Advert




29 September, 2009

Pra-Raya

Hari Sabtu pagi pergi KPJ specialist Shah Alam sebab nak bawak Syirah jumpa Paed dia, memandangkan dah 2 hari berturut-turut dia cirit-birit. Alhamdulillah ok tak teruk. Tengah tunggu turn, dia main kejap. Tak ramai orang, aman. Maybe sebab ramai dah balik kampung.


Before balik, Papa ajak singgah kompleks PKNS sebab dia nak beli capal ngan sampin baju melayu. Sekali Papa beli songket daaaa....macam peranten la jadinya nanti. Hamboih.

Sampai umah dah tengahari, tak sempat duduk terus ke dapur la ape lagi, nak bersilat. Rutin tetiap tahun, masak! Tapi tugas dibahagi-bahagi lah. Tak aci kan perempuan je kena duduk dapur, lelaki sedap je lepak. Nanti aku ada anak lelaki, dari kecik aku nak train tolong kerja dapur.

Aku terus capai kacang tanah nak goreng untuk dibuat kuah kacang. Kuah kacang mak adalah yang tersedap di dunia..ala semua mak pun masak sedap kan?

Kak long Jaja sibuk nak makan ketupat, so sila lah menganyam sendiri ye. Sorry saya tak dapat tolong sebab saya tak pandai anyam ketupat.. hahaha mengaku ni. Dah belajar dah tapi tak bleh la keje remeh-temeh ni. Bagi aku keje masak takpe jangan la keje mengadap camni. Memang tak sabar dibuatnye.


Ha, Ucu jangan nak mengular ye.. pegi cuci ayam. Dah siap potong-potong pun, tinggal nak basuh je. Ayam nak buat rendang. Pun sedap-tahap-tak-boleh-terjemah-dengan-perkataan. Ha, punye sedap. Meleleh air liur bila dikenangkan..wahhh..

Tadi dah goreng kacang, aku pegi pulak potong daging. Daging buat masak sate, ni permintaan Ucu. Teringin katanya..


Jangan tak tau, bukan takat anak-anak dara mahupun mak dara yang sibuk di dapur. Si dara sunti pun tidak ketinggalan 'memeriahkan' dapur pada hari kejadian. Rasanya lagi bertambah keje aku ada lah, mana nak kejar masak, mana nak kejar dia. Adoi lah... ni ha, nak basuh pinggan plak dah.


Begitulah kisah menjelang Raya. Nasib baik rumah dah kemas 2 minggu sebelum, langsir pun dah siap pasang awal-awal so tinggal nak masak je. Tapi sebab sibuk makan, satu gambar makanan yang dimasak tak diambik pun! Haha. Ye ye je cerita masak tapi gambo je takde. Sorry lah ye. Malam tu, Papa ajar anak dia main bunga api. Mama tak ajar tau, ni Papa yang ajar... esok dah besar jangan ajar main mercun pulak. Mama tak suka.



No comments: