Advert




16 July, 2009

Prince Court Medical Centre

Aritu aku lalu Prince Court kat Jalan Ampang ni. Bestnyaaa kalau dapat bersalin kat sini agaknya kan? Aku berangan lagi ni (tak habis-habis berangan). Pregnant pun tak, berangan bersalin. Pastu berangan lagi nak spital 5 star ni. Harus lah cita-cita kena ada.


Semua orang tak nak masuk spital kecuali kalau bersalin, sape yang tak nak kan? (pompuan ler). Ternganga sungguh tengok Prince Court Medical Centre ni. Tengok lah kat website nya. Hospital ni worth RM544 juta. Macam hotel, siap ada valet parking. Bilik mengadap KLCC lagi. Memang purposely diaorang create environment 5-star hotel! Sape staff Petronas best lah, sebab spital ni Petronas punya.

The best part is, ni aku quote from sotkabar "hospital itu menyediakan kemudahan rawatan kesihatan kepada golongan yang tidak berkemampuan menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya. Pembedahan percuma disediakan bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah sumbing bibir dan lelangit, barah tulang dan otot serta jantung berlubang".

Tapi malangnya....company aku (dan kawan-kawan blogger yang se'company') hanya allow PCMC ni untuk golongan atasan sahaja. Huhuhu.. tapi maybe in future mana tau golongan bawahan cam aku ni eligible? Tapi berbaloi ke umah kat Klang nak gi bersalin kat KL? Hahahha....

Tak kira, tak kira, aku nak jugak! aku nak jugak! (Cam citer monyet makan cili api, sape ingat lagi?)

No comments: