Korang perasan tak, bila masuk bulan Ramadhan boleh dikatakan hari-hari ada orang meninggal. Maksudnya yang berdekatan macam jiran ke, takpun sedara mara, atau lebih sedih yang rapat dengan kita. Family kami baru kehilangan atok sedara hari Khamis lepas.
Pagi masa bersahur mak dah cakap, harini nak balik kampung sebab Tok Man dah takde. Kami semua kena EL lah hari tu.. gi balik Ulu Yam. Sedih tau, atok ni suami kepada Opah kami. Opah (nenek sedara) ni memang rapat dengan kami sebab dia lah yang menjaga mak aku dan adik beradik lain masa kecik dulu. Sebab nenek kandung kitaorang meninggal masa melahirkan anak yang bongsu (maksu aku). Walaupun Tok Man ni pendiam, tapi dia ingat semua cucu-cucu dia.
Sebenarnya lagi menyedihkan bila tiba hari raya, kitaorang takde kampung lagi nak balik. Sebab Tok Man dah takde, mesti Opah pun kena ikut anak-anak dia yang lain. Dah tak meriah, dah takde berkumpul sedara ramai-ramai. Riuh satu rumah macam nak roboh dengan cucu-cicit berlari-lari. Itulah kenangan... hari raya tanpa orang tua, tak bermakna bagi aku. Opah pun dah tak larat, jalan pun berpapah. Alhamdulillah setakat hari ni sempat lagi Syirah kenal moyang dia.

Caaaayang onyang
Ramadhan jugak sangat menyedihkan bila ada kawan yang berpisah dengan suami. Di bulan yang mulia ni, tak sepatutnya berlaku. Tapi itu lah hakikatn Aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kawanku. I know, u such a strong lady.
Untuk yang telah kembali ke rahmatullah, kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang beriman. Amin.
2 comments:
Al-Fatihah...
sesunggguhnyer beraya dgn ketiadaan org tua sgt2 memilukann..
betul sangat2 neena..
Post a Comment