Khamis lepas kan sebeday Mama. Petang tu opis buat makan2. Esoknya, hari Jumaat dapat hadiah ni dari Puan Bos. Tima kasih Puan! Really appreciate it. Patut la lunch hour tu, tanya nak gi mana? Dia jawab sambil sengih misteri 'i nak gi sogo jap'. wooohoo..ni lah rupanya. Brooch nikel, i dah pakai arini pun. Cantek.
Ni lah baju yang Mama beli masa koop sale kat opis last week. Konon-konon nak tahan napsu tapi takleh tahan bila melibatkan barang Syirah. Aduii yaii.. ada citer di sebaliknya. Beli baju ni cam nak merompak. Sebab 2-3 kali pusing kedai tu belek baju yang sama. Pastu tak jadi beli [tahan Mama..tahan..]. Akak gerai tu pun dah perasan agaknye. Apahal la minah ni asik pusing kedai aku, belek2 baju pastu blah. Pastu jeling2. Last2 tak tahan, Mama beli jugak. Nasib baik dapat diskaun. Maafkan lah dirikuu..
Topi ni beli kat Reject Shop. Morah je, RM5 satu. Memang tengah cari topi Syirah. Sekali nampak yg morah, beli je lah. Yg merah Syirah punye, yg biru Mama bagi kat kawan Syirah, nama dia Rayyan Dhanial.
Mama dah order Magic Cup ni untuk Syirah. Takme lagi nak start train Syirah guna sippy cup. Anak mama kan dah besar.
Itu je lah pelaburan Mama setakat seminggu ni, harap2 tak lah tabur duit lagi :-P
2 comments:
chumilnya dia pakai cap!!!! geramnya!!!
ada gaya rappers tak? ekekke..
Post a Comment