Advert




02 September, 2009

Apa yang penting? Kerjasama!

Rutin harian bulan puasa memang sangat ketat. Tapi malam tido awal tu yg tak boleh blah tu. Aku bersyukur lah tinggal ngan mak dan adik beradik lagi. Seperti tajuk entry kali ni, aku nak citer sket pasal kerjasama.

Waktu kerja aku tamat kul 5pm pada bulan posa ni, gedebuk gedebak naik tren-tahap-lembap-macam-siput, sampai stesen, drive keta sampai umah around kul 6.30pm (bergantung pada tahap ke'siput'an tren). Sampai2 tu, selalunya akak aku dah siap masak dah. Di sini lah pentingnya kerjasama. Wah tetiba ayat penceramah motivasi. Office akak aku dekat dan dia sampai paling awal. Bahan2 basah pun akak aku dah beli hari Ahad kat pasar besar. Rajin kan dia? Puji sket.. Dah siap2 basuh dan simpan dalam fridge masa weekend. Kalau ada yang belum masak bila aku sampai umah tu, aku take over lah pulak masak apa yang patut.

On the way aku nak balik tu selalunya aku singgah beli kuih-muih sebab mak aku suka makan kuih manis dulu sebelum makan nasi after semayang maghrib. So makan masa gak tu nak redah orang ramai. Kalo ada jual kat cafe ofis, beli lah yang mana berkenan di hati. Takyah buang masa nak gi bazar ramadhan.

Kadang2 time masak ni ada pengacau. Makhluk kenit ni memang rajin mengacau. So sekali lagi kerjasama itu penting bila mana tugas abang aku nak kena jaga Syirah. Dia lah melayan kenit ni supaya tak kacau orang kat dapur nak masak. Bila dah siap masak/kemas semua, baru aku dapat mandi selalunya nak dekat2 berbuka aku dah siap mandi.

Oleh kerana aku yang paling awal bangun nak pegi keje, so dengan automatiknya aku lah yang siapkan untuk bersahur. Bangun kul 4.30, masak nasik, panaskan lauk2 berbuka semalam. Kalau tak cukup lauk, aku goreng lah nugget ke, telor dadar ke. Pastu masak air.. haha ni pun nak bagitau. Dah siap2 semua baru aku kejut semua orang bangun sahur. Lagipun aku kena bangun awal sebab nak masak lauk Syirah. Kang takyah la mak aku nak masakkan pulak. Sian opah. Penat.

Weekend selalunya kita masak sama-sama. Lauk pun special sikit. Kalo terlebih rajin, buat lah bubur ke macam last weekend buat bubur jagung. Setappppp...

Gitu lah ceritanya Ramadhan aku selalunya. Kalo dok umah sendiri, alamat lauk beli lah. Sebab tak sempat betul nak masak. Dok ramai-ramai gini nak berbuka pun meriah. Walaupun aku 'berperang' dengan Syirah, sebelah tangan menyuap, sebelah tangan mengepung Syirah dari mengacau. Terawih dah tak pegi surau dah sejak ada Syirah, aterrr mana nak campak dia? Kul 8.30 dah ajak babam.... mama pun terbabam sekali. Terrrrrrrrrr katanya..

Ramadhan korang sure best kan... lagi2 bila semua berkumpul. Ucu, sedih tak?

2 comments:

Ary Arif said...

xlame lg eaa blik..eaa je yg msk sume nnt..

mama-syira said...

setakat 2-3 hari je puasa baru tolong masak. kalo balik awal lagi bagus. hahaha..
ok, nanti kak ja n kak dina cuti masak masa eaa dah balik. ur turn!