120611 - Tarikh ini setahun lepas, lahir seorang lagi khalifah Allah - lelaki, berat 3.3kg di Hospital Pantai Klang selepas Mama menahan contraction 6 jam. Cubaan untuk normal tidak berjaya, maka keluarlah Muhammad Nor Irfan bin Norazmi secara c-sect tepat jam 5.35 pm. Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini.
Anak kedua saya, seorang budak lelaki yang manja.
Kegemaran: bergayut dengan Mama.

Semoga Irfan diberikan kesihatan yang baik selalu. Amin.

Dengan Papa yang suka main jongkat jongket dengan adik.
Jongkat jongket versi kaki Papa.
Jongkat jongket versi kaki Papa.

Dengan Mama yang sayang sangat kat adik.

Kakak yang suka jeles dengan adik.
Tapi bila adik hilang dari pandangan, sibuk cari.
Tapi bila adik hilang dari pandangan, sibuk cari.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah ayat 128).
No comments:
Post a Comment