Advert




18 November, 2009

Gaia Gaia Gaia

Korang penah ke tengok citer tu? Aku tengok iklan je dah merapu, so tak penah ada hati nak tengok. Tapi aku bukan nak citer pasal citer tu. Aku nak citer pasal salah berGAYA. Hehe..tengah ada mood nak menulis ni.

Last week husband terchenta ku balik. Kali ni dia tak drive tapi naik bas. Seperti kebiasannya, dia akan turun di stesen bas Jln Duta kemudian naik cab sampai KL Sentral. Dari Sentral naik komuter terus sampai stesen kat umah tu. Masa dalam train dia sms aku, "Yang, kat KL Sentral baru perasan rupanya Papa pakai kasut sebelah Polo, sebelah lagi Police. Malunyee". Muahaha time baca tu nak gelak ada, nak marah pun ada. Apa punya kelam kabut lah laki aku ni. Aku reply "Teruknya". Bila dia sampai rumah, semua orang gelakkan. Nasib baik lah kasut tu kaler sama - kaler coklat. So tak nampak ketara sangat perbezaannya. Cuma kalau orang perhati betul-betul memang sebelah lain, sebelah lain. Husband aku kata dia kelam kabut sangat takut terlepas bas sampai kasut pun salah sarung. Adoiyaii laki sape lah ni.

Pagi tadi pulak, masa dalam train. Aku sekarang dalam train tak boleh nak tido. Cuba pejam mata takleh gak nak lelap. So keje aku memerhati orang lah. Sampai kat satu stesen yang takyah disebut nama, ada sorang mamat ni naik. Hari-hari memang nampak dia naik. Mamat yang sangat skema gaban. Rambut licin minyak berlinang, sikat tepi baik punya. Macam kejung dah aku tengok rambut dia. Kemas sesangat lah. Yang kelakar pagi tadi, dia pakai baju kemeja pink yang tersangat pink dengan tie yang tersangat pink juge. Tie pulak yang jenis besar tu (ada lagi satu jenis kan kurus je), dengan jalur-jalur yang besar-besar melintang. Tak tau lah pada korang maybe ok je. Tapi pada aku officewear takyah lah pink sangat. Lepas tu tie pun pinky giler punya. Sape lah makwe dia ye, mesti jenis jiwang-jiwang manja gitu. Hahhaha jahatnye aku.

Pada aku, memang suka lelaki yang kemas. Tapi kalau dah terlampau kemas jenis rambut, baju keras kejung... rimas ahkak dibuatnya. Less is more. Yang penting bersih. Iye tak?

2 comments:

akpfapaf said...

hahaha..kelakar baca entry farah kali ni...tp hati2 k..awak tu tgh ngandung...hehee

mama-syira said...

heheheh gurau2 je.