Advert




25 February, 2010

Makan sempena birthday Papa

Dah sebulan kisah ni tapi baru nak blog. Sorry Papa :( Tak sempat nak upload.

Papa punya birthday, tapi Papa yang belanja. Boleh? Hehheehe.. Teka kitaorang makan kat mana berdasarkan gamba kat bawah ni?


Mama ngan anak yang happy dapat makan dan makan tepi laut.


Dapat makan ketam...nyum nyum. Makanan lain tak sempat amik gamba sebab sibuk nak makan dan sibuk nak 'kepung' minah tu. Nak cedok ni, nak berdiri, nak minum air sendiri. Adui.. last2 nak makan pun tak senang.



Terima kasih Papa... Happy Birthday!

21 February, 2010

Vitamins

To all mommies and friends,

Korang bagi tak anak-anak atau berpengalaman pasal vitamin untuk kanak-kanak? For your info, Syirah memang TAK SUKA makan! Amat lah susah nak bagi dia makan. Doktor kata picky eater. Kalau makan pun, sesuap dua dah syukur alhamdulillah. Atau dikenali sebagai small eater.

Untuk pengetahuan jugak, Syirah minum susu. Memang kaki botol..eh tak sedap pulak bunyik kaki botol kan. Kira kalo tak dapat sehari, tak sah la. Dari kecik sampai besar dia minum Anmum Essential. Sehari dalam 4-5 kali. Sekali minum dalam 6 oz.

Saya sebagai emak tentulah susah hati bila anak tak suka makan. Rasa macam tak cukup zat je. Tapi doktor kata janji dia sihat walaupun tak montel macam anak orang lain. Dulu first time pernah bagi dia Appeton Multivatmin with Lysine ni. Tapi dia tak suka. Ada lagi dalam fridge. Dah nak expired kot.


Then, tukar pulak ke multivitamin dari VitaHealth ni. So far, dia suka. Tablet perisa oren. Dah habis 1 botol. Nak kata dia berselera makan tak jugak. Still tak nak makan. Cuma perubahannya, nampaklah Syirah jarang sakit.


Tetiba mengada-mengada nak tukar pulak ke Pharmaton Kiddi Syrup ni. Itupun sebab Opah dia kata sebab makan VitaHealth takde perubahan. Tapi Opah dia ngadu, Syirah tak suka Pharmaton ni sebab tak sedap. Pahit. Abih tu, Opah jugak yang suruh tukar aritu. Haihhh..


Maka nya, terdampar sepi jugak lah vitamin ni. Sekarang saya nak tanya korang pulak. Camne nak bagi anak selera makan. Tolong lah...


19 February, 2010

1st timer

"Mama, Iyah nak air tu...air ndau (hijau) tu."

"Ni bukan hijau sayang, ni merah"

"Ha, air ndah tu"

"Tak boleh, ni air orang besar. Budak kecik tak boleh minum"

"Nak ciket je.."

"Nah, nak rasa sangat"



Ha kan muka dah jadi kelat minum air berkarbonat. Takpe lah bagi dia try, kalau tak try tak tau jugak camne rasanya. Tak sakit perut takpe..hehe.


13 February, 2010

Surprise!


Mintak bantuan posmen kecik ni hantar hadiah..hihi

Papa tengah baring dalam bilik. "Posto posto".
"Eh ape ni?" Papa kata

Tapi yang herannya posmen ni pulak yang beria baca kad

Hadiah tak seberapa, tak mahal tapi cukuplah untuk
buat kita stay connected :)


Papa terus test... ok tak? Happy birthday Papa.
Tak celebrate tapi cukup lah buat kita bertiga happy kan?

09 February, 2010

Tengok ikan di Aquaria

Dah lama berjanji dengan Syirah nak bawak tengok ikan kat Aquaria. Walaupun dia tak tau wujudnya Aquaria tapi rasa tak sedap hati pulak dah berjanji. Larat tak larat pun Mama gagahkan diri. Ok lah kan asyik pegi shopping complex je sesekali kena jugak buat rombongan sambil belajar. Hehe.

Takyah citer banyak lah ye, gambar-gambar merungkai segalanya. Ececeh..


Sebelum balik tu bersiar-siar kat taman kat luar KLCC tu. Gamba bawah ni Syirah tengah membebel. Tak tau ape yang dibebelkan tapi yang nyatanya dia dah letih. Tak aci betul Syirah, asyik dukung ngan Papa je pun letih.

02 February, 2010

3 Februari

Happy 30th Birthday Papa!

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semoga kita sentiasa bahagia dan diberkati kehidupan oleh Allah dunia akhirat.


We love u!


Anak daraku yang rajin dan caring

Syirah sibuk nak tolong basuh pinggan. Nak bagi berdiri atas kerusi kat sinki, takut jatuh (sebab penah terjadi ye, Mama dah trauma). Maka nak puaskan hati dia dan takmo bagi perkembangan terbantut kononnya, bagi dia sebijik cawan ngan sabun beserta penggosok pinggan. Hah dok kat luar sana..nak tunggang terbalik berkecah air pun takpe. Nasib baik sabun tu memang tinggal nyawa-nyawa ikan, dia lah yang perabihkan. Beria ok.. nama pon anak dara. Bila lagi nak practice. Practice makes perfect. Hehehe.. itu kisah Syirah yang terover rajin.

Ni nak citer pasal caring pulak. Masa tu kami berdua dok dalam bilik. Mama apalagi, tengah baring keletihan. Syirah pulak dok buat keje sendiri..main bear lah, main tabung lah. Tetiba aku saja cakap "aduii..sakitnya Mama Syirah". Pastu dia yang berdiri jauh dari aku cepat-cepat datang tanya "Mama nape..Mama dok diam ye". Dengan muka-mukanya yang concern gile. Pastu dia pegi balik buat keje dia. Sambil main tu asyik-asyik dia tengok Mama, sambil main sambil tengok pastu mulut cakap sorang-sorang (tak paham dia cakap ape). Alahai terharunye aku time tu. Nampak muka dia risau tapi tetap nak main tu. Pandainya anak Mama. Sebab tu, Mama selalu cakap ngan Syirah.., "Syirah lah kawan sejati Mama".