Advert




28 August, 2008

Surat untuk Syirah

Dear Maira Nur Insyiraah Norazmi,

26 Ogos, genap Syirah 10 bulan. How time flies!

Syirah sekarang dah tumbuh gigi 2 batang kat bawah, 1 batang kat atas. Yahoo! Syirah pun dah pandai duduk [takde senget2 , takyah support] kan? Bila duduk je buat muka eksyen.

Satu perkara Mama musykil, kat mana Syirah belajar joget? Mama tak ajar pun. Bila dengar lagu iklan.. automatik bahu Syirah gerak then montot pun goyang. Amboi...buat suka-suka boleh la jangan jadikan amalan ye nak. Bila ada iklan Tom Tom Bak, tangan Syirah pun mula la buat tepuk-tepuk pastu mulut "pak pak". Yang ni pun Mama tak ajar. Cepat betul Syirah ni ikut ye.

Aktiviti favourite Syirah sekarang - memanjat katil, menyelongkar almari baju, kabinet tv dan kat dapur. Takpelah, bila lagi nak explore ye tak? Syirah takmo la nakal-nakal tau. Janji dengan Mama jadi anak yang behave.

Happy Birthday - 10 bulan Syirah! Papa and Mama doakan semoga Syirah membesar dengan sihat, cerdik, mendengar kata dan jadi anak solehah. Mama sayang Syirah banyak-banyak. Papa pun. Opah, Nenek dan semua orang. Mmmmuuuahhh.

Love always,
Mama

5 comments:

shafa said...

Cute Syirah. Hifzza pun mcm tue laaa mana dia belajar pun tak tahu laaaa. Padahal x pernah ajar pun. Mintak2 nanti besar mnjadi ank yang solehah. Sama2 la kita doakan.

whitetulip said...

farah..anak buah aku pun same kuat joget..
pantang dengar lagu..
mak aih..siap dengan tangan
letak kat dada penuh perasaan..
lagi2 lagu yg ala2 jiwang sket..
baru 2 tahun tu

btw..syirah dah besar lah..
nampak dah besar sgt..
kejap je masa berlalu..

Deqna said...

sure dah besar nanti bila baca surat nie mesti syirah terharu punye

mama-syira said...

Shafa,
sure comel bila Hifzza joget eh. InsyaAllah, kita doakan.

Whitetulip,
bebudak skrg memang advance la ila. ahaha aku bayangkan anak sedara ko sure lawak.
huhu kejap je dah nak setahun. rasa baru jaga dia dalam pantang aritu.

Derna,
itu lah tujuannya pun (kalo la wujud lagi blog ni) hehehe

Anonymous said...

ohooo..dah pandai duduk..heheh..muke cam laki lah syira nih..