Advert




07 October, 2009

Dua-dua nak melawa

Hai iklan jap dari citer Raya yang tak abis-abis tu nak?

Papa Syirah kan dah pandai tau sekarang pakai macam-macam kat muka dia. Siap beli satu set tau! Sebelum ni pencuci muka pun takde ape tah lagi mosturize bagai. Malam-malam pulak sapu krim kat bawah mata. Ni agak mendebarkan ni.. tetiba pulak suamiku jadi begini. Memang lah suke sebab dia pandai jaga muka tapi sebagai isteri haruslah aku mempunyai sedikit perasaan curiga. Hehehe..

Sejuk hati sikit sebab at least dia tanya pendapat isterinya. Mmintak tunjuk ajar camne nak pakai, bila nak pakai. Dalam hati takde berdetik dah, anggaplah Papa ikhlas nak menjaga kecantikan kulit muka dia. Sebab sebelum ni aku jugak yang rajin komplen, bawah mata dia selalu hitam. Wow, kalah la Mama yang kulit muka sedia tak cantik ni.

Then, masa berhari raya kat Penang haritu, singgah Jusco Seberang Prai yang baru. Besar macam Jusco Bukit Tinggi. Pastu terjebak masuk Poh Kong. Ape lagi..hehe. Ala beli yang paling ringan=paling murah. Sebab budget tak mengijinkan. Cantik tak? Moden sikit kot dari yang lama tu. Simple je takde la macam mami jarum.

Begitulah ceritanya apabila kami suami isteri pakat melawa. Ada aku kesah? Kata korang.. hehe..

2 comments:

Ezrina - A wife & a mummy of two said...

wow..cantiknye gelang....
suke..suke..suke...
eh tetiba lak suke org punye ek hahaha :D

mama-syira said...

kalo suke angkat la satu.. hehe