Advert




24 March, 2010

Happy Birthday Erin & Ayu!

Sorry sangat-sangat sebab lambat update. Erin dah lama update dalam blog dia. Aku baru terhegeh-hegeh. Waktu sangat mencemburui aku untuk mengupdate blog. Biar lambat, janji update. Ye tak. Sesi meraikan birthday kawan-kawan. Tahun ni kami dah masuk angka '3'.

The birthday mommies :) Ayu & Erin

The appertizer..

The main dish.. nyum nyum

The new thingy to ask for the bill..hehe
(tengah jakun nak try, itu tangan Ayu)

The finance managers..hahaha


Enjoy sangat... walaupun lunch di hari jumaat yang rushing. Dapat gak makan dan shopping. To Erin and Ayu, happy birthday. Semoga terus menjadi ibu-ibu yang hebat dan mantap!

20 March, 2010

Babymoon-part 2

Tengoklah Syirah tido camne. Sampai terkeluar dari tilam. Sedap betul dia tido kul 9 pagi pun tak bangun lagi. Padahal kalo kat umah, kul 7 dah bangun. Mama dah lapar nak gi breakfast tapi dia tak bangun lagi. Papa kata cuba bukak tv tu, nanti dia terbangun lah. Betul pun, bila dengar suara kartun kat tv terus dia menggeliat dan bangun.


Takyah mandi dulu, kita turun breakfast dulu. Kang lambat makanan habis. Wakakka..teruknye. Maafkan lah Mama yang bernafsu kuat makan ni. Memang mengidam nak breakfast kat hotel. Walaupun takde lah special sangat menunya, tapi rasa teringin sangat. Sibuk lah dia main jam semua, nak suruh makan sikit punya seksa. Ada takde, coco crunch je dia makan..alahai.


Papa asyik tengok Mama makan je, dia kata macam kebulur sangat. Padahal dia pun sama. Tengok, makan nasik lemak tak toleh kiri kanan.


Tengok, mana ada Mama kebulur sangat. Sibuk bagi anak makan ada lah... betul tak tipu (menggelabah).


Lepas breakfast, rehat jap pastu terus siap-siap nak check-out. Sekejap je rasa macam tak puas pulak nak rehat-rehat kat hotel. Lain kali lah pegi jauh sikit. InsyaAllah kalau ada rezeki. Di akhiri dengan gamba kami 3 beranak. Eh 4 la kan sepatutnya..cuma yang nombor 4 tu tak nampak muka lagi. hehe...


Leaving on a jetplane...bye bye.

19 March, 2010

Our Babymoon

Puas lah survey (harga dan tempat) hotel, akhirnya kami memilih Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya sebagai destinasi babymoon kali ini. Ala saje je sebenarnya nak tido hotel tapi yang dekat-dekat je. Dulu dah dok kat Impiana KLCC. Kali ni macam boringnye nak pegi KL, so gi Putrajaya aman sikit rasanya.

Masa pre-booking thru phone haritu, takde pulak dia cakap bilik penuh. Datang-datang dia kata tinggal yang single bed je ada. Saya sudah buat muka, maka adik kaunter ni pun agak takut (takut ke?), terus dia bagi bilik suite tapi dengan kadar harga bilik standard! Yahoo...rejeki. Tengok, Syirah pun dah bebel-bebel tanpa usul periksa.


Dah dapat kunci, apa lagi...jom la kita check it out atau check-in dalam bahasa hotelnya. Ini 2 orang suda tidak sabar.


Whoaa..minah ni masuk-masuk bilik je kelam kabut satu macam. "Mama, bukak tokin ni Mama.. takleh takleh". Macam orang tak tahan nak berak. Sebenarnya, dia tak sabar nak explore tempat baru. Kecoh la beb..


Terus posing maut. Boleh? Ni sape pun tak ajar, dia posing sendiri. Cecepat amik camera, snap.


Mama pun nak tumpang posing, tapi posing yang sopan sesuai untuk tontonan umum. Tak padan dengan perut, nak jugaakkkk.


Sang Papa pulak sibuk on laptop.. ceh. Ingatkan kelam kabut ape, nak main game facebook rupanya. Bilik ni besar, suite lah pulak kan. So ada hall semua. Lokasi Papa tengah online ni kat sudut hujung, kat luar tingkap pemandangan indah saujana mata memandang.... konon.


Pelik betul budak ni, tah bile dia masukkan itik-itik dia ni dalam beg. Sumpah Mama tak tau, sebab tak cakap pun dengan dia nak tido hotel. Tiba-tiba time nak mandi, dia bawak keluar itik dari dalam beg dia. Bertuah punya anak.


Pastu kami bertiga beranak pun amik gamba sendiri depan cermin.


Lepas mandi, bawak Syirah round kat bawah hotel. Not bad, tak lah rasa kat bandar sangat. Banyak pokok-pokok. Sejuk je...


Ni kat tengah-tengah hotel. Untuk bersantai malam-malam sambil makan aiskrim sebab situ ada pondok jual aiskrim. Suasana kat sini teringat masa honeymoon kat Karambunai dulu. Ala-ala gini lah tempat makan aiskrimnya. Huhu bile la nak pegi lagi..


Swimming pool takde orang. Kalo nak mandi boleh buat macam sendiri punya. Tak tau nape takde orang, maybe sebab yang datang pun sebab bermeeting atau seminar kot, takkan nak pegi mandi-manda pulak. Kami yang bercuti ni pun tak gi mandi kat pool. Sebab malas..mandi kat bilik lagi best.


Ada playground juga untuk kanak-kanak semestinya. Bersebelahan tu ada tempat untuk teambuilding. Hotel ni memang ramai orang buat teambuilding, katanya.


Dah senja, jom naik bilik. Malam tu tak ke mana-mana, ronda Putrajaya je. Tengok lampu. Tak boleh nak keluar jalan-jalan pun nak amik gamba ke ape..sebab Syirah sudah tido. Rugi betul.

Ok sambung lepas ni..

18 March, 2010

Bersalin kat mana?

Ingatkan 2nd baby nak bersalin kat tempat yang sama dengan kakak (Selangor Medical Centre, Shah Alam) tapi rasa macam nak tukar doktor. Dr. Siti dulu ok tapi tapi tapi....hehe...

Dah gi survey Pantai Klang, nasib baik ada doktor pempuan. Walaupun non-muslim, tapi janji pempuan. Maka dengan ini saya telah memilih Dr. Tricia Thomas sebagai gynae saya untuk anak yang kedua ini. First time pegi jumpa dia, mak aih.... lembutnya doktor. Cakap pun ala-ala berbisik je. Kira ok la tu, confirm lah.


Dua beranak ni dah boring. Lama betul nak tunggu turn masuk jumpa doktor. Sorang patient dia layan sampai 1/2 jam. Apekah?? Bayangkan betapa detailsnya dia. Masa ni pegi check-up for 7 months. Debar-debar sebab nak tau jantina baby sekali.


Mama relaks je tunggu turn walaupun montot dah kematu. Lepas jumpa doktor, terus senyum lagi sampai telinga. InsyaAllah betul la jantina yang doctor scan tadi. Ok Papa, lepas ni kita rehat lamaaaaaaaaaaaaa...

16 March, 2010

Outing with Preggy Mommies

Memandangkan dah lama tak jumpa, pastu suami masing-masing keje di hari weekend..kami semua membuat cadangan untuk berjumpa untuk makan-makan. Best gak sekali sekala kuar dengan gegirls only kan..nak borak ape pun bleh sampai tak hengat dunia.

Kami berjumpa di Nandos..sebab salah sorang preggy mommy ni mengidam nak makan ayam Nandos katanya. Nampak macam berempat tapi kalau kira anak yang kat luar dan dalam perut, semua ada berapa orang? Hehhee...



Hajar ni kawan baik aku masa buat part time study kat UiTM dulu. Ke hulu ke hilir berdua. Tak sangka dah pregnant. Dulu masa belajar takde boipren, tup tup kawen terus 'bunting pelamin'. Rezeki kan. Due date kami pun dekat-dekat, tapi Hajar dulu..aku follow belakang dia 2 minggu kemudian.


Kat SACC Mall ada pulak motor dan keta untuk bebudak. Kiddy ride namanya - 5 minit RM3 kot tak silap. Minah ni mana boleh nampak kan, allergic. Padahal kat umah ada dah skuter.


Nak lawan perut tak? Tak mungkin, perut Hajar lagi besar. Aku 2nd pregnancy kocik je perut. Hajar tengah practice kendong anak. Yana jadi bahan... si Yana anak Ila... comel kan? Picit memang best.

Add Image
Lepas makan kat Nandos, tak puas lagi borak tu. Bleh lak continue kat Secret Recipe. Memasing kehausan. Tapi untuk pengetahun, antara kami berempat, Farha je masing single. Farha yang tudung biru. InsyaAllah kenduri dia akan datang. So kesimpulannya, kami bertiga tu ada bawak baby dalam perut. Berlaga perut konsepnya. Cuma Ila je belum nampak sebab masih baru.


Ok la jom balik, anak aku dah mintak susu pun kena landing kat sofa Secret Recipe dulu. Mama tak ingat umah ke?

15 March, 2010

Berlibur di Alamanda

Kesian.. kami adalah first time menjejakkan kaki di Alamanda ni. Not bad. Sebab ape? Sebab banyak kedai budak-budak. Kedai baju jangan cakaplah...geram je. Sempat rembat baju Syirah. Asyik baju Syirah kan. Pastu ramai Melayu kat sini. Food court pun banyak pilihan makanan.

Kisah ni terjadi sebelum kami check in kat IOI Palm Garden Resort untuk babymoon. Citer babymoon pasni ye (susah nak update blog sekarang, tak sempat).

Papa Syirah ni suka sangat bagi anak dia naik benda alah yang masuk duit ni. Suke betul. Setiap kali balik MESTI a.k.a WAJIB bawak anak dara dia main kat Jusco lah, paling koman pun kat Econmart (pasaraya kecik kat umah). Syirah pun dah jadi allergic la bila nampak benda alah ni.
Bear bawak, Syirah jadi penumpang.
Muka Syirah baru pas bangun tido - agak blur

Semangat sudah mari...
Mama nak tumpang boleh?

Papa pun nak tumpang tapi sekerat je boleh masuk

Masa ni tengah CNY, nyebok nak amik gamba

05 March, 2010

Servis Aircond

Aircond kereta Kenari ku rasanya tak pernah servis. Kehkeh. Semenjak cuaca panas ni, rasa macam dah tak sejuk je aircond keta ni. Jadi mengambil keputusan untuk tambah gas memula (sebab nak save budget) tapi setelah dinasihati oleh yang pakar, terus lah kena servis. Takpe lah kuar budget lebih sikit untuk kebaikan masa hadapan. Lagipun, nanti dah ada adik Syirah, sian pulak anak-anak aku kepanasan dalam keta.

Seperti biasa, saya ditemani 'buddy terbaik' saya yang sentiasa happy. Sayang bangat ngan dia ni. Mmmuah.


Hah Kenari dah togel. Bagus Apek ni sambil buat, sambil dia ajar part2 dalam kereta. Takdelah aku ternganga at least leh belajar sambil tak tertipu. Maklum la orang pempuan bab-bab kereta ni kan selalu kena tipu.


Apek tu siap lecture aku. Dia kata aku tak penah servis aircond langsung mengikut pada keadaan dalaman aircond tu. Hehe..ye ke aku pun dah lupa. Tau guna je. Takpelah apek, lu buat je kasi siap.


Pastu tambah gas pulak..kasi sejukkkk.....baru lah best. 1 jam settle, bayar dan balik.

02 March, 2010

Semoga syurga tempatmu

Mesti ramai yang mengikuti perkembangan dan berlinang airmata pasal kes Syafiah Humaira, kanak-kanak sebaya anak ku yang didera sampai mati.

Syurga menantimu...

Bukan saje berharap si pendera kejam macam syaitan tu je yang dihukum, kalau boleh mak dia sekali. Rasa macam mak dia berlakon... ke aku je rasa gitu?
Gerammmmmm dan kejammmmm!!!!