Advert




19 November, 2009

Stretch Marks

Sebagai ibu mengandung, perut kita akan membesar. Bila dah mengembang, nanti bila dia kendur balik lepas bersalin, akan terjadilah garis-garis buruk kat perut yang dipanggil stretch marks. Untuk elakkan tu, korang yang mengandung guna lah lotion sejak dari awal mengandung sampai bersalin nanti.

Dulu time Syirah, aku pakai lotion beli kat farmasi. Brand apa dah lupa, tapi takde lah mahal. Aku beli yang paling murah dalam banyak-banyak lotion kat situ. Memang berbaloi tau. Takde langsung stretch marks kat perut ni. Bukan nak bangga ye di sini tapi nak share lah ngan kawan-kawan ku yang lain. Kepentingan memakai lotion kat perut. Sebab orang kata stretch marks tu buruk....ye kot. Tak penah tengok.

Kali ni, aku nak beli lotion yang mahal sikit (mahal la pada aku RM79.90). Sebab nama dia cam sedap, mesti bau dia sedap. Butter..hummmm..sedapnye. Hehhe..ni penting gak ni untuk bagi semangat kat aku menyapu lotion kat perut tiap2 malam. Serius malas sekarang dengan dah ada anak kan, asid folik yang penting tu pun kadang-kadang skip ape tah lagi nak sapu lotion. Haih...kang beli mahal-mahal tak guna membazir je. Belum beli lagi lah, kena beli cepat sebelum perut terus membesar bagai johan.

Ok selamat menyapu lotion!

2 comments:

TiNiE said...

tini tak sempat ilang stretch marks lama...timbul stretch marks baru..kata anak dah 4 kan..huhuhu buruk mmg buruk hahahaha

♥ aN_Na ♥ said...

Get this in-thing dolly-eyed look here www.get-em-ol.blogspot.com at very affordable prices you shouldn't resist! LET'S! ;)