Advert




12 September, 2012

Anak-anak yang membesar.

Memerlukan kesabaran yang tinggi.


Itu lah kata kuncinya.

Mama cuma nak cakap ye anak-anak. Tahun ni kakak 5 tahun, adik 2 tahun. Wahh time ni korang dah start pandai nak bergaduh. Dulu kakak je buat adik, adik diam (sebab kecik lagi).

Sekarang? Adik dah pandai membalas. Kalau sakit hati atau geram sangat dengan kakak yang suka rampas apa yang adik pegang... kamu cubit kakak sampai menggigil-gigil ketap gigi. Punye lah sakit hati kan.

Tapi knowing kakak yang keras hati. Muka selamba je. Pastu 'pok!' mendapat adik tamparan wanita kat kepala. Berbalas-balas. Begitu lah korang sekarang. Bab menjerit berebut barang, berebut nak main games, berebut segalanya lah..itu perkara biasa. Padahal mama ngan papa belikan mesti beli 2, tak boleh beli 1 sebab tau akan berebut. Tapi naaaaaaaak jugak berebut. Lumrah.


Bab posing bagi kat dia

Kakak ni senang bawak jalan, x banyak kerenah. Time ni ngantuk tertido masa beraya umah orang.

Adik ni namanya je lelaki, tapi dia ni pelembut sikit orangnya. Tak kasar sangat. Penakut pun ada. Lipas takut, vakum takut. Nasib baik lasak jugak, kalau tak lasak..mama pun risau dik. Kakak pulak sebaliknya. Nama je perempuan tapi keras hati lain macam sikit, binatang semua tak takut semua nak pegang.

Kadang-kadang Mama terpaksa cakap kat jiran "maaf lah ye, umah ni bising. anak baru dua orang tapi macam seploh". Sebab mama tengok anak orang sebelah kanan 4 orang, sebelah kiri 2 orang. Tapi senyap je. Hairan Mama. Anak-anak orang ni buat apa? Tapi mama tak kisah, janji anak-anak mama sihat. kalo diam seribu bahasa lagi mama risau. Biarlah korang nak menjerit. Cuma bab bergaduh tu mama pulak yang jerit. Hahaha.

Saya suka makan!

Dan manja

Sebenarnya nak share satu perkara. Satu malam tu anak-anak mama bergaduh. Jam dah pukul 10 lebih. Mama sebolehnya takmo marah-marah kalau hari bekerja. Sebab jumpa anak-anak pun sekejap, pagi dah keluar awal. Weekend marah takpe (camni punya rules pun ade ke? lantak pi, rules buat sendiri). Dah hiruk pikuk gaduh tu...


Mama ambik adik baringkan kat bahu kiri, kakak kat bahu kanan. Mama start bercerita. Dari bergaduh, terdiam dua2 kusyuk nak dengar citer Mama. Cerita mama create sendiri. Kisah dua beradik yang masuk hutan mencari mama mereka yang hilang. Tajuk dia panjang. Hahahha. Dalam citer tu ada gak selit lawak jenaka. Best jugak ye create citer sendiri ni. Pengajaran citer mama hari tu, kakak ngan adik kena baik selalu jangan bergaduh nanti Allah marah tak masuk syurga pastu mama hilang masuk hutan. Hahaahahahaa..


Macam biasa kakak banyak pulak soalan. Kenapa masuk hutan? kenapa itu kenapa ini? Adik "agi mama agi" adik mintak citer lagi. "esok mama citer lain pulak, sekarang tido" (suara dah tinggi dah ni). Doa tido kakak baca, adik pun dah pandai baca doa tido cuma versi pelat. Sorry la kalo ada kwn2 yang baca blog ni terasa macam nak citer hal anak2 je. Memang blog ni tujuannya untuk anak-anak. Ye lah kadang2 kita pun tak suka bila orang sibuk citer anak dia pandai itu, pandai ini. Aku harap aku tak lah sampai extreme memuji anak. Sebab bila extreme kita rasa anak kita je pandai, padahal tahap umur tu anak semua orang sedang pandai buat benda yang sama. So nak citer lebih-lebih pun malu, sebab bukan anak ko je pandai..anak orang pun pandai. Jadi marilah kita citer berpada-pada je, kita je yang tahu anak kita pandai apa. #self-reminder.


Tengok Upin Ipin pun beria-ia.

Di kala tak bergaduh.

Di saat gembira bila bawak gi jalan (sebenarnya nak amik gamba FT kat belakang..muahahaa)

Yeay!! Kami baik aje mana ada gaduh. <-- ye lah tu

"Mamaaaaa...tatak wat!!!" Baru nak puji dah gadoh.

Yang mama nak citer kat sini, lepas mama create citer dongeng tu. Kakak elok dengan adik. Mungkin dia ada belajar sikit dari citer tu. Tapi tak taulah sampai bila bertahan nya tu kan. Takpelah kita doa je lah sebagai mak. Semoga anak-anak kita sentiasa berbaik adik beradik sampai ke tua. Kecik gaduhnya lain, besar lain pulak gayanya. Semoga kasih sayang terus berpanjangan.

Geng Papa.

Geng Mama.

Ok lah. itu je nak luah perasaan berceloteh sekali sekala. Kesimpulannya, semoga saya terus beringat untuk menjadi hambaMu yang bersyukur Ya Allah.

Bye bye semua.

2 comments:

~♥ OjaAmran ♥~ said...

farah, gaduh2 sayang tu..rindu betul kat budak berdua tu tau!!! comel giler irfan sebut "tatak"..hahahaha

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Ya Allah si Qis dan Sara pun sama....
mak dia pun hari2 meroyan...
bukan sbb apa meroyan...nak rescue pergaduhan adik beradik ni lah...
kejap baik...kejap gaduh...
selagi tak besar la kot eh...

kena sabar byk2...
dugaan sbg ibu nieh..