Advert




30 October, 2008

Raikan Syirah

Wah tajuk agak poyo di situ.

Masa cuti Deepavali hari tu, pun Papa still cuti. Dah lama tak bawak Syirah jalan-jalan (lama ke?). Huhu. Saja lah, birthday dia kan..kita nak explore sesuatu yang baru untuk Syirah.

Papa ngan Syirah in purple

After Zohor, siap2 kuar lah kami bertiga beranak. Lum lunch lagi, cari tempat makan dulu. Syirah dah siap2 makan kat umah sebelum keluar. So dia relaks je. Kami berdua makan tak bercakap..lapa beb. Kat umah tak masak. Dasar pemalas nye Mama Syirah. Time kami makan, Syirah main2 sendiri sambil Papa suapkan mashed potato kat dia. Pastu dia membebel la sorang-sorang tengok orang. Like mama, like daughter.


Tunggu makanan..muka dua-dua cam tensen

Kejap je makan, pastu nak bawak Syirah explore ape? Hehehe...let the piccas do the talking.

Mula-mula ok

Start nak nangis

Syirah takut, Mama gelakkan..

Dia ketakutan bila duduk kan kat situ. Tengok ramai budak-budak yang huru-hara tengah main, lagi dia pening. Tak biasa kot. Ni pun saja nak bagi dia happy konon birthday dia.. tapi dia sudah takut.. hahaha. So Papa, next time takyah la nak ajar dia main kat sini lagi. Membazir pun ye.

Lepas main games, Syirah tido dalam stroller. Nak kejutkan kesian pulak sebab baru tido. Kami pun round dulu tunggu dia bangun. Bila dia dah bangun, kami pun balik dengan rasa happy. Gambar sebagai penutup..tada....Hari purple sedunia..

28 October, 2008

Thank you!

Mama tak buat birthday party bertema untuk Syirah..just makan-makan adik-beradik je...sebab Syirah tak faham lagi bila suruh blow candle pun buat derk je. Tunggu next year ye nak, kita buat. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Tapi alhamdulillah ada jugak kawan2 Mama bagi adiah birthday untuk Syirah. Di kesempatan ni, Mama nak cakap terima kasih banyak-banyak bagi pihak Syirah. Takde lain yang Mama mohon, semoga Syirah sentiasa sihat membesar jadi anak yang baik. Itu je.

From Papa n Mama with love
Birthday kek sponsored by Auntie Anis
From Mak Long..soo purple


From Auntie Oja n Auntie Kerun
Bath toy from Auntie Ryna

27 October, 2008

Raya ada lagi

Hujung-hujung Syawal ni makin ramai plak orang buat open house. Rezeki la dapat makan dan makan dan makan. Dulu, susah sangat nak tengok orang pakai baju melayu ngan baju kurung bila dah hujung-hujung raya. Tapi haritu, still nampak lagi budak-budak jalan ramai-ramai pakai baju raya nak gi beraya umah orang. Dah ujung camni beb..waaa semangat tul.

Sabtu lepas gi makan lagi, sambil berjumpa kengkawan baik yg 2 orang tu. Ikutkan banyak agenda lain, ada lagi open house kat USJ. Tapi sebab bos (husband) kata pegi umah ni je..terpaksa la akur. Kata isteri mithali kan, harus la menurut perintah. Hehehe..

Lepas makan sambil borak-borak, balik la. Syirah dah ngantuk, takleh lama-lama.Tapi sempat posing..itu adalah wajibul ghunnah :P

Kalo dah berjumpa, tak berenti berborak la..

Posing jap..
Tengah usya kek Anis..
Posing selagi boleh... Ok la jom balik, Syirah dah marah tu

26 October, 2008

Happy Birthday Sayang!


Happy 1st Birthday Maira Nur Insyiraah.

Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, jadi anak yang solehah, taat pada Allah, dengar cakap Papa & Mama.

We love u so much!

22 October, 2008

Honk! Honk!

Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kecik warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah,

Pon pon pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecik ku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawak jumpa nenek.




Mood nak main keta kecik dia dah sampai. Sampai ternganga-nganga hepi. Ape la pesen amik gamba gitu. Keta tu hadiah daripada Pak Ngah (adik Papa). Pak Ngah bagi time datang tengok Syirah demam ari tu. Demam pun dapat hadiah ek. Thank you Pak Ngah!

21 October, 2008

Rindu kat dia

Patut lah sejak seminggu dua sebelum ni asyik teringat kat dia. Siap mimpi-mimpi dapat jumpa. Baru bercadang nak call dia. Tup tup hari Ahad tengahari, dapat call n sms cakap dia on the way nak datang umah.

Siapakah dia? Dia ialah kakak yang dikenali masa dok kat hostel Cempaka 2, UiTM Shah Alam, iaitu Kak Fairuz Noordin. Kakak angkat lah kiranya. Banyak kenangan manis, lawak masa mula-mula kenal dengan Kak Fairuz. Dia ni muka ala-ala garang..semua junior takut kat dia. Tapi ramai yang cuba nak jadi adik angkat dia la siap rebut-rebut. Termasuk la aku, tapi aku cam cool sket la..konon. Nape ntah suka tengok dia. Cam ada aura gitu. Tapi diam-diam aku tetap berusaha nak rapat ngan dia. Siap anta kad lah, surat la... call radio lah (dia dulu DJ Radio UiTM). Lama-lama kak Fairuz dah boring agaknya ngan kerenah aku, dia pun surrender kot. Mula-mula dengan ajak teman dia duty kat studio, bawak balik kampung dia kat Kedah nun. Sampai la sekarang dah mesra sesangat. Dah kenal dia, rupa-rupanya dia tak garang pun. Sangat lah baik dan caring orangnya.

Kak Fairuz sekarang DJ kat Radio IKIM, married dan dah ada 2 anak teruna yang handsome. Husband dia pun aku kenal since zaman UiTM dulu sebab husband dia komander Kesatria. Dulu dorang dating pun ajak aku..ekekke...menyibuk je kan.

Kak Fairuz, tima kasih datang umah. Dah berkali-kali asyik tak dapat jumpa je. Akhirnya dimakbulkan doa. Miss u so much... thanks for everything. Farah tak sangka kenangan dulu-dulu tu menjadikan kita rapat.. hehehe...take care Kak, Abang Wan, Izwan & Azhan.
Anak 2 orang tetap kurus jelita. Anak sorang? mak aih..

Kak Fairuz lentok lebih-lebih plak..ekeke

Ahmad Izwan & Ahmad Azhan yang friendly

20 October, 2008

Friendship Cards

Received these friendship cards from 2 good friends of mine. Sangat sweet & cute. So, nak share dengan semua kawan-kawan:





12 October, 2008

Gaun lagi

Officemate Mama yang baik hati hadiahkan Syirah baju gaun. Nampaknya koleksi gaun Syirah dah bertambah banyak le. Nak jadi gegirl yang sejati. Cuma rambut Syirah je yang takleh nak buat ape. Tetap halus cam bulu jagung (opah kata).

Tima kasih Auntie Lee Chin. Baju ni memang cumil dan sweet sesangat. Tak sabo nak pakaikan Syirah bila pegi mana-mana open house nanti. Sila jemput kami ye... :P

11 October, 2008

Kad & Duit Raya

Dalam banyak-banyak (banyak ke?..setakat 10 keping..) kad raya yang aku dapat baru-baru ni, ada 2 kad yang paling special. Walaupun dapat dah dekat hujung-hujung puasa, tapi takpelah. Cuma mula-mula tu rasa curious gak, nape lah tahun ni takde kad raya daripada dia. Selalu dia yang paling awal hantar.

Tahu tak daripada siapa? Jeng jeng jeng...

Daripada suami terchenta la...hehehe... i loikee. Siap ada 2 versi tu, 1 untuk kekasih, 1 untuk isteri. Tapi yang pasti, Papa suka benor kad raya yang fancy2 gitu. Ada 1 kali tu penah dapat kad raya siap ada bulu rambu ramba lagi. Hehehe....thank you Papa. Mama bagi simple gile, takde music pun. Janji ikhlas dan ingatan tu penting... kan kan.

Ni pulak hasil duit raya yang Syirah dapat tahun ni. Hahha hasil...cam hape je ayat. Dah lama tak merasa dapat duit raya, tahun ni dapat bagi pihak Syirah...kira tak cukup tangan la nak amik tu. Sib baik Mama bawak handbag pastu baju melayu Papa pun banyak poket. So ada la banyak space. Waaahaha. Alhamdulillah rezeki Syirah dapat banyak jugak daripada bos-bos Mama, officemate Mama, kat kampung Kedah, kat Klang. Tu nak masuk dalam saving akaun dia nanti untuk kegunaan masa depan.


Dalam banyak-banyak sampul tu, ada 1 sampul Mama. Papa bagi Mama duit raya jugak. Ekekke... dapat gak Mama. Yahooo....


Bertambah baik

Alhamdulillah Syirah is getting better now. Dah pergi klinik lagi, amik ubat baru. Panas dia sampai 39.5 darjah. Masa aku balik halfday petang Khamis hari tu, opah Syirah siap nangis2 lagi sebab dia kata takut tengok Syirah bila panggil tak pandang. Adui...bayangkan la perasaan aku masa on the way nak balik tu. Dah la jauh nak sampai ke rumah naik tren yang maha lembap. Rasa nak terbang je time tu.

As at today, Syirah dah tak demam cuma manja2 lebih tu biasalah kan. Nak berdukung je, pastu 'mama mama mama'... nak gi toilet pun tak dapat. Tapi Syirah takmo makan nasik la, takde selera kot eh demam-demam ni? Susu dia nak la. Tu pun tak banyak cam selalu. Camne eh nak buat, kurus dah Syirah sekarang.

Cuti gua pun dah tinggal ciput. Hopefully cukup la sampai bulan 12 nanti. Harap2 semua orang sihat je lepas ni. Amin.

Tima kasih pada yang doakan Syirah tu ye.

10 October, 2008

Tak semangat

Lamanya tinggalkan blog ni..

Banyak benda happened lepas raya ni. Semua orang tak sihat. Nanti2 lah citer pasal raya. Anyway, our 1st Raya with Syirah went well.

Sekarang semua orang tengah demam. Syirah sedang demam panas. Aku asyik emergency leave sebab risaukan dia. Opah pun tak sihat.

Fikiran tengah risau ni nak tulis ape pun takde mood.

Takpelah, share 1 gambar raya Syirah kat kampung Kedah.

K daaa...