Advert




09 May, 2011

Irfan di hospital

Apakah itu Pneumonia?


Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria, kulat dan virus. Penyakit ini sangat umum pada bayi. Bayi dengan mudah boleh mendapat penyakit ini dan tanda-tanda penyakit ini adalah seperti batuk, demam dan masalah pernafasan. Kalau demam berpanjangan, sila bawak pegi doktor cepat. Macam Irfan, aku mintak refer letter dari doktor klinik panel untuk ke specialist bila demam dia on off. So bila pegi specialist, x-ray tengok paru-paru dia ada bakteria (bukan virus). Doktor kata bakteria lagi bahaya dari virus. So kena admit sebab nak ambil darah dan masuk drip antibiotik.




Tanda dan gejala
Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang:




  • Demam (390-400C) dan menggigil.


  • Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).


  • Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam


  • Bernafas dengan cepat dan pendek


  • Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.


  • Berpeluh dan muka kelihatan merah.


  • Hilang selera makan atau perut meragam.




Rawatan




  • Antibiotik


  • Rehat yang cukup


  • Minum air banyak


  • Ubat-ubatan


Pencegahan




  • Elak bayi bertemu dengan orang yang sakit - batuk, demam, selsema. - Rasanya sebab Irfan dok babysitter yang ada budak-budak selsema dan demam. Sian dia kan, takde pilihan cuma dah pesan kat babysitter yang sepatutnya. Kita berharap dan tak berkira dengan babysitter, harap dia pun jujur lah kan. Alhamdulillah so far ok cuma kita tak boleh nak expect 100% perfect macam yang kita buat.


  • Jaga kebersihan - Irfan ni suka mengutip tu masalahnya. Kena sentiasa tengok.


  • Doktor suruh buang semua bear-bear Syirah yang ada kat umah -penyebab habuk.


  • Doktor tanya "Ayah merokok?". Papa jawab "ye". Mama memandang tajam. "Saya tak penah smoking dalam rumah". Papa membela diri. Apa pun, merokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain kan.




Walaupun hanya 3 hari 2 malam kat hospital, boring ya amat sebab Irfan tetap aktif. Kat umah boleh lah dia dok dalam walker, kat spital? Asik la dok atas katil, kang kalo boring Mama bawak gi jalan-jalan kat kaunter nurses tu, paling jauh gi lobi. Hehe. Panjat tetap panjat ye Irfan. Sampai berdarah-darah tangan dia kat tempat masuk drip tu. Irfan tak nangis, Mama yang panik.




Sib baik nurses kat sini rajin, beratos kali Mama tekan menda alah ni pun tetap datang dengan kadar cepat. Kadang-kadang Irfan yang tertekan. Tetiba nurses 2-3 orang datang tanya "ye Puan panggil?"... "Eh taklah". Hehe. Im sowii..bak kata Amir.




Mencabar jaga budak tengah nak membesar ni kat hospital sebab dia cepat boring. Dia nak tengok tv citer katun pun tak pandai lagi. Belum kul 7pm dah suruh dia tido. Sian Irfan kena paksa tido. Sebab kalau dia tak tido, penat tengok dia tak duduk diam nanti badan dia yang sakit-sakit. Awak dah la tak sihat.



Sesi terapi nak keluarkan kahak. Irfan ni peramah, kalau therapist ke nurses datang..mulut dia bising ajak borak.





Of course lah bila dah kena duduk hospital, teringat anak yang sorang lagi kat rumah. Adoi la seksa betul perasaan ni. Anak sakit kat hospital pun risau, yang kat umah pun ye. Nasib baik lah Papa ada time ni, dia la dok ulang alik. Dan terima kasih sangat kat maklong ngan Opah Syirah yang tolong jagakan Syirah. Adik bila nampak kakak datang, kemain lagi excited. Kakak pun tanya "Mama ngan adik tido kat hospistal ye?". Pandai dorang ni rindu sesama sendiri rupanya.





Vaksinasi


Jangan miss rutin suntikan untuk baby setiap bulan... and doktor ada suggest suntikan optional Pnuemococcal untuk cegah pnuemonia, meningitis (penyakit yang common kena kat baby). Suntikan ni kena bayar sendiri - dan setiap cucuk tu kena bayar around RM200. Kalau sayang anak, rasanya boleh cari duit untuk bayar kan. Masa Syirah aku tak amik pun. Ni masa Irfan nak start amik.

Tetapi, rutin suntikan pneumococcal ada 4 kali kena amik:




  • 2 months


  • 4 months


  • 6 months


  • 12-15 months

Kalau dari awal tak start, boleh start dari umur dia setahun. So, hanya perlu 2 kali suntikan.





Ya Allah, semoga anak-anak kita dijauhkan dari segala jenis penyakit. Amin.


No comments: