Settle makan, bersiap sedia untuk sesi airmata! Huhu... ni gamba tengah ceria selepas nangis ni. Gambar family aku yang berapa kerat je. Yang lelain belum kawen, aku je sorang baru kawen. Cepat lah korang kawen wehh! Tak sabar nak tambah bilangan ahli keluarga..baru meriah. Gambar ni free-style posing, suka sangat gamba ni sebab Syirah pun buat aksi. Pastu Mama ngan Papa nampak manja gitu.. :P
Lepas tu, satu-satunya menantu yang ada pun take turn. Tak tau lah apa yang mak cakap time ni sebab aku dah blah jauh-jauh kesat airmata..tak tertahan. Maybe mak pesan jaga anak dan cucu-cucu dia baik-baik.
Last sekali kenit ni punya turn pulak salam Maklong, Ayah Ngah, Ayah Cik ngan Ucu. Siap sedia ye sampul-sampul duit raya korang, haritu Mama dah pesan kan sediakan duit raya Syirah. Tanpa rasa malu dan segan.
Dapat je sampul duit raya, cepat-cepat nak bukak. Yahoo..alhamdulillah, note duit raya 'besar-besar' Syirah dapat. Heheh. Syirah ni suka betul koyakkan sampul duit raya pastu duit dia campak, Mama lah tukang kutip kalau tak bersepah-sepah. Best tau beraya dengan anak ni sebab dapat duit raya bagi pihak. Tapi takkan la nak pau duit anak kan, lepas habis raya kang...cepat2 lah saving dalam bank. Tengok muka Syirah macam gelojoh je gayanya..
Aktiviti seterusnya di hari raya pertama, semestinya ziarah kubur arwah Abah. Dah 12 tahun arwah Abah tinggalkan kami. Semoga roh arwah Abah tenang di sana, insyaAllah sebagai anak, hanya doa untuk arwah Abah yang dapat kami kirimkan.
Straight from kubur, kami pun berkonvoi 2 kereta ke Shah Alam. Sesungguhnya, kaum kerabat belah mak memang ramai kat Shah Alam. Tapi nak pegi semua tak larat la, pegi umah yang penting-penting je. Salah satunya, rumah Wan iaitu satu-satunya nenek sedara yang ada (selepas arwah Opah meninggal 2 hari sebelum Syawal). Kalau pergi visit orang-orang tua, mesti dorang menangis. Ye lah kan, anak cucu datang..diaorang happy tapi sedih juga sebab dorang dah tua, sakit. Wan sangat gembira dikelilingi anak cucu tersayang.
Family mak aku ngan family maklong bersetuju untuk konvoi ke rumah Maksu yang tak sampai sepelaung pun dari rumah Wan..kan aku dah kata semua kat Shah Alam. First day raya maksu memang tak gi mana-mana sebab MIL dia (indian) selalunya datang beraya. Bertambah lagi kemeriahannya bila semua cousins and cucu-cucu berkumpul. Kalo tak dulu ada arwah atok tapi atok pun dah takde. Sob sob..
Begitulah cerita Syawalku di hari pertama. Balik rumah, semua terlantar kepenatan. Cerita raya pertama diakhiri dengan gamba raya kami. Tapi kesian muka Syirah dah letih, dah tak comel dah. Tangan baju melayu Papa pun dah lipat sampai ke siku. Songket Papa pun tak nampak ha. Kahahhkah. Setakat hari ni masih lagi bertiga. Best jugak kalau tahun depan, gambar dah jadi berempat.