Malam hari tu, main teka-teki dengan Papa.
Mama : Papa, ada teka-teki nak bagi.
Papa : Ha, apa.
Mama : Dalam banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
Papa : Senang ni. Jawapannya, kera..ni
Mama : Ek eiiii pandainya. Mesti dah tau ni.
Papa : Biasa lah. hahaha. K, papa pulak bagi. Tau tak negara mana paling banyak bapa?
Mama : Jap jap..tengah pikir.
Papa : Dapat tak?
Mama : Ala tak tau lah..apa?
Papa : Indon la, sebab kat sana kan banyak 'bapak-bapak'. Ekekeke..
Mama : Hahaha betul gak eh. Ok ni ada lagi nak bagi Papa. Ada sekor katak dok bawah tempurung. Datang sorang budak lelaki ni, dia pi buka tempurung tu. Tapi katak tu tak lari pun. Nape?
Papa : [silent]
Mama : Cepat la, dapat tak?
Papa : Nanti la dulu....
Mama : Ngaku kalah je. Hahha susah ni.
Papa : Tak dapat lah, apa jawapan nya?
Mama : Memang la katak tu tak lari. Katak kan melompat! Muahahha. Papa kalah.
Papa : Hehehehe [Gelak dalam geram]
Sesekali main teka-teki ni syok jugak. Menguji minda bagi tak berkarat.
2 comments:
ala teka teki tu senang je, saja nak tgk mama
eleh papa..tak ngaku kalah :P
Post a Comment