Advert




07 June, 2012

Department's Family Day.

Sayang nak burn citer ni sebab banyak gamba. Dah 2 bulan berlangsung. Hahaa. Hamek ko sekali update gamba banyak itupun dah selected.  Gamba2 from phone dan camera member office.   Office Mama buat family day kat Port Dickson dari 21-22 April lepas. Jumaat lepas keje, balik umah..mandi, kemas umah, semayang ke apa yg patut dulu kul 9 baru bertolak ke PD. Dekat je kan. Sampai PD around 11pm. Budak2 dah tido angkut naik bilik.

Pagi Sabtu @ PD. Semangat waja anak-anak aku ngan sports attire. Katanya ada sukaneka kan.


Lepas breakfast, acara tak start lagi. Gi tengok laut jap kat belakang banglo.  Resort ni office yang punya ye kengkawan, for staff only. Kot2 la tanya kat mana. Beria tengok laut sambil pimpin tangan. Alahaiii..



Ok dah nak start acara. Pengarah bagi intro speech diikuti dengan simple senamrobik.



Sukaneka anak-anak pun bermula. Yang kelaka, parents lagi over dari anak-anak. Hehehe. Comel sangat lah budak2 ni. Untuk kami, memang excited. Sebab Syirah mana penah join sukaneka. Baru sekolah this year, sukan tak buat lagi. So ni dikira sukaneka pertama dalam hidup Syirah. Excited ni Mama jadi pompom girl, Papa pulak jadik coach.


Syirah mana pandai tiup belon. Tiup takat tu je lah yang mampu. Tapi nama pun sukaneka, sukahati masing2 je. Belon tu bos aku yang tiup, bos aku gak yang letupkan. Syirah tinggal lari je. Dapat no 2. Hahhahaa...


Semua acara Syirah masuk. Dia yang nak. Nampak dia pun enjoy. Tak sangka rupanya suka sukan dia ni. Nanti boleh la aktif sukan kat sekolah. Acara bawak bola dalam sudu. Kawan Mama pulak jadik coach.



Cari gula-gula dalam tepung. 


Hasilnya. Suka je dia.



Acara sukaneka parents pulak. Nampak tak Mama? Dah lama tak bersukan, excited jugak la kahkahkah. Acara lari berpasangan. Mesti nak menang ni, wakil rumah Hijau.


Ingatkan Mama sorang je excited, Papa pun sama. Mengimbau zaman kanak-kanak lah kot, dah lama tak dapat lari dalam guni. Hehehehe..Go! Go! rumah Hijau!


Acara ni paling kelakar, Long Jack nama acara. Group mana boleh buat garisan paling panjang. Hahhaa kelaka betul siap orang-orang sekali baring sikit lagi nak separuh bogel sebab seluar sendiri pun tanggal nak bagi line panjang. Terbaek ah korang! Rumah Hijau menang ok! Yeay!



Korang tengok kami laki bini bersukan tu, tau tak anak-anak kat mana? Terima kasih kat Auntie Maya yang tolong jadi babysitter sementara. Hehe. Tq Maya! Elok je Syirah ngan Irfan duduk ngan Auntie Maya.


Usai acara sukaneka, upacara penyampaian hadiah. Budak2 la paling suka. Mau tak, semua acara masuk, pasti dapat hadiah. Sebab AJK family day memang kata semua budak akan dapat hadiah. Takut kang ada yang mengamuk ke merajuk, tak ke naya. Kemain Syirah happy dapat banyak hadiah. Masa amik gamba ni, orang lepas salam amik hadiah terus pegi. Dia boleh lagi berdiri tunggu orang amik gamba dia. Haha.. Syirah si minah posing.


Semua.


Dah bergambar-gambar bagai, lunch pun telah tersedia. Sure lah lapar setelah berhempas pulas bersukan tadi. Lepas lunch, naik bilik masing-masing. Memang awesome lah cuaca pun sejuk, bukak aircond..tido!



Lepas Asar, acara petang pulak. Acara basah. Pagi tadi acara kering, petang venue kat swimming pool. Anak-anak acara bebas.



Papa join acara polo air, lumba berenang/menyelam paling lama.  Mama tengok dari jauh je sebab tengah jaga anak-anak mandi. Kemain Papa, kawan-kawan Mama kata star kumpulan hijau. Ewww..


Wehh banyaknye gamba malas nak taip dah ni. Lepas mandi manda tu, masing-masing balik mandi solat semua. Dinner kat banglo pukul 8.30pm.  Acara barbeque, karaoke dan melepak bersama.  Oh ada jugak lucky draw. Alhamdulillah Mama dapat set tupperware. Bestnyee!









Keesokan harinya, hari Ahad. Bangun lambat2 sikit, breakfast roti yang bawak dari umah, kemas2 dan balik umah. 

Event yang success, semua happy dan enjoy! Kiranya, engagement session dengan bos baru :)


1 comment:

Mya said...

irfan & syirah behave sangat!
auntie suka. keep it up :D