Advert




02 February, 2010

Anak daraku yang rajin dan caring

Syirah sibuk nak tolong basuh pinggan. Nak bagi berdiri atas kerusi kat sinki, takut jatuh (sebab penah terjadi ye, Mama dah trauma). Maka nak puaskan hati dia dan takmo bagi perkembangan terbantut kononnya, bagi dia sebijik cawan ngan sabun beserta penggosok pinggan. Hah dok kat luar sana..nak tunggang terbalik berkecah air pun takpe. Nasib baik sabun tu memang tinggal nyawa-nyawa ikan, dia lah yang perabihkan. Beria ok.. nama pon anak dara. Bila lagi nak practice. Practice makes perfect. Hehehe.. itu kisah Syirah yang terover rajin.

Ni nak citer pasal caring pulak. Masa tu kami berdua dok dalam bilik. Mama apalagi, tengah baring keletihan. Syirah pulak dok buat keje sendiri..main bear lah, main tabung lah. Tetiba aku saja cakap "aduii..sakitnya Mama Syirah". Pastu dia yang berdiri jauh dari aku cepat-cepat datang tanya "Mama nape..Mama dok diam ye". Dengan muka-mukanya yang concern gile. Pastu dia pegi balik buat keje dia. Sambil main tu asyik-asyik dia tengok Mama, sambil main sambil tengok pastu mulut cakap sorang-sorang (tak paham dia cakap ape). Alahai terharunye aku time tu. Nampak muka dia risau tapi tetap nak main tu. Pandainya anak Mama. Sebab tu, Mama selalu cakap ngan Syirah.., "Syirah lah kawan sejati Mama".

2 comments:

Khairul Azmi said...

wah comelnya anak akak..
dah la rajin..kecik2 dah pandai..
hehe..

mama-syira said...

harap sampai ke besar lah rajinnya dik oi. jangan kecik2 je rajin. hehehe..