Advert




28 February, 2014

Doa Terhindar Dari Riak

Ya Allah, lama betul tak update blog kan. Sebab banyak update gambar kat Instagram. Walaupun blog ni hanya lah suam-suam kuku, nak la jugak update sebab nak store stories untuk simpanan. Bila baca post lama-lama, kadang benda tu kita dah terlupa dapat la recall pastu seronok rasa.  Kan kan, sape ada blog mesti tau perasaan camne.

Nak refresh entry baru dengan satu doa untuk dikongsi bersama. Ye lah social media ni kadang-kadang menyebabkan kita tersasar.  Apa yang kita share sama ada status, gambar, link tak semua orang boleh terima macam apa yang kita fikir.  Kita niat untuk share tapi orang anggap riak. Mana lah tau kan hati manusia lain-lain.  Niat kita hanya kita dan Allah Maha Mengetahui.



Nanti rajin kita update lagi.  Salam Jumaat baraqah!

23 January, 2014

Syirah dah masuk Tahun 1.

Sekarang tak panggil darjah macam kita dulu, sekarang guna tahun. Tahun 1, tahun 2 camtu. Bila tanya Syirah darjah 1 ape? Dia blur. Darjah tu ape katanye. Hahaha.

Lama gile ku tak update blog. Sibuk dengan urusan anak sekolah, keluarga dan office pun banyak kerja awal-awal tahun ni. Seawal 5 pagi dah start keje kat rumah membawak ke 11.30 malam baru dapat baring. Sentiasa berdoa Allah bagi kesihatan yang baik untuk aku berbakti kepada keluarga dan beramal ibadat.

Berbalik pada Syirah dah masuk darjah 1 tadi... tak sangka anak ku dah besar! Dah darjah 1. Sekejap je masa berlalu. Rasa baru sangat update blog citer pasal development dia merangkak berlari semua.  Nape cepat nau huhuuu...

Alhamdulillah orientasi dia kami laki bini amik cuti dan hantar dia. Irfan tinggal dengan babysitter so at least dapat lah concentrate dengan Syirah.  Mama dengar taklimat kat dalam dewan, Papa duduk 10 minit dah boring..biasalah orang lelaki kan. Pastu dia gi tengok anak dia.


Masa orientasi, happy sangat dia tak sabar nak sekolah.  Tapi masa 1st day sekolah tu, muka agak monyok juga. Siap suruh mama tunggu kat kantin.  Mama pun 2 hari amik cuti (1st & 2nd day school) untuk tengok dia pastu ajar dia kat kantin.  Lepas hantar mama balik pastu time rehat datang tengok, balik amik camtu lah. Penat jadik housewife kan, in between anak sekolah tu bukan senang lenang baring kat umah tengok tv ke hape. Masak lah basuh kain kemas rumah semua. Pastu kang amik anak pastu balik bagi anak makan nanti petang hantar sekolah lagi.  Tapi happy sangat dapat tengok anak-anak depan mata. Semua kita buat.  How i wish!



Pagi dia sekolah agama, dekat je dengan umah. Alhamdulillah nasib ada atok (husband babysitter Irfan) tolong hantar amik sekolah pagi petang.  Syukur sangat. Nak harap van memang tak lah.  

Ni kawan sekolah agama dia, nama Syuhada.  Sesejak dah ada kawan, suka la pegi sekolah. Mama takut je keluar perkataan 'boring' dari mulut dia. Baru darjah 1 kan apesal nak boring-boring.
Sekolah petang jauh sikit dari umah.  Mula-mula masuk kelas lain tanya cikgu  katanya takde pertukaran dah. Sekali minggu ni kena tukar kelas lain.  Lepas buat exam LINUS (baca, kira, tulis). Alhamdulillah bangga la mak ko kan dapat kelas pandai. Hihihi bukan eksen ye, bangga sebagai mak. Salah ke?  Positip aje lah fikiran tu. Nasib baik jugak kawan dia Puteri Nabila tu pun dapat kelas sama.  



Doa Mama semoga anak-anak Mama diterangkan hati untuk belajar, rajin pergi sekolah, hormat cikgu, akhlak baik dengan cikgu & kawan-kawan dan sentiasa dilindungi Allah. Ye lah Mama work dah la jauh dari sekolah. Hati mak mana yang tak risau je seharian. Mama letakkan keyakinan pada Allah sebab mama tahu Allah ada untuk jaga kamu semua.  Amin amin ya rabbal alamin.


11 December, 2013

Wordless Wednesday: Nota.

Pagi-pagi di stesen komuter, aku tujukan nota cinta untuk orang yang hidup dalam dunia mereka sendiri.


25 November, 2013

Birthday Syirah @ Serai, Paradigm Mall.

Assalamualaikum.

Tak habis lagi citer birthday Syirah ke? Belum. Hari tu celebrate dengan kawan-kawan tadika. Kali ni Papa pulak bawak family belanja makan. Mama yang buat survey untuk makan kat Serai ni.  Sebab kena ikut selera ramai, bila survey baca kat google Serai ni macam-macam menu ada from western to eastern. So kita try lah.  Memang ramai gile kat sini masa sampai tu siap ada yang berdiri tunggu turn kat luar, alhamdulillah Mama dah booking siap-siap so dapatlah meja terus.



Birthday girl siap buat permintaan nak pakai crown, hado?



Adik lelaki birthday girl haha.. kena buli.



Kami berempat.  Kek telah disponsor oleh Mak. Thank you Mak.



Kalau nak bawak makanan dari luar, restoran Serai ni akan caj RM15.  So nak tak nak, bayo je lah dah beli kek kat secret recipe kan. Bila staff situ bawak keluar je kek, satu restoran nyanyi lagu birthday haha.. mula-mula Syirah malu pastu kemain happy.



Makanan tersangat lah variety dan yang penting sedap sangat!  Highly recommended.  Portion besar.  Ini je yang sempat disnap gamba. Yang lain semua dah ngap sebab lapau... harga tak la murah sangat. Tapi worth it lah untuk portion yang besar dan sedap.

Sedapnya carbonara tu tertelan air liur pulak masa taip ni hahaha..




Family kami. 


Lepas makan, jalan-jalan cari hadiah. Syirah nak books, adik pun sibuk jugak. Pastu Opah nak belikan teddy bear.  Untung lah kakak ramai orang sayang...




Happy birthday Maira Nur Insyiraah.  Semoga kakak jadi anak solehah, sihat selalu, rajin dan bijak.  Di hari jadi kakak yang ke 6 tahun ni, Mama rasa sangat happy and tak tau nak express feeling tu cemana sebab kakak dah boleh sembahyang sendiri, dah tau semua bacaan dalam sembahyang dari surah Al-Fatihah, sujud, rukuk, duduk antara dua sujud sampai ke tahiyat akhir.  Alhamdulillah, itu hadiah terindah dari kakak buat mama papa. Mama patut ucapkan jutaan terima kasih untuk cikgu-cikgu yang ajar kakak kat tadika. Sebab ikutkan Mama tak complete ajar Syirah lagi. Terima kasih cikgu-cikgu, terima kasih Allah. Syukur syukur Alhamdulillah.


22 November, 2013

Permainan FREE dengan anak-anak.

Taken this from Muslim Kid Genius FB page.  No cost yet very meaningful to create bonding.

Banyak jugak list dalam ni yang kita biasa buat kan. Macam Irfan, rambut mama ni dah jadi permainan wajib dia. Bukan main apa, dia suka gentel tak kisah la tengah tengok tv ke tengah duduk2 ke dan paling penting tengah tido tangan dia kat rambut mama. Hahaha.

Geletek anak-anak tu Papa biasa buat. Mama suka create citer dongeng pastu dorang beria dengar lagi2 kalau citer misteri mengarut yang mama cipta tapi tak tau nak ending cemana. Paling best main khemah-khemah pakai selimut. 

Sharing with u all mommies!


19 November, 2013

Maira 6th year Birthday at School.

26 October dah menginjak 6 tahun usia anak sulung Mama Papa.  Alhamdulillah anak yang tak banyak cengkadak, jarang sakit alhamdulillah syukur, anak yang pandai.  Tapi satu je suka menyakat adik. Tu yang selalu kena marah dengan mama. 

Kek yang dia pilih sendiri untuk celebrate dengan kawan-kawan tadika.  Tayo The Bus.  Sukati lah anak... Mama tempah kat Jasmeen Home Delight.  



Birthday girls yang diraikan yang hari lahir bulan Oktober. Mengaji, berdoa, menyanyi kat depan dulu.  Birthday girls kena pakai baju cantik hari tu, tak pakai uniform sekolah.



Mama ambik cuti satu hari tu saje nak join birthday celebration.  Last year pun camtu hihi. Tapi mama sorang je lah, takde pun parents lain.  Bukan senang nak dapat moment camni, ini kan pulak last year sekolah tadika.  Sekolah betul nanti tak dapek dah...



Dengan kawan-kawan..happy.  Happy birthday Kakak.  Semoga jadi anak solehah.  Mama, Papa, adik semua sayang kakak.  




30 October, 2013

Weekend Getaway @ Putrajaya

Lambat update citer jalan-jalan Putrajaya, sebab camera dslr tu hilang. Banyak gamba2 dalam tu tak sempat save. Umah kami kena masuk pencuri haritu. Malas nak citer. So ni gamba2 yang ada dalam iphone mama je.  

Suami ku dan papa budak-budak ni selalu busy, so bila dia ada cuti tu dia suka bawak anak-anaknya tido hotel. Tapi hotel dekat-dekat sekitar Lembah Klang je. Kami dah biasa buat gini sebab nak travel jauh penat lagi, makan masa lagi. So biar lah dekat tapi quality time bersama anak-anak tu ada, begitu lah konsep yang cuba diterapkan. Wahh hahaha

Kali ni kami pegi Putrajaya lagi. Dulu dok Pullman, kalini dok kat Shangri-La. Nak cari hotel kat KL, sama gak hiruk pikuk nya kan. Nak lari dari situ, yang paling hampir Putrajaya je lah. Dekat dan aman. Alhamdulillah. Opah, Mak ngan Ucu pun ikut.


Entrance.. 

Sementara tunggu Papa check-in, posing dulu.


Menyusuri lorong dengan pokok-pokok untuk ke bilik kami


Depan bilik ada sofa-sofa untuk lepak, rasa macam dalam hutan lah feelingnya

Anak-anak kita ni kalau pergi hotel, excitednya satu macam. Padahal bilik hotel-hotel lebih kurang sama je kan. Masuk je masing-masing melompat, tempat 1st yang akan dituju tentulah katil sambil cakap "waaa bestnye tilam ni" hahaha.. Kita pun happy nye tengok anak-anak happy macam tu. Walau tak jalan jauh pun.



Pastu, benda kedua yang akan ditanya "mana pool". Tak sabar nak mandi.  Kami pergi on weekend, tapi tak ramai orang. So pool tu buat macam pool sendiri. Happy sangat lah tu.



Mama pemerhati je. Nasib baik ada Mak ngan Ucu, boleh lah tolong layankan. Infiniti pool.



Malam tu kami naik Cruise Putrajaya sebab ada pertunjukan bunga api.  Kami pun tak plan, masa check-in kat hotel, pihak hotel yang tanya nak tolong belikan tiket. So kami on je. At least ada la chance anak-anak dapat tengok.  Tiket dan shuttle pihak hotel uruskan, so kami tinggal turun kat lobi pukul 8.30pm. Van hotel dah tunggu untuk bawak kitaorang ke sana.  Kalau pegi sendiri, jem yang teramat malam tu! Alhamdulillah dipermudahkan, van hotel bawak kami masuk laluan VIP (sebab Cruise Tasik & Shangri-La ada link), sekejap dah sampai.




Best gile dapat tengok bunga api dari dekat lepas tu macam-macam design. Malam yang kami tengok tu dari negara US. Tetiap malam (seminggu kot berlangsung) pertunjukan dari lain-lain negara.  Rasa macam percikan bunga api tu nak datang atas kapal kami, cantik sangat. Dalam 1 jam show tu, Irfan memang tak bergerak dari mula sampai sudah tengok. Syirah pulak tak suka, panas katanya. So dia tengok sekejap pastu dia masuk dalam cruise. Puteri sangat. 

Kami punya cruise memang tengah-tengah tasik. Sekeliling tepi tasik punya ramai umat manusia tengah dok tengok bunga api jugak. Termasuk atas jambatan.  So bila cruise kami lalu, macam VIP sangat rasa. hahahahha...







The next day, breakfast time.  


Opah jalan-jalan sekejap lepas breakfast. Building Shangril-La biasa-biasa je, macam bangunan biasa. Tak begitu seni dan pada aku tak cantik dan biasa untuk sebuah hotel 5-star.   


Nak balik dah....

Alhamdulillah, weekend getaway yang sekejap tapi best sebab dapat lari dari buat keje2 umah dan tumpu pada anak-anak. Hahha... yang penting? Anak-anak happy!



22 October, 2013

Happy Birthday Lea!

First of all, nak ucapkan terima kasih kat my bff Ila sebab jemput kami sekeluarga untuk celebrate birthday Laila Adelia yang ke 3 tahun, baru-baru ni. Nasib baik tak balik kampung sebab Selasa lusa nya tu hari raya haji, tapi memang tak plan nak balik kampung pun sebab raya aidilfitri hari tu dah balik :P

Kek Sofia the First yang shomel dan sweet.  


Papa kerja out of town so bertiga beranak lah kami pegi ke tempat berlangsungnya majlis kat KFC Extreme Park, Shah Alam.  Tau tempat tu kat seksyen 13 tapi celah bedah mana tak sure so guna lah  bantuan Waze.  Alhamdulillah sampai dengan selamat walaupun sepertiga perjalanan Iyah muntah. So memang stop tepi jalan jap. Sian dia, demam masa tu.

Happy Birthday Lea. Semoga sihat selalu, murah rezeki dan jadi anak solehah. Amin.




Games, konon besar sangat lah Irfan tu padahal paling kecik. Join jugak lah walaupun sambil main sambil melekat dengan mama. Haihh..




Mommies dan anak-anak..  Dulu belajar sama-sama sekarang dah besar anak-anak kita semua. Sobs. Tetiba nak terharu.  Sobs lagi.



Dalam 2 jam kat birthday party ni, kami pun beransur pulang.  Jiran pulak buat kenduri aqiqah lepas zohor, bergegas balik.  Thanks again Ila n  family jemput kami.  


17 October, 2013

Saya sayang pemanggang ajaib.

Korang ada pemanggang ajaib?  Saya ada. Ni bukan statement eksen, takat pemanggang ajaib kan bukan keta ferrrari takyah nak eksen sangat lah.

Tapi pemanggang ajaib ni memang lah banyak memudahkan kerja ku.  Sebab suami suka makan yg dipanggang/digrill. So dengan adanya pemanggang ajaib, mudahlah kerja saya. Cewah macam iklan. Dah la mudah, jimat masa, tak berkecah (percik2 kat dapo nak kemas mop lagi), tak melekat senang nak basuh.  Beli dulu kirim dengan kawan, harga dia RM120. Orang kata kat langkawi lagi murah, tak sure kot ada kengkawan nak gi langkawi boleh la kirim.

Hari tu masak salmon grill. Meh nak share sikit resipi senang nak mampos tapi nak share jugak.

Bahan-bahan pun simple je. Ada salmon (haritu pernah masak kambing jugak). Dua ni feberet dish suami. Salmon ngan kambing.   Pastu minyak zaitun dan seasoning Mccormick (sedap!). Salmon dilumur dengan butter n serbuk seasoning Mccormick. Pastu perap dalam 15 minit.



Bukak api, panaskan pemanggang ajaib kesayangan, letak olive oil dan ikan salmon/kambing/ape2 je nak letak. Api kecik. Takyah terbalik2 kan pemanggang dah buat keje dia atas bawah dia masak. Ko bukak api kecik leh siap kan keje lain sesambil. Kemas beg anak ke, basuh botol ke, masuk baju dlm washing machine ke, ape2 lah. Ni kita citer weekdays lah ye. Kalo weekend masak dish yang lagi hebat-hebat lah kot.



Dah siap, cantik tak rupa dia. Elok je kan tak terbako hitam ke. Sedap tau (suami kata). Padahal guna seasoning.  Kihkih..

Cuma nak cakap, pemanggang ajaib tu best. Jangan tak caya, aku penah masak kuih bakar (kuih kemboja) guna pemanggang ajaib. Semua menu boleh lah katakan. Ada orang masak kek jugak.


Salmon grill feberet suami. Saya tak makan salmon so tak tau rasa cemana hihii..am sowie.