Alhamdulillah. Diberikan kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan lagi tahun ni. Syukur Ya Allah.
Ramadhan bulan mengumpul pahala berganda-ganda. Buat sikit, ganjaran banyak. Nak buat ngan tak nak je lah itu tanya diri sendiri. Jangan nak salahkan syaitan pulak, syaitan dah kena kurung. #muhasabahdiri#
Alhamdulillah hari ni dah 9 hari kita berpuasa. Kalau ikutkan fasa ramadhan 10 pertama adalah RAHMAT. Macam ni:
•Fasa Pertama - Rahmat Allah.
•Fasa Kedua - Keampunan Allah.
•Fasa Ketiga - Bebas daripada Api Neraka Allah.
Keutamaan 10 hari pertama Ramadhan.
Pada 10 hari ramadhan telah diriwayatkan sebagai hari diturunkan rahmat daripada Allah kepada manusia.Pada 10 hari pertama ini juga kita akan mendapat limpahan pahala dari pelbagai amalan-amalan yang kita lakukan selama berpuasa.
Keutamaan 10 hari pertengahan Ramadhan.
Fasa kedua ini Allah banyak memberikan maghrifah atau ampunan .Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir dan meminta ampun agar semua dosa-dosa kita diampunkan dan taubat kita diterima Allah s.w.t.
Keutamaan 10 hari terakhir Ramadhan.
10 hari terakhir ramadhan ini adalah yang paling dinanti natikan orang soleh dan yang beriman kerana pada 10 malam terakhir inilah turunya Lailatul Qadar sehingga disebut dalam Al Quran tentang kehebatan malam lailatulqadar.Pada 10 malam terakhir ini juga pintu-pintu tertutup rapat.
So setakat 9 hari ni, setakat mana peluang yang kita dah grab? Rugi kan rasa kalau tak penuhi dengan amalam sebab pahala berganda. Ya Allah rugi sangat rasa tapi kadang memang tak buat pun. Jangan sibuk makan je bulan puasa ni. Sibuk menu apa, makan apa. Kalau ada anak yang dah berpuasa, yes itu perlu kita fikirkan sebab nak support dia. Kalau fikir perut sendiri, makan je lah yang simple-simple.
Setakat ni (untuk diri sendiri), Quran baru nak masuk juzuk 3. Sempat ke nak khatam? Mesti ramai yang dah nak dekat abis kan. Jeles jeles. Terawikh alhamdulillah kat umah je dengan suami. Anak-anak seakan memahami, dorang kadang-kadang ikut kadang-kadang main sendiri. Bukan lama pun 8 rakaat, campur isyak 4 rakaat. Surah pendek-pendek ok je tak sampai setengah jam. Teringin sangat nak terawih kat masjid, tapi keadaan beranak kecil belum mengizinkan. InsyaAllah. Alhamdulillah jugak bulan puasa sebab bangun sahur sama-sama dapat lah jemaah Subuh dengan suami.
Untuk mak-mak, paham kita ni banyak kerja. Nak masak, tengok anak, kemas, lipat kain. Takde peluang nak beramal ibadat lebih. Takpe, jangan gusar... ganjaran Allah tetap ada. Kita masak berbuka untuk family pun berapa banyak pahala? Syurga tak jauh kan, bawah telapak kaki kita je :)
Selamat berpuasa dan beribadat.
No comments:
Post a Comment