Advert




30 April, 2010

Koc merah jambu

Baru 2 hari rasanya KTMB memperkenalkan koc merah jambu; di mana koc bahagian tengah dikhaskan untuk penumpang wanita sahaja. Setakat ni untuk tren laluan Pelabuhan Klang-Sentul saje, yang lain belum lagi. Tengah sibuk cat pink dulu kot..kehkeh.

Aku tak pernah pun naik koc tengah ni lagi, aku selalu naik koc depan je. Senang dekat ngan tangga jejantas tu. Tapi nak dijadikan citer, semalam petang tren delayed. Sepatutnya aku naik tren pukul 558 petang tapi sebaik je aku turun tangga, tren pun sampai. Maknanya, tren yang 528 baru sampai. Orang punya lah ramai macam masa kat Sogo warehouse sale tengah berebut comforter time Happy Hour.. gitu lah.

Terus lah aku masuk pintu tren yang paling hampir, kebetulan pintu itu adalah koc merah jambu. Dah sah-sah tren delayed, orang pun cam sardin takkan nak dapat seat kan? Harus lah berdiri mak buyong ni hah. Aku pun tak harap orang bagi seat, selalu aku rebut sendiri memang tak nak raih simpati ceh (alhamdulillah selalunya dapat). Tetiba mataku tertancap dalam koc merah jambu untuk WANITA ni ada sorang jantan tengah relaks duduk. Akak-akak yang tengah diri semua pandang dia. Pandang sinis. Aku saja diri depan dia, sah-sah dia adalah LELAKI dan kenapa ko masuk koc wanita pastu ko duduk tanpa rasa malu dan segan? Dia buat tak tau je kat aku yang kurang upaya nih. Cis hampeh tul! Aku suspect dia buta huruf tapi takkan buta mata kot?

Kesudahannya, akak pempuan (dah akak, pempuan pulak.. ) yang bagi aku seat. Dia kata "takpe, saya turun dekat je". Terima kasih banyak, kataku.

Eii tak malu betul la lelaki tu, dah la masuk koc merah jambu pastu ko pegi duduk pastu ada pempuan mengandung berdiri depan mata, boleh buat tak tau? Jantan itu adalah INDON ye, kawan-kawan. Tak sedar diri sungguh datang negara orang, tak tau adab langsung. Nak je aku bentes kaki dia masa dia turun kat Pantai Dalam! Ha, turun pun kat stesen dekat sekangkang kera, itupun takleh berdiri? Ya Tuhan...camni punye orang pun ade.

Itu lah kisah koc merah jambu ku semalam. Tapi kan koc ni bising ya amat macam pasar malam, maklumla semua pempuan dalam tu. Paham-paham je lah!!

27 April, 2010

Adik @ 33 weeks

Sekejap je masa berlalu, rupanya dah 33 weeks pregnancy. Tak terasa sangat kali ni, mungkin sebab 2nd pregnancy. Penat tetap penat, tapi masa cepat berlalu. Mungkin busy dengan kakak Syirah tu yang tak terasa agaknya.

Last week hari Sabtu pergi check-up. Konon-konon pegi dah hujung waktu visit. Kul 12 baru kami sampai (habis waktu visit kul 1pm). Kali ni pergi dengan kawan baikku, siapa lagi - Syirah lah sebab Papa tak balik, kena kerja. Nasib baik PMC dekat ngan umah. Tapi visit kali ni sangatlah memenatkan! Sebab apa? nanti aku citer. Sekarang nak citer pasal perkembangan adik dulu.

Gynae Dr. Tricia kata:

  • Adik sangat aktif
  • Air ketuban cukup
  • Kepala adik dah turun ke bawah
  • Berat adik sekarang lebih kurang 1.8 - 2kg
  • Uri jauh dari luka caesar dulu, so boleh try bersalin normal
  • Jantung ok
  • Overall, semua sihat

Alhamdulillah semua ok. Dr. Tricia tanya, penat tak? Of course la penat doktor oii.. Dia kata tak cuti ke? Oohh sayang nak cuti, nak save untuk benda-benda urgent especially bila dah ada baby nanti macam-macam hal. Dr. Tricia bleh je bagi mc tapi sebab hari Sabtu aku tak mintak lah. Kalau aku pegi hari kerja, aku mintak bila dah ujung-ujung ni lagi lah tak larat :)

Ok sekarang nak citer pasal visit kali ni sangat memenatkan+stress. Kenapa? Sebab kena tunggu turn almost 2 jam lebih!! Huhu..aku dah sakit belakang+montot. Plus menggigil kelaparan. Selalu tak lama camni. Aku suspect doctor ada kes orang bersalin ataupun gynae lagi sorang tu cuti, so patient dia sume pegi kat gynae aku.

Dah pegi kedai bawah, dah pegi melawat maternity wad, dah bagi Syirah tengok nursery. Siap cakap kat dia "nanti adik Syirah keluar, dia duduk dalam ni lah". Budak ni kan tengah tahap membuak-buak soalan. Sampai tak terjawab aku. Tu lah sape suruh bawak. Haha..takleh, kena jawab nanti dia tak tau.

Tak sampai-sampai gak turn aku dah buat banyak aktiviti pun. Ikutkan nak balik je tapi ku bersabar demi Syirah dan adik. Aku tengok Syirah cool je, siap main lari-lari, gelak, senyum. Tak mengamuk/merengek langsung. Lapang dada tengok dia. Haii... dia memang lah kawan sejati Mama yang terbaik. Pegi mana-mana pun, sabar je teman Mama. Walaupun dia tak cakap, tapi tau dia penat. Bukan nak puji tapi memang nak puji anak sendiri pun.. hahaha. Banyak kali tanya dia "Syirah penat? Nak nenen?". Dia jawab "Tak pun". I love u very strong lah.. Mmmuuah. Jom tengok gelagat my beloved best friend ni sepanjang 2 jam lebih di PMC.

Dia pegi kat kaunter nurse, amik semua brochure, amik pen.
Dia main tulis-tulis.

Nampak penimbang, dia timbang berat.
Ada la lebih 10x dia timbang. Sampai nurse sorok penimbang tu. hehe.
Dah boring sangat ni, tapi maintain happy.
Ni tengah nyanyi lagu "ooo kamu ketahuan"
Lepas check-up, beli makanan (tak larat nak masak dah). Balik rumah kami makan, dan terus tido kedebum...sampai petang. Kami kepenatan.

Syirah, nanti bila dah ada adik, Syirah tetap jadi kawan baik Mama. Sebab Syirah good girl. Adik ngan Papa jadi bodyguard kita. Ok?

20 April, 2010

Kakak Syirah solat

Syyyy diam-diam sikit Kak Syirah tengah sembahyang.


Kalau time orang amik air sembahyang pun, dia join. Habislah basah baju tapi takpelah, baju boleh tukar lain. Dah dia nak belajar tu, takkan nak halang.


Yang kelakarnya, penah satu kali ni dia nak sembahyang Maghrib dengan Mama. Selalunya dia akan berdiri sebelah kiri Mama dan ikut lah semua dari berdiri sampai sujud semua. Dah masuk 2 rakaat, tiba-tiba dengar suara orang nangis. "Hek hek" bunyiknye. Pastu aku continue lah sembahyang tinggal 1 rakaat je lagi takkan nak stop. (dah tak kusyuk jadinye).


Lepas je bagi salam, terus ada orang meraung "huwaaaa". Aku pun cecepat lah tanya budak yang meraung tu "nape Syirah nangis?". Tak tau nak gelak ke sedih bila dia jawab "Iyah menat nak mayang..huwaaa" (translate: Syirah penat nak sembahyang). Hehehe.


At the first place, tak suruh pun dia sembahyang. Dia yang beria nak ikut. Tapi sudahnya mengadu penat. Ape-ape je lah anak dara sorang ni. Ikut lah mood dia kalau terlebih rajin sampai tadah tangan doa lama. Kalo tak, jadi lah gitu. Penat alasannya. Kecik boleh la consider, besar kalu...sendiri mo ingat.


18 April, 2010

Luahan suami

Hari tu suami ku meluahkan status kat FB dia sebegini rupa.

Kata-kata semangat camni penting untuk rumahtangga. Lagi-lagi bila tengah mengandung (penat, letih, tak larat) dan suami jauh. Tetiba rasa terharu. Sob sob..

17 April, 2010

Selesa berkasut baru..lalala

Saya ada kasut baru! Yeay. Perasaan happy macam budak umo 8 tahun dapat kasut raya pastu hari-hari nak tengok dan try sebab tak sabarnya nak tunggu hari raya. Hehehe..

Nak pakai sandal maternity yang dah ada tu memang boleh tapi sebab kat ofis macam tak official pulak especially bila ada event.

Sedapnye pakai kasut baru ni! Berbaloi-baloi!

14 April, 2010

Chef n Brew

Kakak-kakak satu department kat ofis memang rajin jalan-jalan cari makan kat luar bila lunch hour. Kalau dorang ajak, aku follow. Kalau rajin pun aku follow. Kadang-kadang kalau malas tak ikut. Selalunya rajin lah ikut sebab bukan jalan kaki, orang drive jadi penumpang pun mau malas?

Maka di hari Jumaat yang hening lepas, bila semua lelaki-lelaki pergi solat Jumaat, aku pun ikut je dorang ni keluar. Tak tau pun dorang nak gi mana, ikut je lah. Sampai kat Bukit Damansara, lokasi pilihan adalah di Chef n Brew. Ini adalah pertama kali aku jejak kaki dan mencuba makanan kat sini. Menu fusion, western dan ada jugak Malay food tapi kebanyakannya western lah.

Aku yang memula sakit kaki dan pinggang, tetiba jadi ceria bila sampai topik makan. Walaupun makan tak seberapa sesejak dah 3rd trimester ni. Suasana kat sini tenang je.


Aku telah meng'order' fish n chip saja. Tak berapa nak lapar. Tapi habis licin jugak lah. Rasanya biasa-biasa je bagi aku yang biasa-biasa jugak ni. Hehe.

Tapi yang marvelous kat sini adalah kek cokelat durian ni. Katanya most recommended. Luar cokelat isi dalamnya durian semata. Memang pun! Sedap sangat bagi aku yang hantu durian ni.

Ok lah itu je aktiviti aku di hari kerja. Selebihnya buat kerja lah... takpun borak kadang-kadang kalau boring. haha..


11 April, 2010

Berkursus bukan kurus..

Hujung bulan Mac yang lalu, aku terpaksa pergi kursus. Haha terpaksa peginye. Ye lah nanti tak cukup pulak kuota nak masuk dalam KPI. At least kena pergi 2 course setahun. Sementara belum bersalin ni, baik pegi. Lepas bersalin kang, takut banyak pulak halangan. Baby lagi, masa suntuk lagi.
Bertempat di Hotel Melia, Jalan Bukit Bintang nun dengan gigihnya aku dan rakan-rakan se'company' menghadirkan diri ke kursus yang bertajuk Management & Administrative Skills for Secretaries and Administrations.
Gigih tak gigih, semua yang pergi ibu mengandung. Naik monorel pulak tu. Berdikari sangat. Sila puji.


Masa nak abis course, Derna sempat touch up sebab nanti nak amik gamba. Hahaha.

Group photo bersama speaker Mr. Anthony Fernandez. Overall, ok je. (Ni namanya entry cukup makan).


01 April, 2010

Pimp my wardrobe!

Kenapa entah pregnant kali ni craving nak beli almari. Bukan mengidam makanan tapi almari peginya. Pulak tu bukan almari sendiri, tapi almari anak-anak. Mungkin sebab kesian tengok tempat baju Syirah yang cap Toyogo tu dah tak muat menampung baju-baju Syirah yang semakin banyak. Lagipun adik is on the way, beli almari besar sikit boleh share 2 orang.

Cari punya cari, ini yang berkenan. Cantik tak?



Kakak Syirah yang kreatif lagi inovatif telah menampal toys dia yang banyak tu kat almari. Mama balik keje tengok dah siap decorate ha. Sib baik dia tak tampal yang bukan-bukan, takpun conteng ke..nangis Mama.



Belah atas, Mama susun baju-baju adik. Barut, selimut, towel...oo napkin pun ada kat bahagian belakang. Semua dah siap basuh. Sementara baju masih sikit. Kot dah banyak baju nanti, tak tau nak sumbat mana dah.



Bahagian gantung sebelah kiri, semua baju-baju gaun/blouse kakak Syirah. Belah kanan atas, baju-baju basahan kakak Syirah kat umah. Baju basahan pun macam gunung dah tingginya.

Bawah tu ada ruang lagi, Mama susun seluar jeans ngan beg kakak. Sebelah kanan bawah, barang-barang preparation untuk Mama ngan adik. Segala mak nenek botol, breast pump, pampers adik pun ada. Agak serabut di situ, selagi boleh sumbat Mama sumbat.



Secara keseluruhannya, begini lah rupa interior almari anak-anakku. Mama sangat happy. [Maafkan ibu mengandung, almari anak pun sudah buat saya teruja. Yippe!!].