Advert




25 August, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Mudah-mudahan diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat bulan Ramadhan nanti. InsyaAllah.

Bestnye next week je dah nak puasa kan. Cakap kat member tadi "minggu ni je lah kita dapat makan siang kat opis.." so kami pun menjamu selera dengan jayanya macam lah hape. Tak sabar nak rasa suasana bulan posa. Bazar Ramadhan yang berderet-deret. Banyak makanan. Pastu kalo orang yang tak penah-penah tunggu azan Maghrib..:P tetiba plak jadi penunggu yang setia ye. Yang paling kelako kat tv dah ada iklan raya! aahaha.. gile excited. Posa pun belum lah wei. Tapi yang paling best malam la, tengok ramai orang pegi solat terawih.

Tengah strategise ni untuk berbuka puasa. Takkan nak bagi mak masak. Tak larat dia, dah la jaga Syirah. Camne eh? Kena beli lauk siap la kot. Agak-agak menjimatkan tak dari masak kat umah?

Yang pasti, tahun ni tak dapat le nak gi terawikh kat surau. Takkan nak tinggalkan Syirah. Buat kat umah je lah [yang belum tentu rajin nak buat.. ceh!] Sebab bila terawikh kat surau tu rasa dia lain. Abih, kalo dah budak kenit tido gaya gini..harus la Mama dok umah je. Lagipun, lebih afdal bagi wanita solat di rumah sahaja. Lebih-lebih lagi kalo takde muhrim bersama.

Apapun, selamat berpuasa kepada semua. Semoga puasa kita diberkati dan sama-samalah kita mengimarahkannya.

2 comments:

Emma said...

selamat bposa....

-mama emma yg risau menempuh ramadhan (sbb takut xleh commit dgn pumping schedule)-

mama-syira said...

mama emma sure boleh punye! caiyok caiyok!