Doa Untuk Lemah Lembut Keluarga, Kasih Sayang Kepada Isteri Dan Anak-Anak
Ertinya: Allah Maha Lembut kepada hamba-hambaNya, Dia memberi rezeki kepadasesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
* Caranya:
Dibaca 3 kali selepas solat fardhu
Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam
Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya
Ertinya: Ya Allah, Lembutkanlah bagiku hatinya sebagaimana Engkau lembutkan bagi Daud akan besi
Doa Kesejahteraan Keluarga, Suami Isteri Selalu Bersyukur Dan Anak-anak Menjadi Baik
Ertinya: Ya Tuhanku, taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) buat mensyukuri nikmatMu,yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya akumengerjakan amalan salih yang Engkau sukai dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasukorang-orang Islam.
* Caranya: Dibaca setiap hari selepas solat
No comments:
Post a Comment