Advert




11 October, 2008

Kad & Duit Raya

Dalam banyak-banyak (banyak ke?..setakat 10 keping..) kad raya yang aku dapat baru-baru ni, ada 2 kad yang paling special. Walaupun dapat dah dekat hujung-hujung puasa, tapi takpelah. Cuma mula-mula tu rasa curious gak, nape lah tahun ni takde kad raya daripada dia. Selalu dia yang paling awal hantar.

Tahu tak daripada siapa? Jeng jeng jeng...

Daripada suami terchenta la...hehehe... i loikee. Siap ada 2 versi tu, 1 untuk kekasih, 1 untuk isteri. Tapi yang pasti, Papa suka benor kad raya yang fancy2 gitu. Ada 1 kali tu penah dapat kad raya siap ada bulu rambu ramba lagi. Hehehe....thank you Papa. Mama bagi simple gile, takde music pun. Janji ikhlas dan ingatan tu penting... kan kan.

Ni pulak hasil duit raya yang Syirah dapat tahun ni. Hahha hasil...cam hape je ayat. Dah lama tak merasa dapat duit raya, tahun ni dapat bagi pihak Syirah...kira tak cukup tangan la nak amik tu. Sib baik Mama bawak handbag pastu baju melayu Papa pun banyak poket. So ada la banyak space. Waaahaha. Alhamdulillah rezeki Syirah dapat banyak jugak daripada bos-bos Mama, officemate Mama, kat kampung Kedah, kat Klang. Tu nak masuk dalam saving akaun dia nanti untuk kegunaan masa depan.


Dalam banyak-banyak sampul tu, ada 1 sampul Mama. Papa bagi Mama duit raya jugak. Ekekke... dapat gak Mama. Yahooo....


1 comment:

Emma said...

amboi... sweet je hubby u kasi kad raya..

kalau ok dekat2 pun dia kasi gak ke?

-mama emma-