Advert




09 February, 2011

Melaka: Check-in dulu

Bertolak dari umah dah kul 10++, nasib baik kat highway tak jem. Alhamdulillah, all the way dari rumah sampai ke Ayer Keroh, anak-anak tido! Fuh..amazing. Bagos sangat.

Budak-budak terbangun bila sampai tol Ayer Keroh yang very the jammed. Kakak as usual jadik co-pilot Papa. Sementara jem tu, bagi adik makan sesiap. Home made bubur nasik.


Pakai garmin pun sesat :P gelakkan Papa. Kat Melaka ni jalan sehala je kan, tu yang jem, dah la trafik light banyak! Hadoii... letih menunggu lampu hijau. Akhirnya sampai jugak kami di Mahkota Hotel.


Ramai betul Chinese... dorang ni tak balik kampung ek time raya? Ngeee. Lepas urusan check-in..kami pun pulang ke pangkal jalan... gi masuk bilik memasing lah ape lagi.

Aku, suami dan anak2 stay kat mahkota floor room. Manakalah emak, kakak dan adik2 stay kat 2-room apartment. Building lain-lain tapi tak jauh la ikut lif pintu belakang. Bilik emak ada la hall, dapur semua. Bilik kami anak beranak, standard bilik hotel.

Apa-apa hal, adik dah landing rasmikan katil dulu.


Bilik air tempat pertama ku terjah. Tapi takde bath tub.



View dari balkoni kami. Sebelah kiri tu laut..tempat nak naik cruise tu. Depan ada hotel Holiday Inn, Mahkota Parade ngan Dataran Pahlawan. Belakang hotel kami, Mahkota Medical Centre.. jangan tak tau tempat tu pun aku 'visit' sempena holiday kali ni.
Komen aku pasal bilik kat Mahkota Hotel ni, tak padan dengan harga lah. Tilam ngan bantal tak empuk pun (dok hotel-hotel sebelum sedap je tilam ngan bantalnye), pastu aircond punya remote tu aku nak low kan suhu pun tak berfungsi. Kesejukan anak-anak aku bila malam. Ntah la rasa macam tak berbaloi harga dengan bilik. Rugi rugi...

Ni apartment yang emak duduk. Ok-ok aje, macam bangunan dah lama. Tak cantik pun. Pantry pun takde provide pinggan mangkuk, sudu seketol pun takde. Sadis..
Next entry...gi lunch kat restoran Asam Pedas Selera Kampung. Sedap ke? Tungguuu.. (bajet ada orang nak tunggu).

No comments: