Advert
30 July, 2009
28 July, 2009
3 pasang
Hari tu masa tengah nak bersiap-siap nak keluar, lepas iron baju semua.. susun la atas katil. Senang nanti nak amik pakai. Pastu terdengar Syirah tengah cakap sorang-sorang.. "papa..mama.. iyahh (syirah) nye (punya). Asyik ulang ayat tu je ada lah nak dekat lapan kali. Ingatkan dia buat ape, rupa-rupanya tengah tunjuk seluar jeans yang kebetulan elok tersusun rapi. Maka, mama pun amik kesempatan snap gambo.
Ini lah yang Syirah cakap sorang2 tu. Suar jeans kami.. dimulakan dengan Syirah, Mama ngan Papa punya. Tapi kan, ya Allah apesal suar Mama yang paling besar terutama sekali di bahagian belakang?? Ini tidak adil, seluar Papa kurus selim melim. Nampak sangat yang Mama ni gemokkkkkkk!!
Ini lah yang Syirah cakap sorang2 tu. Suar jeans kami.. dimulakan dengan Syirah, Mama ngan Papa punya. Tapi kan, ya Allah apesal suar Mama yang paling besar terutama sekali di bahagian belakang?? Ini tidak adil, seluar Papa kurus selim melim. Nampak sangat yang Mama ni gemokkkkkkk!!
Patut gamba ni diedit dulu bagi suar Mama nampak straight cut giler punye. Tapi takpelah, kena jujur dan sedar diri. Suar Syirah paling comel.. baru beli rasanya (takla baru sgt tapi baru jugak) kat Poney JJ, tapi sekarang dah senteng dah suar tu. Emmm cepat tul budak membesar. Kena simpan lah untuk adik Syirah. Waahh..
24 July, 2009
Tips kecantikan
Di sini suka lah saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk wanita sahaja.
Perkara asasnya tentu lah bedak. Seelok-eloknya memakai bedak sejurus selepas bangun dari tido. Walaupun masih berbaju tido dan mata masih bengkak, itu adalah lebih afdal supaya kita nampak fresh dan cantik apabila keluar dari bilik. So, kaum keluarga akan kata "wahhh kamu ni bangun tido pun tetap cantek". Tentu anda bangga bukan? Tonyoh sampai terpejam mata.
Mata merupakan bahagian terpenting yang dapat menyerlahkan kecantikan kita. Tips kedua yang ingin saya kongsi di sini ialah, pakai eyeshadow supaya mata anda nampak menawan. Kalau boleh, pakai dengan kaler garang dan tonyoh sehabis baik. Nah, kamu pasti tampak anggun.
Tips seterusnya, apa kata anda oleskan sedikit pemerah pipi di kedua-dua belah pipi agar anda nampak sweet. Pemerah pipi dapat membuat wajah anda lebih ceria.
Untuk wajah yang lebih menawan, sapukan lipstik mengikut warna yang bersesuaian. Sambil sapu tu, anda juga boleh berangan yang bibir anda seksi seperti Angelina Jolie, mungkin ia dapat memotivasikan anda seterusnya membuatkan hari-hari anda lebih bersemangat. Pose dulu sebelum pakai lipstik..
Tak lengkap penampilan seseorang kalau badan berbau. Untuk itu, semburlah sedikit haruman bagi menambahkan keyakinan diri anda.
Ringkas dan mudah. Jangan lupa untuk mencuba ya. Semoga berjumpa lagi!
22 July, 2009
Steambot pulak
Event ni dah berlangsung 2 minggu lepas. Makan-makan di hujung minggu bersama family adalah sesuatu yang biasa apabila masing-masing buat-buat tido, baring, sakit kepala dan sebagainya... ini adalah alasan semata-mata malas masak! Muahaha... sib baik ada orang sudi belanja. Sebelum tu, Ucu jangan jeles ye. Nanti Ucu balik kita pegi lain.
Ke mana kita? Steambot jom! Korang suka makan steambot? Kitaorang suka.. sebab healthy iaitu makanan tak bergoreng pastu masa makan tu pun peluh-peluh macam tengah berbasikal 10km. Kira exercise sambil makan. Lokasi jalan-jalan cari makan kali ni di Yuen Steambot, Sunway. Kalo gi sini ko kena booking awal-awal, kalo tak....nah beratur…pintu tak bukak lagi dah ramai orang beratur!
Ke mana kita? Steambot jom! Korang suka makan steambot? Kitaorang suka.. sebab healthy iaitu makanan tak bergoreng pastu masa makan tu pun peluh-peluh macam tengah berbasikal 10km. Kira exercise sambil makan. Lokasi jalan-jalan cari makan kali ni di Yuen Steambot, Sunway. Kalo gi sini ko kena booking awal-awal, kalo tak....nah beratur…pintu tak bukak lagi dah ramai orang beratur!
21 July, 2009
Datang dengan harapan, Balik dengan kenangan
Wahhh tajuk sangat drama. Banyak benda nak citer tapi malas je nak nulis...cam takde mood jer. Lagipun takde sape sangat nak baca.. hehe..
Berbalik kepada tajuk di atas, takde apa pun. Hari tu suami balik cuti lama sebab Kedah dapat cuti Israk Mikraj, tentulah happy si emak dan anak.
Bila suami nak balik, tentu lah mood sedih. Lagi-lagi bila korang tengok gamba ni sedih tak? Masa amik gamba ni tak sedih.. bila balik umah, tengok balik..alahai siannya anak aku.. masa ni Syirah tengah tunggu Papa dia check-in. Dia cakap "papa work..papa work"
Gamba ni lah yang sesuai untuk tajuk entry kan. Sekarang Mama Syirah dah kebal sikit. Sikit je pun.. heheehe.. Bye bye Papa, nanti balik lagi.. we miss u so much.
16 July, 2009
Prince Court Medical Centre
Aritu aku lalu Prince Court kat Jalan Ampang ni. Bestnyaaa kalau dapat bersalin kat sini agaknya kan? Aku berangan lagi ni (tak habis-habis berangan). Pregnant pun tak, berangan bersalin. Pastu berangan lagi nak spital 5 star ni. Harus lah cita-cita kena ada.

Semua orang tak nak masuk spital kecuali kalau bersalin, sape yang tak nak kan? (pompuan ler). Ternganga sungguh tengok Prince Court Medical Centre ni. Tengok lah kat website nya. Hospital ni worth RM544 juta. Macam hotel, siap ada valet parking. Bilik mengadap KLCC lagi. Memang purposely diaorang create environment 5-star hotel! Sape staff Petronas best lah, sebab spital ni Petronas punya.
The best part is, ni aku quote from sotkabar "hospital itu menyediakan kemudahan rawatan kesihatan kepada golongan yang tidak berkemampuan menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya. Pembedahan percuma disediakan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah sumbing bibir dan lelangit, barah tulang dan otot serta jantung berlubang".
Tapi malangnya....company aku (dan kawan-kawan blogger yang se'company') hanya allow PCMC ni untuk golongan atasan sahaja. Huhuhu.. tapi maybe in future mana tau golongan bawahan cam aku ni eligible? Tapi berbaloi ke umah kat Klang nak gi bersalin kat KL? Hahahha....
Tak kira, tak kira, aku nak jugak! aku nak jugak! (Cam citer monyet makan cili api, sape ingat lagi?)
14 July, 2009
Quality time
Last week Papa balik, aktiviti kami makan kat luar je. Memang tak dok umah langsung, tetiap petang kuar. Mau tak mengade Syirah. Ala bukan tetiap minggu pun. Shekali shekala sajerrrr.. i like!! kata Syirah. Hehhee
Saja nak bagi Syirah spend quality time with her Papa. Bila lagi kan, jumpa pun 2 minggu sekali. Dah rindu sangat sebab tu baru-baru ni dia demam. Papa dia balik je terus kebah demam. Betul lah kata orang-orang tua, dia rindu Papa dia. Sampai nenek yang urut Syirah tu cakap, nanti baju yang Papa dia dah pakai buat selimut bagi ada bau Papa dia. Sedih kan?
Ape lah keje 2 beranak ni
Hari Jumaat dah gi makan kat muara ikan bakar, esoknya sabtu gi Burger King lak. Kat umah kami kan dah ada Burger King (eleh berlagak + jakun). Memula mama lah ngendeng Papa kata tinginnnnnnn sangat makan aiskrim Hersheys kat situ. Beli drive-thru je. Pastu mama ngendeng lagi "kalo makan kat sini nak tak Pa?". Bila Papa bagi greenlight je...ape lagi..terus la mencanak masuk. Macam beruk dapat bunga. Muahaha...
Ni Syirah punye....Ye, sabo sayang
Alah dah kenyang sebenarnya sebab dah makan cekodok ngan nugget before tu sebab gi piknik. Citer piknik entry lain eh. Tapi sebab nak tengok best ke BK baru ni.. saja lah test beger whopper.. tetiba lapar tingat beger ni... gulpp.... korang kalo gi BK suka beger ape? Ada cadangan supaya lain kali pegi leh try pulak. Wahhh ada hati nak try semua....kena jeling dengan suami baru tau.
Overall, we had fun and enjoyed our quality time together!! Last, pose manja.
Subscribe to:
Posts (Atom)