Advert




28 September, 2009

Selamat Panjang Umur, Opah

Hari ni 28 September, hari jadi Opah Syirah yang ke 59 tahun.
Semoga Opah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bahagia di samping anak-anak dan cucu-cucu. Kita semua tahu Opah tak sihat sangat sebab dari muda sampai tua kerja berat. Sian Opah, membesarkan 5 orang anak dengan kudrat empat kerat lepas kehilangan suami. Harap sangat sakit Opah akan sembuh cepat-cepat.

Kami semua saaaaaaaaayang Opah sangat. Terima kasih segala-galanya.

17 September, 2009

Maaf Dipinta


Rakan-rakan bloggers/pembaca dalam diam/kaum keluarga/sahabat handai:

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ada tulisan saya pernah menyebabkan anda kecil hati atau terasa. Sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan.

Bersempena Syawal yang bakal menjelma dalam beberapa hari saja lagi, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Kepada yang memandu untuk balik kampung, berhati-hati di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat Hari Raya ols!!

15 September, 2009

Pergi tak kembali

Innalillah.

Korang perasan tak, bila masuk bulan Ramadhan boleh dikatakan hari-hari ada orang meninggal. Maksudnya yang berdekatan macam jiran ke, takpun sedara mara, atau lebih sedih yang rapat dengan kita. Family kami baru kehilangan atok sedara hari Khamis lepas.

Pagi masa bersahur mak dah cakap, harini nak balik kampung sebab Tok Man dah takde. Kami semua kena EL lah hari tu.. gi balik Ulu Yam. Sedih tau, atok ni suami kepada Opah kami. Opah (nenek sedara) ni memang rapat dengan kami sebab dia lah yang menjaga mak aku dan adik beradik lain masa kecik dulu. Sebab nenek kandung kitaorang meninggal masa melahirkan anak yang bongsu (maksu aku). Walaupun Tok Man ni pendiam, tapi dia ingat semua cucu-cucu dia.

Sebenarnya lagi menyedihkan bila tiba hari raya, kitaorang takde kampung lagi nak balik. Sebab Tok Man dah takde, mesti Opah pun kena ikut anak-anak dia yang lain. Dah tak meriah, dah takde berkumpul sedara ramai-ramai. Riuh satu rumah macam nak roboh dengan cucu-cicit berlari-lari. Itulah kenangan... hari raya tanpa orang tua, tak bermakna bagi aku. Opah pun dah tak larat, jalan pun berpapah. Alhamdulillah setakat hari ni sempat lagi Syirah kenal moyang dia.
Caaaayang onyang

Ramadhan jugak sangat menyedihkan bila ada kawan yang berpisah dengan suami. Di bulan yang mulia ni, tak sepatutnya berlaku. Tapi itu lah hakikatn Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kawanku. I know, u such a strong lady.

Untuk yang telah kembali ke rahmatullah, kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman. Amin.

12 September, 2009

Balik kampung naik belon

Kata orang Sarawak belon tu kapal terbang. Tahun ni turn raya Klang dulu, 2 hari kemudian baru balik Kedah.

Dah Papa malas nak drive, kita booked jelah tiket. Bahagianya Syirah kita naik flight lagi.. pegi balik pulak tu. MAS pulak tu. Nasib baik Mama pandai cari tiket yg boleh tahan murah (puji diri sendiri..korang nak muntah pun takpe). Tapi kalau nak murah, kena booking awal la, cam aku bulan Mac dah beli padahal raya bulan September. Gitulah kekdahnya. Airasia pun sekarang dah mahal tau.

Ooooo balik kampung...ooo balik kampung.


Bestnyee nak balik kampung mertua ni, korang suka tak? :P


09 September, 2009

Berus gigi pun jadi citer

Masa baby pakai yang ni...



Sekarang tukar pada yang ni...



Yang penting, rajin-rajin gosok gigi ye nak... jangan nanti dah besar gigi lubang ke sakit ke cam Mama ni ha. Susah nanti... dah la penakot gi dentist. Muahahaaha..

07 September, 2009

Terawih

Syirah ngan Mama dah sudah sembahyang

Bestnye kan dapat gi terawih kat surau ke masjid. Tapi kat umah pun boleh buat. Cuma kalo buat kat masjid/surau tu lebih bersemangat. Meriah dengan ramai jemaah. Sejak ada Syirah ni tak dapat dah gi terawih kat surau depan umah cam dulu2. Kat umah pun tak buat.. ish ish ape nak jadik. Lepas berbuka je ngantuk..syaitan sah2 kena ikat. Sape yang syaitan pun tak tau.. hhuhuhu..ni dah nak dekat 10 malam terakhir ni. Berganda-ganda pahalanya bila nak kejar mamasyira oiii??

Selalu maghrib semayang jemaah dengan Syirah. Wah beria. Mama jadi imam, dia makmum. Tapi tak sampai 5 saat dia dah sudah dulu. Siap doa bagai. Camno? Heheh takpelah, sikit2 lama2 jadi bukit. Melentur buluh biar dari rebungnya. Semoga Syirah jadi anak yang solehah besar nanti. Amin.

Syirah ngan Mak (maklong)

02 September, 2009

Apa yang penting? Kerjasama!

Rutin harian bulan puasa memang sangat ketat. Tapi malam tido awal tu yg tak boleh blah tu. Aku bersyukur lah tinggal ngan mak dan adik beradik lagi. Seperti tajuk entry kali ni, aku nak citer sket pasal kerjasama.

Waktu kerja aku tamat kul 5pm pada bulan posa ni, gedebuk gedebak naik tren-tahap-lembap-macam-siput, sampai stesen, drive keta sampai umah around kul 6.30pm (bergantung pada tahap ke'siput'an tren). Sampai2 tu, selalunya akak aku dah siap masak dah. Di sini lah pentingnya kerjasama. Wah tetiba ayat penceramah motivasi. Office akak aku dekat dan dia sampai paling awal. Bahan2 basah pun akak aku dah beli hari Ahad kat pasar besar. Rajin kan dia? Puji sket.. Dah siap2 basuh dan simpan dalam fridge masa weekend. Kalau ada yang belum masak bila aku sampai umah tu, aku take over lah pulak masak apa yang patut.

On the way aku nak balik tu selalunya aku singgah beli kuih-muih sebab mak aku suka makan kuih manis dulu sebelum makan nasi after semayang maghrib. So makan masa gak tu nak redah orang ramai. Kalo ada jual kat cafe ofis, beli lah yang mana berkenan di hati. Takyah buang masa nak gi bazar ramadhan.

Kadang2 time masak ni ada pengacau. Makhluk kenit ni memang rajin mengacau. So sekali lagi kerjasama itu penting bila mana tugas abang aku nak kena jaga Syirah. Dia lah melayan kenit ni supaya tak kacau orang kat dapur nak masak. Bila dah siap masak/kemas semua, baru aku dapat mandi selalunya nak dekat2 berbuka aku dah siap mandi.

Oleh kerana aku yang paling awal bangun nak pegi keje, so dengan automatiknya aku lah yang siapkan untuk bersahur. Bangun kul 4.30, masak nasik, panaskan lauk2 berbuka semalam. Kalau tak cukup lauk, aku goreng lah nugget ke, telor dadar ke. Pastu masak air.. haha ni pun nak bagitau. Dah siap2 semua baru aku kejut semua orang bangun sahur. Lagipun aku kena bangun awal sebab nak masak lauk Syirah. Kang takyah la mak aku nak masakkan pulak. Sian opah. Penat.

Weekend selalunya kita masak sama-sama. Lauk pun special sikit. Kalo terlebih rajin, buat lah bubur ke macam last weekend buat bubur jagung. Setappppp...

Gitu lah ceritanya Ramadhan aku selalunya. Kalo dok umah sendiri, alamat lauk beli lah. Sebab tak sempat betul nak masak. Dok ramai-ramai gini nak berbuka pun meriah. Walaupun aku 'berperang' dengan Syirah, sebelah tangan menyuap, sebelah tangan mengepung Syirah dari mengacau. Terawih dah tak pegi surau dah sejak ada Syirah, aterrr mana nak campak dia? Kul 8.30 dah ajak babam.... mama pun terbabam sekali. Terrrrrrrrrr katanya..

Ramadhan korang sure best kan... lagi2 bila semua berkumpul. Ucu, sedih tak?