Advert




12 August, 2008

Cak!

Minah ni main cak-cak dengan Papa yang tengah drive kat sebelah. Dia jadi Madam, mama penumpang je kat belakang.

Beria-ia betul main cak-cak, takde keje Papa dia kena layan sambil driving. Abih dah anak sendiri, layan kan je lah... geram lak tengok nya. Last pic tu Mama tersnap masa dia ala-ala buat 'thumbs up'.. Hahhaha... kebetulan plak.

11 August, 2008

Dinner @ Damansara

Last Saturday, me and my hubby went to my company annual dinner held at One World Hotel. Actually takde mood nak pegi sebab kereta problem tapi Papa dah bawak repair pagi tu. Pastu mengenangkan nak tinggal Syirah. Sian dia. Tapi sebab dah janji, kena la pegi. Dapat pulak dok meja dengan bos. Lagi lah haru kalau tak tunjuk muka. Pakai pun baju ala kadar je.

One World ni 6-star hotel, if im not mistaken. Cantik sangat sebab banyak chandelier. Meja kami depan sekali betul-betul sebelah stage. So memang sangat clear view. Emcee malam tu Ac Mizal. Kadang-kadang lawak tak jadi. Hehe. Buddy Lauren tu memang lawak giler especially part dia tiru Michael Jackson. Really hyper dia ni walaupun dah tua. The best part malam tu of course during the angklung session. Last performance Sheila Majid. Dulu dah penah tengok show dia masa Secretaries Week so tak excited sangat.


The dinner was so fun sebab dapat main angklung! Rasa macam dalam orchestra sebab cikgu yang didatangkan khas from Indonesia just bagi sign guna tangan dia dan 1 ballroom ikut guna angklung masing-masing. Each angklung produce different kind of music note, macam aku dapat Fa (from Do Re Mi Fa So La Ti Do). Best sangat, satu pengalaman baru.

Masa Sheila Majid tengah nyanyi, kami mintak diri nak balik. Bitau bos nak balik sebab teringat anak kat umah. Even Syirah tak penah bangun malam, tapi sian opah dia dok tunggu. Ok la dapat angklung sorang satu, cabutan bertuah tidak bertuah. We enjoyed that night, dah lama tak gi dating berdua :=P

10 August, 2008

Mataku

Saya amat memerlukan cermin mata baru, yang lama dah terlalu lama. Sampai dah hijau cam ada kulat kat getah dia (ala yg kat sendal antara hidung tu, ape tah panggil nya).

So dari hari Isnin sampai Jumaat, aku berturut-turut 3 kali pegi kedai spek kat Pertama Complex. Situ banyak choice and dapat staff discount. Memandangkan aku ni agak kedekut, pilih nak la yang berbaloi dengan rege.

Sampai 2 kali tukar fikiran nak pilih yang ok dan harga pun mampu milik punya. Nak beli kaler pink tapi cam tak masyuk je. Comel memang comel tapi tak sesuai dengan keadaan semasa kalo baju kaler ijau tak ke tak sedondon tu. Hehehe.. banyak cekadak betul.

At the end of the day, lepas tanya semua staff kedai tu pendapat dorang, aku pilih la spek ni. Rasa menggigil je nak bayar RM370 utntuk sepasang spek. Huhu... mahal nyeee. Pada aku ni kira dah mahal la ni, orang lain tak tau la. Orang kaya bleh la. Lantak la malas nak pikir janji mata ni clear nak pandang orang, tgk tv, driving. Takyah nak kecik2 kan mata sampai pening. Tapi spek ni cam nak dekat sama ngan spek lama je design nya.

Tak bitau Papa lagi beli spek ni...


07 August, 2008

Hai..leh berkenalan?

Dah berkurun Derna ngan Mummysya tag benda ni, baru berkesempatan nak jawab. Harap puas ati ye..



Gambar sebagai hiasan entry kali ni.

Nama-Nama Timangan Anda:

Kat opis/in-laws/kengkawan - Farah
Kat umah - Dina
Husband - malu ah ..resia

Anda Seorang Yang:

Mulut kepoh, Happy2, Kedekut, Caring

Insan Teristimewa ?? Describe kan Dia Terlalu Istimewa Dimata Anda:

Husband - tempat mengadu, bermanja, etc, etc...
Mak - jaga kami adik-beradik tanpa abah. sangat tabah.
Family - tanpa mereka siapa lah aku.
Syirah & adik-adik (in future, insyaAllah) - harta paling berharga.

Lagu Kesukaan Anda:

For the moment, lagu Cuppycake & Ayat-ayat Cinta

Makanan Kesukaan Anda:

Its all about CHICKEN! Hahaha

Warna Kesukaan Anda:

Biru, Pink, Krim

Sikap yang membuatkan anda bengang:

Berlagak, Mengungkit.. dan lain-lain yang seangkatan

Tiga benda yang mesti ada dalam beg anda:

Beg keje tak sama dengan beg jalan. Beg jalan ada pampers. Haha. Bagi menjawab soklan, yg perlu ada handphone, wallet, kunci keta. Mana cukup tiga! Beg dah rupa almari dah..macam2 ada.

Kali terakhir anda menangis dan kenapa?
Ahad lepas..nangis sebab Syirah jatuh.

Tag 6 rakan anda
Mommy Qareena, Tulip Putih, Mama Ryan, Mama Alia... lagi sape2 lah yang rajin.

06 August, 2008

020808 - Syaz & Haniff

I knew Syazreena since high school in Teknik Klang. Masa universiti pun sama cuma lain-lain class. Sekarang tempat keje pun sama. Memang takleh pisah lah. Masa sekolah, kami berempat: me, Syaz, Yot and Eija. Eija was the first one to married, diikuti oleh aku ngan Yot (beza seminggu je tarikh nikah) and now is Syaz's turn. Her husband is from Johor Bahru.

Majlis telah berlangsung di Kg Batu Laut, Banting. So sad, Papa tak balik so Mama kena drive alone with Syirah's beside (tido dalam car seat). Park keta kat Bukit Tinggi then Auntie Anis yang baik hati telah fetch kami sebab nak tumpang keta dia pulak ke umah kenduri. Before that, we met with Mommy Qareena and family sebab nak konvoi sama-sama. Dari Klang tak la jauh sangat tapi perjalanan ke sana agak mengelirukan. Rasa macam tak sampai-sampai. Luckily tak sesat kira terer gak la. Bangga ok..(sambil kembang idong).

Sampai2 je haruslah terjah makanan dulu kan. Lapar. On the way tadi dah bagi Syirah makan n susu siap2 so dia tak la kacau Mama makan. Keje dia dok tengok camera daddy Qareena je, maklum la anak daraku mesra camera. Hahha..segannye nak mengaku.

After makan, gi jumpa Syaz kat bilik pengantin. She was so beatiful in her white wedding dress. Syirah and Qareena bermain-main kat hall buat cam rumah mereka sendiri. Nasib baik ada Auntie Anis - babysitter yang sangat helpful. Tetiba dengar suara cam familiar, one of our friend, Yot dah sampai (selepas dok sibuk call and sms tak berenti sebab sesat). Masing-masing datang dengan pakej iaitu anak. Hehhe..

Dah tengok pengantin bersanding, anak-anak pun dah rimas sebab panas (mak-maknya pun badan dah berlengas) so, kami pun minta diri untuk pulang. After salam-salam semua plus bergambar tak sudah-sudah, kami pun berangkat pulang at about 3 p.m. Syirah tido sepanjang perjalanan yang membuatkan Mama sangat kagum sebab dia sangat behave hari ni.

Ok lah malas nak citer. Tengok gamba je lah. All photos courtesy of Shadiq (Qareena's daddy). Thanks coz sudi menumpangkan kami enterframe. Hehe..


04 August, 2008

Anniversary yang Advance

Masa Papa balik last 2 weeks, Mama nampak ada sekeping kad dalam drawer. Ingatkan kad ape..rupanya Papa buat surprise letak kad untuk Mama. Sebab masa birthday tak sempat, so kira belated la. Bukak kad tu, eh eh apesal Happy Anniversary pulak tajuknye. Musykil nih..2nd anniversary lambat lagi. Tak ingat dah ke? Wahh wahh..


Sekali silap da.. kisahnya, Papa kata time belek-belek kad tu, memang untuk Birthday tapi biasalah kan, nak pilih yang side belakang-belakang kira yang baru punya. Malangnya, time lepas bayar baru perasan yang belakang tu Anniversary kad bukan Birthday kad. Hehehe.. tengok isi dalamnye tulis Happy Anniversary. Huhu.


Takpelah Papa, Mama terima dengan redha. I'm ok with it. Most importantly, kad tu memang untuk wife mu ini. Thank you. Love u too.

01 August, 2008

Packing Syirah

Last week, masa kemas beg Papa nak balik Kedah:

Mama: Papa, apa lagi nak bawak balik? Ada lagi tak tertinggal?

Papa : Ada. Ni ha budak Syirah ni.

Mama: Jom kita try masukkan dia dalam beg ni nak?

Papa : Ok, jom jom.

Sudahnya, ni yang terjadi.


Teruk kan kami? Sian Syirah dia nangis ketakutan dek kekejaman Papa Mama dia. Terus cepat-cepat keluarkan dia sebelum dia jerit lagi kuat. Pastu peluk ngan mmuuah dia. Cayang dia!