Advert




15 June, 2012

First Experience Naik Train.

Hari-hari hantar mamanya naik train kan, tengok muka Irfan kesian betul. Sikit lagi nak meleleh air liur. Dia tak tau yang Mamanya punya 'bercinta' nak naik train tu. Biasalah, budak-budak kan nampak train/airplane/lori memang excited. Boys la selalunya.

Ni citer dah lama, bulan lepas. Weekend tu Mama plan nak duduk rumah aje melangsaikan keje-keje umah yang mana tergendala.  Lagipun anak-anak baru nak sihat kan, biarlah dok umah.  Tetiba dalam kul 11 pagi tu dengar bunyi orang bagi salam kat pagar. Rupanye Mak (maklong) mereka datang.  "Jom gi naik train".  Irfan ngan Syirah dah lompat2 dengar perkataan train. Mama kata "dah kenapa? sekarang jugak ke ape?" "Ha lah sekarang, kejap je naik gi Subang ke turun, pastu balik la". 

Baju anak-anak nak la tukar jugak ke bawak beg baju ape yang patut (as usual kalau keluar umah gi jenjalan, beg doraemon PENTING sgt). "Pakai je lah baju yang diaorang pakai ni, elok je".  "Buruk lah baju ni" Mama kau yang over menjawab. Sorry lah bukan nak being belagak. Tapi aku kalo nak keluar biarlah proper sikit bajunya. Baju jalan is baju jalan, baju rumah is baju rumah.  Pastu Opah dia kata "cantik je baju tu". Ok la pakai je lah takut kecik ati lak baju tu Opah yang belikan masa dia gi Pulau Redang baru ni. Alamak Opah terdengar ke aku cakap baju tu buruk tadi? huhuhu..

Get ready at station Telok Gadong. Kakak excited walaupun dah penah naik train 2-3 kali. Adik tengah menunggu train sambil lompat. Jerit-jerit bergema satu station suara adik. Hehehe..teruja betul anak aku.



Train yang datang, train lama. Wah..camni la rasanya naik train ye. Bestnye. Agaknya Irfan kata camtu la. Tak berbunyik adik, diam je begitu menghayati momen pertama. Kikikiki..


Telok Gadong - Subang Jaya. Tengok tangan Irfan. Hahaha macam YB melawat kawasan.  Ingatkan nak turun kat Subang pastu tunggu pulak train balik ke Klang. Tapi kesian la pulak..


Masuk Carrefour jap, dekat je kan lintas jalan depan sikit kat komuter station Subang tu. Makan roti kat Auntie Anne, minum2 jap melepaskan lelah katanye.


Alhamdulillah makbul doa Mama sepanjang dalam perjalanan pegi and masa makan tadi. Doa harap2 balik dapat naik train baru. Rezek korang lah wahai anak-anak. 

Kakak buat aksi. Train baru kan panjang, masa naik tu kosong. Boleh pilih-pilih seat.


Try berdiri ok tak?


Wah kemain, tukar seat pulak. Sorang satu plak tu.


Bila nak sampai ni?




Begitulah pengalaman pertama Irfan menaiki komuter.  Sekarang, bila hantar Mama kat station je...dia nangis.  "Nak itottt nak itottttt!"    Ahhh sudah!


4 comments:

Liza Hashim said...

ada plan gak nk bawa Qaleesya and Qaireen naik train next week.. sampai bank negara ke?? lepas tu leh ajak abah diaorang lajak ke sogo shopping kah kahkah.. (ada niat tersembunyi disitu)

Anis Rahim said...

auntie anis pun mesti cam "jakun" gak klu dpt naik train baru tu coz da lame sgt x naik train...hihihi.....

mama-syira said...

Liza: sila sila..explore kan budak2 ni dgn benda2 baru. hehe jauh perjalanan luas pengalaman gitu.tu bukan lajak, shopping tu masukkan dlm agenda siap2 ahahaha

mama-syira said...

Auntie Anis bila nak join mama naik train, best tau.. *muntah*