Advert




28 April, 2009

Kilat bagai berbunyi kriuk kriuk

Pagi Sabtu yang cerah dan terang benderang. Lepas mengemas, membasuh (ya, itulah kerja aku bila tiba weekend, macam bibik) aku pun decide nak basuh keta yang kotor yang amat sangat. Dah sebulan kot tak basuh. Ke lebih? Rasanya lebih. Sian ko Kenari dapat tuan cam aku. Tapi bukan lah aku basuh sendiri.. tak kuasa kau penat. Aku bawak pegi car wash je. Ye lah kan aku kan berdikari. Husband jauh bukan alasan. Semua aku bleh buat sendiri. InsyaAllah. Tu kalo time husband ada aku jadik malas, nak manja-manja gitu. :P

Harus bawak my bodyguard iaitu Syirah. Dia mana bleh tinggal. Mau melalak macam kena pukul padahal Mama baru nak amik selipar kat luar. Belum nak pegi lagi lah.

Tujuan selain nak pergi basuh keta, mesti lah nak beli lauk dan kemudian bila bawak balik lauk mentah tersebut, aku jugak yang masak? Konon-konon nak buat tak tahu bila letak lauk dalam sinki ada orang lain nak masak, rupanya tidak. Tapi aku ikhlas.

Eh eh. Bukan nak citer pasal aku masak lauk ape sebab tak sempat nak amik gambo pun tengah masak tu. Tapi nak citer pasal aku takde keje amik gambo time kat car wash. itu je. Haha. Takde ape nak tulih. Saje nak kesian kan keta sendiri. Baru dapat bernafas kena cuci. Kalo tak rupa ape je ko Kenari. Sib baik dia baik... ko terus sihat ye berkhidmat untuk aku. Kalo takde ko, susah le aku nak bergerak. Sayang dia...
Tetiba je keta hitam tu parking tepi padahal baru sampai. Tak dpt aku amik gambo keta aku tengah mandi sabun. Huh!

Wow! Berkilat. Phewitt.


Vacuuming and polishing. The end. Sekarang aku boleh berlagak drive keta kilat. Tiada lagi rasa malu untuk setakat sebulan ni.

2 comments:

Anonymous said...

hai basuh kereta kat kedai.....ke

mama-syira said...

gaya penulisan cam papa je ni..