Advert




Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

22 February, 2013

Saya ada baby baru.

Hari Selasa pagi, 5 Feb lepas, Opah call kata Acik Intan (wife kpd adik lelaki) dah kuar tanda.  Maybe dah nak bersalin.  Knowing Opah yang dalam segala hal dia nak kelam kabut, semua adik-beradik dia kol.  Ini pengalaman pertama untuk aku nak dapat anak sedara di sebelah saya. Kalo ikut belah husband, dah 2 anak menakan. Excited dia lain macam. Rupa-rupanya macam ni lah perasaan adik-beradik yang lain masa aku nak beranak dulu agaknya.  Patut lah muka masing-masing excited masa tu kecuali muka ku yang masam (sakit sebelum n selepas bersalin). Hahaha...

Lepas keje, baru sampai umah, Opah dah kol "mak nak gi tengok Intan ni, nak pegi sekarang".  Tak menyempat. Bila tanya Daud (adik lelaki) dia kata masa tu masih dalam wad biasa belum masuk labour room lagi,  maksudnya belum nak bersalin lah. Lepas maghrib, kami gerak ke hospital.

Kat waiting room KPJ Klang.  Hospital baru. Suke nyewwww.. Ha kau sekampung tunggu. Adik beradik semua ada ok. Kami memang camni, suka memeriahkan suasana. Dulu aku bersalin pun camni lah.. kecoh! Time ni Acik Intan dah ditolak masuk ke labour room.

Opah tak senang duduk. Ke hulu ke hilir..siap tanya kat kaunter nurse "tak boleh masuk ye labour room" hahahhaha... begitu sekali.



Tak lama kemudian, keluar lah baby yang dinanti-nantikan.  Baby boy seberat 3.15kg dilahirkan secara normal.  Baby ni akan panggil aku Mama.  Sementelah kakak yang sulung, anak-anak aku panggil Mak. Acik Intan akan dipanggil Ibu.  Takde maklong, maklang, makcik whatever...

Selamat datang Fareth Izzharif. Semoga kamu sihat selalu, jadi anak soleh kebanggaan Allah dan keluarga.
 

Rindu kat awak Zharif, sekarang dia kat Segamat. Nenek jaga kamu dan ibu kamu. Cepat balik Klang ye. Mama nak gomol.


28 February, 2012

Melawat Azhry Muzaffar

Kakak officemate kesayangan saya, Kak Qish telah selamat melahirkan baby boy beliau yang ketiga pada 12.2.12. Cantik kan tarikh tu? Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Kami memang rapat sejak mula kenal di ofis ni. Rumah pun dekat (tak la dekat tapi sepelaung - Klang) hehee..

Ahad lepas, seminggu lepas dia bersalin..tak sabar nak visit Mama dan baby baru. Ajak lah Puan Ramlah sekali. Sebab Ila pun kenal.  Aku bertiga beranak satu kereta, Ila bertiga beranak satu kereta (almaklum suami masing-masing keje) dan kami bertemu kat umah Ila. Aku guide jalan nak ke rumah Kak Qish sebab Ila tak sure jalan.

Syirah ngan Irfan dah biasa datang umah Kak Qish lagipun sebab anak-anak kami lebih kurang sebaya.  So dah buat cam umah sendiri. Gini lah gayanya...dah macam nursery. 



Introducing the new khalifah...... si comel Azhry Muzaffar.  Semoga kamu bakal menjadi anak soleh, sihat dan taat pada ibubapa. Mmmmuuuuahhh..


Ila tengah amik berkat untuk next baby...insyaAllah =)


Irfan first time jumpa Lea. Lea pun sama. Mereka ni sebaya tapi Irfan lahir bulan Jun, Lea pulak bulan October.  Malew-malew nampaknya adik.. hahaa..



Cute tak gamba ni? Aku rasa cute lah..hahaha. Masing-masing buat aksi spontaneous bila Mama nak snap gamba. Macam geng bas sekolah punya aksi lepas selesaikan masalah.



Irfan nak baby ke? Minat sangat nampaknya.. nanti lah dik tunggu kakak darjah 2 ok. Ekekekekke...




21 July, 2011

Resipi baby umur 6 bulan ke atas

Salam puan-puan dan tuan-tuan,



Hari ni saya nak share beberapa resipi yang selalu saya masak untuk anak saya. Resipi paling simple dan memerlukan masa singkat untuk masak. Ye lah kena bangun kul 5 pagi untuk masak sementelah nak tunggu menjadi bubur mau makan masa 1 jam lebih. Orang kata boleh masak dari malam guna slow cooker tapi aku tak gemor pulak cara tu takut anak aku nak makan petang kang basi.



Ok lah takyah bebel panjang, ni lah beberapa resipi yang saya nak share:




Bubur Nasi beserta Ayam dan sayuran


Beras 2 genggam (untuk makan 2 kali, kalo anak makan banyak boh la banyak)

Ayam dipotong kecik-kecik

Bawang putih & halia (sikit je) ditumbuk halus

Sayur (tukar-tukar lah, harini carrot, esok brokoli, lusa, kentang, kobis bunga dan lain-lain)
Daun sup




Cara:


Humbankan semua bahan-bahan di atas

Masukkan sikit garam (terpulang kalo korang rasa tanak takpe, tapi sebab anak aku dah setahun aku masukkan sikit sian tak rasa apa nasiknye kalo tak boh garam).

Rebus sampai menjadi bubur

Tabur daun sup sikit bagi sedap bau dan rasa




Bubur Nasi dengan Bebola Pelbagai Jenis


Beras

Bawang kecik, bawang putih

Bebola ikan/ayam

Sayur-sayuran




Cara:


Rebus beras

Sementara tu kat periuk lain - tumis bawang kecik & bawang putih sampai naik bau

Masukkan air untuk kuah, garam secubit

Masukkan bebola dan sayur-sayuran pilihan anda

Bila beras dah jadi bubur, campurkan dengan sup bebola sayur dan gaulkan sekali semua

p/s: Aku buat camni sebab senang bagi kat babysitter takyah asing-asing nasik ngan lauk tapi kalo kat umah biar asing pun takpe, nak makan baru campur kan.



Bubur Nasik dengan Labu


Beras

Bawang kecik dan bawang putih
Labu dipotong dadu
Udang dipotong kecik2


Cara:


Rebus beras

Untuk labu - Tumis bawang kecik & bawang putih

Masukkan udang

Masuk air & garam sikit

Masukkan labu masak sampai empuk

Buat cam tadi, masukkan lauk labu sekali dengan bubur dan kacau




Bubur Nasik dengan Ikan Salmon bakar


Beras

Ikan salmon

Butter



Cara:


Rebus beras tapi takyah sampai kering bagi ada kuah-kuah sikit sebab nak makan dengan ikan tu takut kering sangat

Ikan salmon bakar dengan butter atas frying pan




Bubur Nasik dengan Sup Ketam


Ni mesti korang tau kan? Rebus beras. Ketam buat sup cam biasa. Ipan suka makan ni tapi aku tak pandai kopek ketam. Tunggu Papa balik baru masak lauk ni sebab Papa yang tukang kopek ketam, aci tak?




Bubur Nasik dengan Ikan Tenggiri Masak Kicap


Ni pun favourite Ipan, tapi selalunya aku masak lauk camni on weekend. Sebab? Malas nak susahkan babysitter nak kena kopek ikan sikit-sikit. Lagipun aku takut babysitter tak perasan ada tulang (sacrastic).




Cara:


Masak nasik sehingga menjadi bubur

Ikan tengiri masak la kicap, takyah ajar korang mesti tau. Campur dengan carrot/kentang. Sure menjilat jari bukan anak je makan, dengan mak nya makan sekali. Thehthtethee...




Bubur Nasi dengan Sup Ikan Merah


Beras

Ikan merah diasingkan tulangnya siap-siap

Bawang putih & halia

Daun sup




Cara:


Rebus beras

Masukkan bawang putih & halia yang dah ditumbuk halus

Bila beras dah kembang, masukkan ikan merah yang dah dibuang tulang tadi

Sikit garam

Masukkan daun sup

Bubur Nasi dengan Serbuk Ikan Bilis


Korang goreng ikan bilis tanpa minyak pastu blend jadi halus
Pastu rebus beras dengan sayur
Taburkan serbuk ikan bilis





Apa kata korang share resipi yang korang penah masak untuk anak-anak korang. Tak kira lah belum ada anak atau dah beranak 10 tahun lepas tapi korang ada resipi yang best-best, sudi lah kiranya untuk share di ruangan komen. Sebab aku dah kebuntuan idea ni tak tau nak masak ape dah kadang tu takut anak boring.


Oklah naked chef nak berundur dulu. Tengs.


19 March, 2010

Our Babymoon

Puas lah survey (harga dan tempat) hotel, akhirnya kami memilih Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya sebagai destinasi babymoon kali ini. Ala saje je sebenarnya nak tido hotel tapi yang dekat-dekat je. Dulu dah dok kat Impiana KLCC. Kali ni macam boringnye nak pegi KL, so gi Putrajaya aman sikit rasanya.

Masa pre-booking thru phone haritu, takde pulak dia cakap bilik penuh. Datang-datang dia kata tinggal yang single bed je ada. Saya sudah buat muka, maka adik kaunter ni pun agak takut (takut ke?), terus dia bagi bilik suite tapi dengan kadar harga bilik standard! Yahoo...rejeki. Tengok, Syirah pun dah bebel-bebel tanpa usul periksa.


Dah dapat kunci, apa lagi...jom la kita check it out atau check-in dalam bahasa hotelnya. Ini 2 orang suda tidak sabar.


Whoaa..minah ni masuk-masuk bilik je kelam kabut satu macam. "Mama, bukak tokin ni Mama.. takleh takleh". Macam orang tak tahan nak berak. Sebenarnya, dia tak sabar nak explore tempat baru. Kecoh la beb..


Terus posing maut. Boleh? Ni sape pun tak ajar, dia posing sendiri. Cecepat amik camera, snap.


Mama pun nak tumpang posing, tapi posing yang sopan sesuai untuk tontonan umum. Tak padan dengan perut, nak jugaakkkk.


Sang Papa pulak sibuk on laptop.. ceh. Ingatkan kelam kabut ape, nak main game facebook rupanya. Bilik ni besar, suite lah pulak kan. So ada hall semua. Lokasi Papa tengah online ni kat sudut hujung, kat luar tingkap pemandangan indah saujana mata memandang.... konon.


Pelik betul budak ni, tah bile dia masukkan itik-itik dia ni dalam beg. Sumpah Mama tak tau, sebab tak cakap pun dengan dia nak tido hotel. Tiba-tiba time nak mandi, dia bawak keluar itik dari dalam beg dia. Bertuah punya anak.


Pastu kami bertiga beranak pun amik gamba sendiri depan cermin.


Lepas mandi, bawak Syirah round kat bawah hotel. Not bad, tak lah rasa kat bandar sangat. Banyak pokok-pokok. Sejuk je...


Ni kat tengah-tengah hotel. Untuk bersantai malam-malam sambil makan aiskrim sebab situ ada pondok jual aiskrim. Suasana kat sini teringat masa honeymoon kat Karambunai dulu. Ala-ala gini lah tempat makan aiskrimnya. Huhu bile la nak pegi lagi..


Swimming pool takde orang. Kalo nak mandi boleh buat macam sendiri punya. Tak tau nape takde orang, maybe sebab yang datang pun sebab bermeeting atau seminar kot, takkan nak pegi mandi-manda pulak. Kami yang bercuti ni pun tak gi mandi kat pool. Sebab malas..mandi kat bilik lagi best.


Ada playground juga untuk kanak-kanak semestinya. Bersebelahan tu ada tempat untuk teambuilding. Hotel ni memang ramai orang buat teambuilding, katanya.


Dah senja, jom naik bilik. Malam tu tak ke mana-mana, ronda Putrajaya je. Tengok lampu. Tak boleh nak keluar jalan-jalan pun nak amik gamba ke ape..sebab Syirah sudah tido. Rugi betul.

Ok sambung lepas ni..

25 August, 2009

Melawat babies yang comel!

2 minggu berturut-turut weekend bawak Syirah tengok baby. Mula-mula gi visit anak kawan baikku ILA kat Kg Raja Uda. Masa ni suamiku ada so ajak lah dia sekali. Sampai-sampai rupanya husband ILA takde, kuar berjumpa kawan. Maka, suamiku ala-ala malu campur segan gitu. Takpelah yang penting dapat teman bini dia yang tak sabo nak tengok si kenit.

Aku peratikan Syirah ni suka sangat kat baby. Maybe budak pempuan memang gini kot kan? Dia main-main kat umah Ila pastu makan keropok yang auntie Ila goreng, datang balik kat baby nak cium, pastu pegang pipi. Ni korang mesti nak cakap "ape lagi...bagi lah adik" ahahhahaha aku dah agak dah.

Laila Adrianna nama baby ni.. comel. gerammmmmm jumpa lagi siap! nak gomol

Kakak Syirah malu-malu Papa amik gambo dia..macam dah ada 2 orang anak je gaya aku.. weeee bestnya

Weekend seterusnya visit baby lagi. Ni memang fresh baru lahir 7 hari. Anak Kak Balqis, kawan baik jugak merangkap officemate kat Bukit Tinggi pulak. Semua kawan2 baik klang sahaja ye..kuikukui. Baby boy pulak kali ni tapi ni 2nd baby Kak Balqis, yang 1st pun boy. So dah 2 hero, selamat berjuang! Haha.

Tengok anak aku, kemain lagi buat umah orang macam umah sendiri. Selalu segan sangat ngan orang tapi kat umah Kak Balqis ni dia siap baring sekali dengan baby atas katil. Dia dok mengulit je baby tu. Peluk-peluk, cium. Takde pulak dia pukul ke lompat ke atas katil. Takut gak dia terkam baby tu abis penyek anak orang. Tak pasal-pasal.

Nama baby boy ni Adam Bakhtiar ;) sebab Mama dia berkenan kat host kat CNBC

Dia usap-usapnya pipi si Adam, budak tu pun lena je tido

Kesimpulan dari kisah di atas, makanya permohonan Syirah untuk adik baru akan dibincangkan. Segala keputusan akan diketahui kemudian. Syirah, mama pun dah lama tak kendong baby..tingin jugak tapi kita tengok camne nanti ye. Heeeeeeee