Advert




Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

05 March, 2010

Servis Aircond

Aircond kereta Kenari ku rasanya tak pernah servis. Kehkeh. Semenjak cuaca panas ni, rasa macam dah tak sejuk je aircond keta ni. Jadi mengambil keputusan untuk tambah gas memula (sebab nak save budget) tapi setelah dinasihati oleh yang pakar, terus lah kena servis. Takpe lah kuar budget lebih sikit untuk kebaikan masa hadapan. Lagipun, nanti dah ada adik Syirah, sian pulak anak-anak aku kepanasan dalam keta.

Seperti biasa, saya ditemani 'buddy terbaik' saya yang sentiasa happy. Sayang bangat ngan dia ni. Mmmuah.


Hah Kenari dah togel. Bagus Apek ni sambil buat, sambil dia ajar part2 dalam kereta. Takdelah aku ternganga at least leh belajar sambil tak tertipu. Maklum la orang pempuan bab-bab kereta ni kan selalu kena tipu.


Apek tu siap lecture aku. Dia kata aku tak penah servis aircond langsung mengikut pada keadaan dalaman aircond tu. Hehe..ye ke aku pun dah lupa. Tau guna je. Takpelah apek, lu buat je kasi siap.


Pastu tambah gas pulak..kasi sejukkkk.....baru lah best. 1 jam settle, bayar dan balik.

28 April, 2009

Kilat bagai berbunyi kriuk kriuk

Pagi Sabtu yang cerah dan terang benderang. Lepas mengemas, membasuh (ya, itulah kerja aku bila tiba weekend, macam bibik) aku pun decide nak basuh keta yang kotor yang amat sangat. Dah sebulan kot tak basuh. Ke lebih? Rasanya lebih. Sian ko Kenari dapat tuan cam aku. Tapi bukan lah aku basuh sendiri.. tak kuasa kau penat. Aku bawak pegi car wash je. Ye lah kan aku kan berdikari. Husband jauh bukan alasan. Semua aku bleh buat sendiri. InsyaAllah. Tu kalo time husband ada aku jadik malas, nak manja-manja gitu. :P

Harus bawak my bodyguard iaitu Syirah. Dia mana bleh tinggal. Mau melalak macam kena pukul padahal Mama baru nak amik selipar kat luar. Belum nak pegi lagi lah.

Tujuan selain nak pergi basuh keta, mesti lah nak beli lauk dan kemudian bila bawak balik lauk mentah tersebut, aku jugak yang masak? Konon-konon nak buat tak tahu bila letak lauk dalam sinki ada orang lain nak masak, rupanya tidak. Tapi aku ikhlas.

Eh eh. Bukan nak citer pasal aku masak lauk ape sebab tak sempat nak amik gambo pun tengah masak tu. Tapi nak citer pasal aku takde keje amik gambo time kat car wash. itu je. Haha. Takde ape nak tulih. Saje nak kesian kan keta sendiri. Baru dapat bernafas kena cuci. Kalo tak rupa ape je ko Kenari. Sib baik dia baik... ko terus sihat ye berkhidmat untuk aku. Kalo takde ko, susah le aku nak bergerak. Sayang dia...
Tetiba je keta hitam tu parking tepi padahal baru sampai. Tak dpt aku amik gambo keta aku tengah mandi sabun. Huh!

Wow! Berkilat. Phewitt.


Vacuuming and polishing. The end. Sekarang aku boleh berlagak drive keta kilat. Tiada lagi rasa malu untuk setakat sebulan ni.