Syirah : Ye lah kot..

Hahha korang dapat bayangkan budak 2 tahun cakap macam tu. Gelak guling-guling aku lepas tu.


2. Mama sedang drive, Syirah duduk dalam car seat kat sebelah. Jalan jem, ada lori kat depan bawak slow sgt.

Syirah : eiii...embapnyee [lembabnya] lowi ni...

Mama : [ternganga tanpa berkata apa-apa. speechless and no komen]


3. Syirah main lari-lari kat rumah. Sampai peluh-peluh dah so Mama tegur:

Mama : Syirah, dah la tu penat kang asik lari je..

Syirah : Tak penat pun

Mama : [terdiam lagi]


4. Mama nak semayang Maghrib, selalu dia pun sibuk nak semayang. Mama tanya lah:

Mama : Syirah nak semayang? Jom..

Syirah : Nanak..

Mama : Tak nak? kenapa?

Syirah : Malass....

Mama : huwaaa... nasib baik baru 2 tahun.

Banyak lagi dialong-dialong kebabom dari minah ni. Sampai kadang-kadang gelak kuar airmata atau sampai terkedu dengar ayat yang keluar dari mulut dia. Maklum la environment Syirah di kelilingi orang-orang dewasa, dia pun jadi dewasa dengan otomatiknya.

Lagi beberapa hari Syirah nak masuk 2 tahun!

19 October, 2009

Anakku sayang


Lagi seminggu birthday awek ni. Am planning something for her. Hadiah pun dah ada untuk Syirah ;)

Tak la surprise pun, dah cakap ngan Syirah pun. Rasanya dia faham. Hehe. Tapi sangat surprise untuk Mama.

Eh eh ape la aku cakap ni, aku sendiri tak paham. Hahaha..


15 October, 2009

Kosong

Dah lama tak update blog.

Tidak ada mood.

Cerita ada.

Nanti lah.

Kalau ada yang rajin menjenguk, lain kali datang lagi ye.

Ada cerita.

Bye. Assalamualaikum.

12 October, 2009

Belated birthday plus Raya!

Belated sungguh birthday celebration aku kali ni, sampai 3 bulan! Tapi takpe demi kawan-kawan tercinta, aku kena lah memahami sebab masing-masing pun ada masalah tersendiri. Bersempena dengan Syawal sekali, aku pun invite lah diaorang untuk celebrate birthday aku tu kat rumah mak, senang aku masak je sendiri lauk-pauk raya. Antara menunya ialah nasi tomata, nasi himpit, rendang daging, ayam merah (kerun request). Gamba takyah upload la ye sebab nanti terliur. Boleh?

Sesi potong kek ni macam malu pulak sebab dah tua kan, haha. Siap ada anak ngan suami jadi peneman. Malu betul nak nyanyi-nyanyi lagu ngan tiup lilin depan mak ngan suami. Nasib baik Syirah ada tolong cover.

Lepas tu kitaorang berdoa supaya semua hajat kami dimakbulkan. Maaflah kami memang gila kadang-kadang. Itu perlu supaya ceria. Nasib baik suamiku sporting, dia pun paham wife dia kalau jumpa kawan-kawan akan jadi lupa daratan.

Ok lah malas nak citer detail, aku bahagia dan gembira dapat hadiah yang best-best daripada kawan-kawan. Kerun bagi perfume ngan selendang. Oja bagi kain ngan tudung. Anis bagi make-up set. Korang perasan tak, semua barang-barang untuk kecantikan kan...bagus kawan2 aku, nak bagi aku cantik. Maklum la dah ada anak ni kadang-kadang terlupa, bz untuk anak je. Hehehe


Dah 11 tahun... and BFF FOREVER! Korang cepat kawen tau!

07 October, 2009

Dua-dua nak melawa

Hai iklan jap dari citer Raya yang tak abis-abis tu nak?

Papa Syirah kan dah pandai tau sekarang pakai macam-macam kat muka dia. Siap beli satu set tau! Sebelum ni pencuci muka pun takde ape tah lagi mosturize bagai. Malam-malam pulak sapu krim kat bawah mata. Ni agak mendebarkan ni.. tetiba pulak suamiku jadi begini. Memang lah suke sebab dia pandai jaga muka tapi sebagai isteri haruslah aku mempunyai sedikit perasaan curiga. Hehehe..

Sejuk hati sikit sebab at least dia tanya pendapat isterinya. Mmintak tunjuk ajar camne nak pakai, bila nak pakai. Dalam hati takde berdetik dah, anggaplah Papa ikhlas nak menjaga kecantikan kulit muka dia. Sebab sebelum ni aku jugak yang rajin komplen, bawah mata dia selalu hitam. Wow, kalah la Mama yang kulit muka sedia tak cantik ni.

Then, masa berhari raya kat Penang haritu, singgah Jusco Seberang Prai yang baru. Besar macam Jusco Bukit Tinggi. Pastu terjebak masuk Poh Kong. Ape lagi..hehe. Ala beli yang paling ringan=paling murah. Sebab budget tak mengijinkan. Cantik tak? Moden sikit kot dari yang lama tu. Simple je takde la macam mami jarum.

Begitulah ceritanya apabila kami suami isteri pakat melawa. Ada aku kesah? Kata korang.. hehe..

05 October, 2009

Balik Kedah di raya ketiga

Orang dah abis citer Raya dah aku baru terhegeh-hegeh nak citer raya ketiga. Haha. tak sempat sangat. Rasa macam hari-hari berlalu begitu pantas. Ha tetiba dah ayat puitis.

Pagi-pagi dah naik komuter nak ke KL Sentral, tak nak susahkan orang hantar ke airport lagipun nak bagi Syirah experience naik train pulak. Semangat dia bangun pagi-pagi, tau nak gi jalan. Dalam komuter mulut bising je ntah hape dia membebel.


Sampai KL Sentral, terus check-in siap-siap so tak yah lah heret beg bagak tu ke sana sini. Senang lenggang kangkung je nanti. Lepas Papa settlekan check-in, kitaorang pun breakfast dulu kat Swiss Oven. Laparr.


Muka happy Mama first time naik ERL, harap maklum. Biasa je takde yang different pun, tapi laju gile lah dari komuter tu. Dah hari-hari naik komuter, naik ERL pun rasa nak muntah. Uwekk..



Tengoklah minah kenit buatpe dalam ERL. Mintak hp, pastu cakap "agu..agu", rupa-rupanya nak dengar lagu. Poyo kan? Dia dah boring la tu.


Dah sampai KLIA, siap-siap buat susu dia. Nanti dalam flight sumbat je senang bagi dia tido terus. Ni tengah tunggu Papa gi toilet. Lambat lah papa ni... kan syirah? Duduk je dalam flight, Syirah menyusu dan terus tido. Tak sempat nak fly-off pun dia dah tido dulu. Good.. senang sikit keje aku takyah nak entertain dia sepanjang jalan. Alah tak lama pun 45 minit saje.


Alhamdulillah selamat sampai di airport Bayan Lepas pastu Pak Ngah Syirah datang amik. Sampai di Baling, Kedah tengahari nya disambut nenek ngan maksu kat muka pintu, seronok lah cucu yang sorang balik. Ni lah masa nak berjumpa orang-orang lama kan, bila lagi sementara mereka masih ada.


Moyang sebelah nenek Syirah kat Kedah, duduk kat sebelah umah je :)

Hari raya keempat, gi Penang pulak. Sedara-mara sebelah bapa mertua ku yang berasal dari sana. Lu pikiaq lah sendiri. hehehe..Best tau pegi rumah Tok Penang sebab rumah dekat ngan jeti kat Kuala Muda kot tak silap namanya. Jalan nak ke sana ada bendang, saujana mata memandang. Memang cantik..konon nak berenti amik gamba tapi cuaca panas sangat, cancelled.
Moyang sebelah Tok Wan Syirah di Penang, muda lagi baru 62 tahun

Malam tu bapak sedara ku yang dok di Sungai Petani nak mai umah mak mertua. Aku panggil Mamak, Syirah panggil Atok la. Dia tak balik Selangor tahun ni sebab dia pun tak sihat sangat. Tahun lepas,depa raya umah kami kat Klang.


Ni wife dia, makcik sedara ku yang paling sporting. Muda-muda dah ada cucu, pandai buat duit

Yang tudung hijau, cousin aku baru umur 21 tahun, anak dah 2.


01 October, 2009

Syawal kedua - kenduri tahlil

Hari Raya kedua, semua kaum keluarga dikehendaki balik kampung di Ulu Yam sebab ada kenduri tahlil. Atok dan Opah yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan Ramadhan lepas. Masih terngiang-ngiang dalam kepala masa arwah Opah dimandi dan dikapankan. Aku tengok semua dari mula sampai habis.

Pukul 11 baru bertolak dari rumah, sampai-sampai tinggal makan je. hihihi..eh tapi kan, lepas kenduri sape yang kena basuh pinggan yang melambak tu? Akuuu jugak, walaupun ada anak kecik bukan alasan untuk melarikan diri. Ye lah kesian kat makcik2 aku tu, dah penat. Bagi lah orang muda basuh pinggan pulak, bukan semua orang nak menolong. Yang pakat datang makan pastu balik awal tu perkara biasalah..no komen.
[Atas] Anak-anak dara maksu
[Bawah] Anak-anak dara dan mak dara makngah

Minah ni berpeluh sakan ke, ngantuk ke tetap happy.. alhamdulillah tak meragam

Suamiku dah ala-ala wakil rakyat gayanya.. hehe

Tengah kusyuk dengar citer Along, cousin yang mengajar kat pedalaman Sabah

Jam menunjukkan kul 3pm, sayang tak bawak baju lebih kalau tak boleh gi mandi sungai. Kat kampung aku banyak sungai..Ulu Yam lah pulak kan. Semua pun berangkat pulang...balik tu sempat singgah jejantas Sg Buloh nak makan Burger King.. tak kenyang-kenyang!
Sampai umah takleh nak rehat...kena packing barang-barang, esok pagi nak balik Kedah pulak..to be continue next entry.