Advert




03 April, 2009

Best kalau dapat join

Got this via email from a friend of mine.
Kan best kalau dapat join.. tapi Syirah belum 3 tahun lagi. Macam menarik je event. So sapa2 yang ada kids 3 - 5 years old tu, better go. Isi masa anak2 dengan aktiviti macam ni at least boleh socialize pastu dapat pengalaman baru...asik2 bawak gi shopping :P. Furthermore, its FREE!
Check it out here: Doodlebug's Diary

Come join us for a sneak (read: FREE!) preview of selected classes!
Saturday, 4th April (Yes! It’s this Saturday!), 10.30 am - Martial Arts (Muay Thai) : 5 yrs and above! (Yes, parents are welcomed! And I’m counting myself in!)
Tuesday, 7th April, 4.30 pm - Mini Matisse : 3yrs - 5yrs
Wednesday, 8th April, 4.30 pm - Tell a Tale : 3 yrs - 5 yrs
Thursday, 9th April, 4.30 pm - Tune In (Music) *new* : 3yrs - 5yrs

01 April, 2009

My Baby Company Set

Mama beli online baju untuk Syirah. Beli kat sini.

Pos ke alamat ofis. Balik tu tak sabor nak test kat Syirah. Tengok la dia punya muka, sikit punya moody. Dengan rambut yang messy tu. Suruh berdiri amik gamba betul-betul pun tak nak. Marah lah tu. Dia tengah sibuk main handphone nak call Papa dia. Mama pulak sibuk nak tukar baju dia. Mau tak hangin....


Ok lah dah test memang ngam untuk dia tapi skirt tu longgar sikit. Syirah kan kurus. Boleh la melaram pakai weekend nanti kalo gi jalan-jalan. Yeayyy... ada gaya pom-pom girl tak? Hahaha.

30 March, 2009

Bole la sakan berposing

Sebenarnya, digi cam yang lama tu sampai tahap kena ketuk-ketuk screen baru gamba dia keluar. Worth it la kan beli yang baru. Apa yang penting (bukan kerjasama) camera baru ku berwarna light-light pink gitu. So kalau orang lelaki nak pinjam mesti malu.. haha kedekut nih.

Just for personal and family use, beli yang basic je sudah lah. Time beli ada promotion - dapat tripod, casing & 2G memory card. Ok lah kan sesuai dengan budget yang seadanya.

Lepas ni leh la klik klik je. Tido klik, masak klik, makan klik...itupun kalo rajin. Kalo tak, dok dalam beg je lah ko.

26 March, 2009

5 minit = RM3


Bukan main mahal lagi.. yang jaga pun mamat bangla yg tak paham bahasa melayu mahupun bahasa urdu.

Ala sebenarnya Syirah tak naik pun tak heran, yang over lebih adalah mama papa dia. Lagi-lagi Papa dia. Eleh jangan tipu kan Pa kan? Anak dara kesayangan lah katakan. Budak tu tak nangis pun mintak nak naik. Kita yang beria-ia suruh naik. Hulur je lah duit.

Gajah besar ni ha soft-soft je seat dia. Macam best la. Sementara Papa jadi tukang pegang, Mama gi tengok baju..lalala..

23 March, 2009

Masalah bertimpa

Peningnya kepala sekarang. Helper kat umah (nama dia Dia) dah tak datang keje 2 minggu. So sekarang Syirah tinggal dengan Opah dia je kat rumah. Bukan apa, Opah tak sihat. Nak bagi dia jaga Syirah tu, diri sendiri dia tak larat. Risau pun ye nak tinggalkan berdua kat umah tu.

Cukup 3 bulan dia keje kat umah tu. Memang rajin, Syirah pun dah suka kat dia. Nape la ko tak datang terus Dia oi, tak cakap apa-apa terus blah gitu. Menyusahkan orang betul. Sekarang aku tengah pening ni.

Korang tolong la bagi pendapat kat aku, tak banyak option pun:

1. Hantar Syirah ke babysitter - kena cari la pulak babysitter yang ok. which is Syirah ni dah la tak nak dengan orang lain. tak penah duduk rumah lain selain rumah sendiri. nak biasakan dia dengan environment baru. camne nak handle?? kena bawak Syirah kuar umah awal pagi masa aku kuar gi keje. aduiii kesiannya..

2. Amik maid - tapi kos adalah tinggi. Bulan2 insyaAllah bleh lagi. Tapi skrg nak amik maid, pendahuluan bayaran at least RM5k.

3. Sesapa ada contact nak cari helper yg reasonable, area klang..pleaseeee?


Tolong!! Kat ofis pun tak aman nak bekerja kalo gini.

17 March, 2009

Mengerlip-ngerlip


Ngeeee dapat ni last 2 weeks. Beli-beli terus pakai boleh? Amoi SA tu soh aku pakai je lah..tapi takde perasaan riak mahupun takbur. biasa2 je.. sebab tukar yang lama ngan baru. benda tetap di situ.. apa pun thank you hubby (wahh tetiba nak hubby-hubby pulak, i tak biasa u) :P

16 March, 2009

Perbendaharaan kata / Vocab

Hari ni mari kita lihat perkataan-perkataan yang Syirah dah pandai sebut. Mengikut kata orang, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ini menggambarkan bahawa Syirah bakal mengikut jejak Mama yang banyak mulut. erkkk?

Ok, berikut adalah di antara nya:

Mama (siap intonasi berlainan mengikut keadaan e.g. menangis, memanggil, mengintai..)
Papa
Pah = Opah
Papah = Sampah
Nonok = Nenek
Tok = Atok
Nyanyah = Ayah Ngah
Nenen = nak minum susu
Mamam = nak makan
Nak
Jap = sekejap
Kakak
Katak
Kaka = car
Buah
Tai = gatal
Pok = tepuk
Kan = ikan
Bol = ball
Bok = book
Lijed = lizard
Totop = tutup
Kak = bukak
Dak = bedak
Kat = sikat
Cat
Kot = biskut
Num num = minum & cawan
Jajah = gajah
Duduk

Kalau nak disuruh dah boleh dah Syirah ni. Hantar baju kotor dia dalam bakul, amik kan barang, kemas mainan, letak balik barang yang dah ambik ke tempatnya.. leh la diharapkan. Cewah, cam ada hint je.