Advert




24 July, 2009

Tips kecantikan

Di sini suka lah saya ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diguna pakai untuk wanita sahaja.

Perkara asasnya tentu lah bedak. Seelok-eloknya memakai bedak sejurus selepas bangun dari tido. Walaupun masih berbaju tido dan mata masih bengkak, itu adalah lebih afdal supaya kita nampak fresh dan cantik apabila keluar dari bilik. So, kaum keluarga akan kata "wahhh kamu ni bangun tido pun tetap cantek". Tentu anda bangga bukan? Tonyoh sampai terpejam mata.




Mata merupakan bahagian terpenting yang dapat menyerlahkan kecantikan kita. Tips kedua yang ingin saya kongsi di sini ialah, pakai eyeshadow supaya mata anda nampak menawan. Kalau boleh, pakai dengan kaler garang dan tonyoh sehabis baik. Nah, kamu pasti tampak anggun.


Tips seterusnya, apa kata anda oleskan sedikit pemerah pipi di kedua-dua belah pipi agar anda nampak sweet. Pemerah pipi dapat membuat wajah anda lebih ceria.


Untuk wajah yang lebih menawan, sapukan lipstik mengikut warna yang bersesuaian. Sambil sapu tu, anda juga boleh berangan yang bibir anda seksi seperti Angelina Jolie, mungkin ia dapat memotivasikan anda seterusnya membuatkan hari-hari anda lebih bersemangat. Pose dulu sebelum pakai lipstik..

Tak lengkap penampilan seseorang kalau badan berbau. Untuk itu, semburlah sedikit haruman bagi menambahkan keyakinan diri anda.



Ringkas dan mudah. Jangan lupa untuk mencuba ya. Semoga berjumpa lagi!

No comments: