Advert




24 May, 2010

Double Birthday Makan-Makan

Muncung siapa yang paling panjang? Hehe.


Tahun ni dah melangkah ke alam 30! Makan-makan masih dijalankan seperti biasa. Tapi nampaknya tahap kesibukan masing-masing makin melampau. Maybe life begins at 30? Hehe.

Kek sponsored by Anis..yummylicious!
Susahnya nak set date untuk celebrate birthday Oja & Kerun tahun ni. Padahal 4 orang je pun. Tahun ni celebrate 2 orang sekaligus. Sebab nak save time. Nanti Anis ngan aku punya birthday insyaAllah buat sekali, tapi kena tunggu lepas pantang lah.

Akhirnya pada 1 Mei yang lalu, bertempat di Italiannies, The Curve, majlis dapat dilaksanakan dalam keadaan kelam kabut. Ibu mengandung pergi dengan Syirah tumpang kereta Anis. Papa tak bagi pegi kalau drive sendiri. Nasib baik ada Anis. Thanks Anis.


Lama tak jumpa ramai-ramai sebab Kerun dah busy dengan office baru, Oja sibuk dengan persiapan nak kawen, Anis pun busy, aku pulak sah-sah la tak larat menunggu hari. Tapi seronok dapat jumpa.. macam biasa pot-pet-pot-pet. Rindu!

Thank you Kerun & Oja for the lunch treat! Frens forever..

Sian sayang Mama ni tak tido-tido. Dah ngantuk tapi nasib baik pandai bawak diri. Lunyai dah.

1 comment:

coki - coki said...

hyeee.
blog walking.
follow u.
hit me back(: