Advert




19 May, 2011

Steambot, Fondue Grill & BBQ for Opah.

Dimulakan dengan Bismillah. Kejadian sempena Hari Ibu untuk meraikan Opah iaitu emak kami 5 beradik. Plan diatur oleh abang aku, katanya nak buat steambot ngan bbq. Dia beli barang semua, kami tinggal makan dan share lah duit. Lokasi kejadian di rumah kakak.


Tengok makcik ni makan durian, gelojoh sangat. Maklumla hantu durian. Gini lah rupanya. Ada aku kesah?


Sampai anak sendiri masuk bawah meja pun tak sedar. Ish ish ish...Bukan tak sedar, saje bagi dia main bawah meja.


Adik jangan buat muka camni boleh tak dik? Kang Mama gigit padan muke.




Ooooo kecohnya kakak. Cakap tepon dengan Papa dia, Papa takde time ni tak balik kena kerja. Sian Papa tak dapat join.




Nasib baik ada orang tolong jaga anak-anak. Mama tengah mentekadarah durian tak habis-habis kat dapo. Ni Intan, bakal adik ipar yang nak kenduri bulan November nanti, InsyaAllah.




Ha kan betul, tak habis lagi makan durian. Hahaha. Suraya ni pun rajin layan Syirah ngan Irfan, senang hati lah Mama korang. Ni tak tau bila nak kenduri, tanya abang aku lah ye.




Ha tanya dia ni bila nak meminang anak dara kat atas ni. Tengah sibuk nak bako ayam. Kita bakor! Kita bakor!



Persiapan memanaskan kuah tomyam untuk direndam bahan-bahan steambot. Dah banyak kali guna menda alah ni, hadiah kawen aku dulu. Kak qish ngan Kak Odie yang bagi. Best sangat. Boleh steambot, n grill sekali.




Maaflah muka Opah nya tak tunjuk. Tak berapa sopan. Hehe. Tu Opah yang pakai kain batik merah tu diraikan mesti lah dia yang kena mula makan dulu. Sedapnyeeeee bila tengok balik gambo ni. Peluh-peluh kami makan.




Lepas makan, mesti ada pencuci mulut nak bagi manis-manis sikit. Jom kita makan peach trifle. Sedap sangat, Intan buat. Semua pun orang buat kan, aku satu hapah tak buat. Tinggal makan je. Ye lah aku busy dengan anak-anak, suami takde nak tolong jaga (sambil tunduk muka malu).




Selamat hari ibu, Opah. Jasa mak memang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Terimalah hadiah daripada Daud (adik aku). Lagi sekali, aku tak contribute apa2. Eh sebab aku pun diraikan lah, aku kan dah jadi Mak! Huhuhu..




Of all the rights of women, the greatest is to be a mother. Korang jadi mak, korang tau lah kan camne perasaannya? To all of my frens, Happy Mothers Day!

2 comments:

farikh said...

kemain semangat kak muka ko tgh makan hukhukhuk

mama-syira said...

Farikh: baru tau ke. akak kan memang gitu.. ahahaa