Advert




26 December, 2012

Congratulations Ucu!

Dulu konvo kat DSB. Sekarang student dah ramai yang masuk universiti. Ada building baru. Dewan Agong Tuanku Canselor. Building ni dekat ngan padang kawad. Dekat ngan stadium.  Dekat ngan Fakulti Sport Rec. So tak menganggu laluan lain. Boleh keluar terus kat pintu belakang area Pusat Bahasa.  Sape student UiTM Shah Alam tau lah ape yg aku perkatakan ni. Maklom la aku kan otai UiTM Shah Alam. Hahahaha..

Kami anak beranak dengan mak (kakak aku) pegi lewat agak-agak Ucu dah nak keluar dewan, baru kami sampai. Sebab paham-paham lah satu-satu sidang tu kan lama. Opah pergi ngan Acik Intan. Nasib baik ada Acik Intan nak temankan Opah masuk dewan.  Kami semua kerja, aku cuti tapi susah la nak bawak 2 orang kenit ni takleh masuk dewan.  Kesian yang pegi sorang orang veteran, sorang pregnant.

Syahdu sangat dengar lagu UiTM Di Hatiku berkumandang.  Ye, saya sayang UiTM. Tengah tunggu Ucu keluar dari DATC.  Kakak sibuk nak bagi bunga kat Ucu.



Ucu  mendapat ciuman daripada anak-anak buahnya yang baru 2 ketol.


Alhamdulillah Ucu dah abis degree. Dulu diploma kat Sarawak.  Degree kat Shah Alam. Tak sangka dah besar Ucu. Hahhaaa.. Dulu kekecik aku lah yang jaga dia. Tidokan, mandikan, bagi susu. Nak pegi mana-mana kena bawak adik. Heret ke kedai sana sini.  Umo ucu 7 tahun, abah meninggal.  Kesian kecik2 dah takde abah.  Tu yang dia ni dimanjakan.  Dah dimanjakan, sampai besar lah lemak berkrim dia. Huahuahua.


Opah yang banyaaaaaaaak sangat jasanya tak boleh nak dikenang. Tak terbalas. Membesarkan kami adik beradik bila abah dah takde.  5 orang semuanya. Semua masuk universiti, alhamdulillah. Hebat opah. Bukan kami yang hebat ye, opah yang hebat.  Tabah dan supermaknya opah tak tau nak cakap cemana. 


Dah settle semua, lapar lah ape lagi. Bila lapar, kita cari makan. Mak belanja, lagi double triple happy hahahhaa.....


2 comments:

Liza Hashim said...

walau selalu lalu kt uitm tp rasa dh lama tk masuk dlm tu.. agak2 sesat tak kalau masuk balik.. ehehhe

AdanyaKauUntukku said...

dah ada tempat baru yek...so DSB tu ada buat convocation gak ke?? ke dibiarkan..sob sob