Sesejak dah dok umah baru kan, lama tak keluar kalau weekend (yelah tu). Sebab syok kan melepak anak beranak kat umah. Keje umah banyak nak buat. Cewah. Tapi maksud tersirat sebenarnya, nak save duit. Duit dah banyak keluar macam air hujan masa nak masuk umah baru. Hahahhaa..eh tapi elok lah kan. Kalau tak asal weekend nak keluar pastu nak pegi shopping complex, pastu terbeli benda yang bukan-bukan. Lagipun pening lah nak pegi shopping complex sekarang, orang ramainye lahai macam esok nak Raya Aidilfitri - ok tak perumpamaan ni? :P
Tapi hari tu (2 minggu lepas punye citer baru nak citer), Papa ada hal nak ke Jako. Jako tu ialah Jusco. Anak2 aku sebut Jako. Jako pilihan kami tentulah Jako Bukit Tinggi. Dekat ngan umah. Aku kalo pegi Jako mesti lah tempat feberet...cer teka ape? Nichii? Audrey? (haha) Clarks? Padini? no no semua salah. Jawapannya ialah Brands Outlet! Sebab nak cuci mata kadang terbeli baju budak-budak. Pergh heaven nye... lawa-lawa, comel-comel! Parking pun mesti dekat ngan pintu BO. Senang. Tepi pulak ada atm machine.. lagi lah senang! akakkakakkaa..
Anak-anak pulak kalo ke Jako, terus lah ingat nak main. Memandangkan dah lama tak pegi, sampai ke Kids Playland tu .. "eh dah lain?" Nampak benau lama tak pegi. Papa bayarkan entrance untuk 2 beradik tu, Mama kena masuk sekali nak monitor. Papa pegi settlekan hal dia, Mama pun dok tepi tengok lah dua beradik tu main.
Suruh Syirah main dalam rumah kecik ni. Ada dapur mini, cute je. Sinki, kuali, semua ada. Tapi Syirah kan tak penah bercampur orang ramai-ramai camni, Mama pulak excited suruh main. Tetiba elok dia nak potong sayur tetiba ada budak Cina ni rampas pisau dia. Dia nangis lah. Aku suruh pegi amik lain. Dia nangis. Aku mak yang emosional kan, aku pegi mintak balik pisau tu kat budak Cina tu "hello, thats hers. You go play with others". Hahahhaha backing anak sendiri siap sound kat budak Cina tu. Mana lah anak tak berdikari ha. Teruknye pangai mak.
Sebelum pegi masak kat dalam rumah yang ada dapur tadi tu, sila lah shopping sayur-sayuran, ikan, ayam kat supermarket ni ye. Murah-murah je harga dia ;)
Oleh kerana dah menangis tadi, so dia tukar main kereta. Adik memang aku biarkan main kereta sendiri. Adik sempoi dah biasa ramai-ramai kan so dia ok je main sendiri. Pastu mulut pun tak berhenti bercakap, menjerit. Semua orang dalam tu macam kawan dia dah. So you have to expect that anak-anak memang berbeza character mereka.
"Main sorang-sorang lagi best, Iyah beli sayur banyak, Mama"
"Ye lah nak, main lah".
Lepas tu, dua beradik nangis sebab takmo keluar dari situ. Ah sudah. Balik! Sebelum Mama jadi singa.
1 comment:
hahahah :D kelakar...mcm2 ragam anak2 kan...
yg anak cina rampas pisau tu..kalau erin pun erin pi mintak balik hahaha :D
kalau tak, budak tu nanti tak respek hak org...hehehe :D
bukan kita nak emosi tak tentu hala kan....;D
Post a Comment