Advert




30 November, 2009

Hadiah Syirah

Tak share lagi hadiah-hadiah yang Syirah dapat sempena birthday dia yang ke-2 hari tu. Bukan niat nak show off ye, saja nak share dan berterima kasih pada semua yang bagi hadiah.

Ni lah antara hadiah-hadiah yang Syirah dapat. Skuter tu Mak dia bagi, beg balik kampung tu comel Ayah Cik bagi, Ayah Ngah bagi kasut ngan baju Nike. Yang lain2 kawan Mama bagi. Knowing her yang suka buku, buku-buku semua dah lunyai setakat hari ni. Asyik kelek je ke hulu ke hilir mau tak lunyai!


Nenek kat kampung kirim hadiah melalui Papa. Biasalah kalau nenek Kedah kan, korang leh teka tak bagi apa? Hehehe... mesti lah mengelip-ngelip..tu dia, rantai tangan. Mama besor Syirah rantai tangan pun takde tau. Huhuhu..


Yang lagi menambahkan tahap jeles Mama, bila Opah pun bagi hadiah mengelip-ngelip untuk Syirah. Tak nak kalah hoccay...gelang kaki tengok lah bijik dia besar mana! Isk isk... biar lah kan. Cucu punya pasal. Kadang-kadang kelakar tengok nenek-nenek ni dia nak berlumba memenangi hati cucu. Hehhee..

19 November, 2009

Stretch Marks

Sebagai ibu mengandung, perut kita akan membesar. Bila dah mengembang, nanti bila dia kendur balik lepas bersalin, akan terjadilah garis-garis buruk kat perut yang dipanggil stretch marks. Untuk elakkan tu, korang yang mengandung guna lah lotion sejak dari awal mengandung sampai bersalin nanti.

Dulu time Syirah, aku pakai lotion beli kat farmasi. Brand apa dah lupa, tapi takde lah mahal. Aku beli yang paling murah dalam banyak-banyak lotion kat situ. Memang berbaloi tau. Takde langsung stretch marks kat perut ni. Bukan nak bangga ye di sini tapi nak share lah ngan kawan-kawan ku yang lain. Kepentingan memakai lotion kat perut. Sebab orang kata stretch marks tu buruk....ye kot. Tak penah tengok.

Kali ni, aku nak beli lotion yang mahal sikit (mahal la pada aku RM79.90). Sebab nama dia cam sedap, mesti bau dia sedap. Butter..hummmm..sedapnye. Hehhe..ni penting gak ni untuk bagi semangat kat aku menyapu lotion kat perut tiap2 malam. Serius malas sekarang dengan dah ada anak kan, asid folik yang penting tu pun kadang-kadang skip ape tah lagi nak sapu lotion. Haih...kang beli mahal-mahal tak guna membazir je. Belum beli lagi lah, kena beli cepat sebelum perut terus membesar bagai johan.

Ok selamat menyapu lotion!

18 November, 2009

Gaia Gaia Gaia

Korang penah ke tengok citer tu? Aku tengok iklan je dah merapu, so tak penah ada hati nak tengok. Tapi aku bukan nak citer pasal citer tu. Aku nak citer pasal salah berGAYA. Hehe..tengah ada mood nak menulis ni.

Last week husband terchenta ku balik. Kali ni dia tak drive tapi naik bas. Seperti kebiasannya, dia akan turun di stesen bas Jln Duta kemudian naik cab sampai KL Sentral. Dari Sentral naik komuter terus sampai stesen kat umah tu. Masa dalam train dia sms aku, "Yang, kat KL Sentral baru perasan rupanya Papa pakai kasut sebelah Polo, sebelah lagi Police. Malunyee". Muahaha time baca tu nak gelak ada, nak marah pun ada. Apa punya kelam kabut lah laki aku ni. Aku reply "Teruknya". Bila dia sampai rumah, semua orang gelakkan. Nasib baik lah kasut tu kaler sama - kaler coklat. So tak nampak ketara sangat perbezaannya. Cuma kalau orang perhati betul-betul memang sebelah lain, sebelah lain. Husband aku kata dia kelam kabut sangat takut terlepas bas sampai kasut pun salah sarung. Adoiyaii laki sape lah ni.

Pagi tadi pulak, masa dalam train. Aku sekarang dalam train tak boleh nak tido. Cuba pejam mata takleh gak nak lelap. So keje aku memerhati orang lah. Sampai kat satu stesen yang takyah disebut nama, ada sorang mamat ni naik. Hari-hari memang nampak dia naik. Mamat yang sangat skema gaban. Rambut licin minyak berlinang, sikat tepi baik punya. Macam kejung dah aku tengok rambut dia. Kemas sesangat lah. Yang kelakar pagi tadi, dia pakai baju kemeja pink yang tersangat pink dengan tie yang tersangat pink juge. Tie pulak yang jenis besar tu (ada lagi satu jenis kan kurus je), dengan jalur-jalur yang besar-besar melintang. Tak tau lah pada korang maybe ok je. Tapi pada aku officewear takyah lah pink sangat. Lepas tu tie pun pinky giler punya. Sape lah makwe dia ye, mesti jenis jiwang-jiwang manja gitu. Hahhaha jahatnye aku.

Pada aku, memang suka lelaki yang kemas. Tapi kalau dah terlampau kemas jenis rambut, baju keras kejung... rimas ahkak dibuatnya. Less is more. Yang penting bersih. Iye tak?

16 November, 2009

Jangan Noti

JANGAN NAKAL (Aliff OIAM)
Lagu ni ditujukan untuk kamu, buah hati Mama.

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi
Di saat itu kau ada di sini

Please please please
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar
Bukan untuk curang

Please please please
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang
Bawa yang kau pesan

Diriku untukmu
Semua tahu kau milikku
Semua tahu ku cintamu
Ada pun yang memandangku

Betapa beruntungnya aku
Kadangkala ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mahu pergi

Di saat itu kau ada di sini
Bukan aku terlalu
Mengawal sikapmu
Ku hanya terlalu

Terlalu sayangi kamu
Ampunkan aku terlebih-lebih
Jagakan kamu
Ku cintamu
Kau cintaku

12 November, 2009

Syirah Birthday Bash

Lambat betul nak publish entry Birthday Party Syirah. Sedey kan. Syirah's 2nd birthday bash telah berlangsung seminggu selepas 26 Oktober, tarikh hari lahir Syirah. Buat kat Mcd seksyen 3, Shah Alam. Tak jemput ramai orang pun, just family members and close friends. Majlis bermula agak lambat sebab tetamu semua datang lambat. Takpelah nak wat camne, the show must go on. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Jom tengok gamba-gamba je lah ye...

The Birthday Girl...blusher, lipstik semua pakai ok.
The Birthday Girl and her parents..hihi


The simple Birthday Cake

Sebelum orang datang, layan princess main dulu


Happy Birthday Syirah! semua nyanyi ..
Syirah takut api, so dia tak berani tiup lilin. Mama la take over..
Sampai hati orang biarkan birthday girl makan sorang diri?
Mama's friends.. antaranya..

06 November, 2009

Mood tak mari

Kawan-kawan yang sudi menjengah,

Saya ada banyak cerita nak update kat sini. Tapi saya takde mood nak tulis. Mengapakah pemalas sangat ni... adui...

Tunggu lah mood mari baru kasi update banyak-banyak [konon..cehhh]..

Bukan takat tu, mood makan pun tak mari. Asal makan tak sedap, asal makan nak mun.., asal makan senak perut.. takpelah, macam tak tau kan 3 bulan pertama ni. Harap2 pasni semua mood mari.

Kadang-kadang Syirah pun aku tak layan. Bila balik keje, penat yg amat..makan pun terpaksa. Tapi ku gagahi jua demi tak nak bagi dia kecik hati. Sian dia kan... tiba-tiba sedih pulak kalau Syirah dah ada adik nanti... JANGANLAH aku abaikan dia. Itu janji Mama.

Sob sob....

03 November, 2009

Sharing is caring

I am 9 weeks pregnant.

Due date: 8 Jun 2010.

Doakan semua baik-baik ye!

With love.