Advert




28 June, 2010

Irfan Kena Jaundice

Masa umur Irfan seminggu hari tu, kami perasan dalam mata dia warna kuning. Masa baru bersalin, doktor kata takde. So kami amik keputusan pi hospital nak cek. Aku dengan pantang ni pun gagahkan diri. Masa tengah tunggu result darah Irfan, tak berenti berdoa jangan lah kena warded. Tak sanggup nak dok hospital lagi.

Sejam kemudian, doktor panggil dan keputusannya sangat menyedihkan. Irfan memang ada jaundice bacaan 283. Doktor kata kena tahan untuk letak bawah cahaya biru. Aku tanya bacaan berapa yang ok? Doktor kata 200 ke bawah.

Dengan berat hati, terus check-in ward. Kat hospital Pantai ni, mama kena duduk sekali. Tempat cahaya biru untuk baby dia letak kat sebelah katil mama, so kita lah kena monitor sendiri anak. Masa ni larat tak larat kena buat jugak. Lagipun memang malas nak suruh nurse, tak puas hati baik buat sendiri. 2 malam tido kat wad. Actually tak tido malam pun. Takleh tido. Masa bersalin dah la menangis-nangis teringat Syirah. Kali ni pun nangis lagi...nangis je keje aku. Emosi takleh kontrol langsung. Susah weii...tingat anak. Yang kat sini tak sihat, dok dalam cahaya biru. Nangis gak. Tingat yang kat umah, nangis gak.

Alhamdulillah takat hari ni dah 16 hari, Irfan punya jaundice makin kurang. Hari-hari mandikan dengan air rebusan daun inai, daun belimbing ngan daun sireh - petua orang tua. Harap-harap Irfan cepat sembuh. Dulu Kak Syirah tak kena jaundice, susah hati anak tak sihat camni.

Irfan dalam cahaya biru..sedih sangat

22 June, 2010

Gelagat Kakak

Syirah masa temankan Mama baru check-in ke wad. Sape yang sakit ni?
Hari pertama kena tido kat hospital, malam tu dah menangis-nangis dah teringat Syirah. Aduiyaii tak dapat ditahan-tahan kesedihan. Papa lah tukang pujuk. Huii tak sanggup aku walaupun umah dekat ngan spital tapi anak takde sebelah, dari lahir sampai umur nak dekat 3 tahun mana penah tido malam takde Syirah.

Bila dah ada adik, baru nampak perangai Syirah. Dulu tak perasan. Sekarang dia lain macam sikit. Maybe sebab nak attention lebih. Alhamdulillah kat umah ni ramai orang yang layan dia. So takdelah dia rasa terpinggir. Aku pun sedaya upaya dalam berpantang pun, still layan dia buat susu, tido dengan dia. Syirah kalau kita tak layan muka dia terus berubah. Dia ingat orang tak sayang dia lagi sebab dah ada adik. Lagi satu, mulut semakin becok macam orang tua. Tak terlayan dibuatnya.

Nak pakai stokin macam Mama, dah la jadi macam orang dalam pantang gak

Pakai bedak param nak macam Mama jugak..
Perangai Syirah sebagai kakak pun sangat ketara. Bila dengar kita cakap "eh adik berak lah", cecepat dia amik pampers. Boley lah diharap. Adik bangun malam pun, dia bangun jugak teman Mama. Kesian tengok dia, tak suruh bangun pun dia bangun dengan mata mamai-mamai tu. Nasib baik adik tak bangun banyak kali. Budak perempuan memang camni kot kan. Ala-ala keibuan je.

Tido pun nak sebelah adik, ni penat jaga adik

Sangat terharu.. nasib baik Papa ada kat sini. Syirah selalu dating ngan Papa je lah masa Mama takde.

16 June, 2010

Introducing..our new family member

Kronologi:
11 Jun - gi checkup doctor cek bawah, tapi baru bukak 1cm. Admitted terus sebab nak monitor jantung baby since dah due date. Sian Syirah...dalam tengahari maklong dia datang amik bawak balik umah. Papa tunggu Mama. Bilik single bedded so ada kerusi panjang boleh tido.

12 Jun - Takde tanda nak bersalin lagi. Contraction pun takde. Doktor decide nak pecahkan ketuban supaya sakit datang. By 10 am sakit dah datang. Tunggu lagi kul 12 tengahari, sakit makin kuat. Doktor cek bawah baru bukak 2 cm. Huhu. Kul 4pm doktor cek lagi, time ni sakit dah tak tertanggung. Malangnya baru bukak 4cm. Doktor advise untuk csect jalan takmo bukak and baby dah lemah. Ready untuk csect.

12 Jun - Muhammad Nor Irfan selamat dilahirkan pada pukul 5.39pm dengan berat 3.33kg. Alhamdulillah.

Terima kasih atas doa semua.

p/s: obimin tak rajin makan, susu pun tak minum tapi anak aku kuar besar gak. kihkih.

07 June, 2010

Tudung

Mari! Mari! Mari! Lelong tudung penghabisan stok hari ni last day. Hehehe..

Acah je.

Ni lah koleksi tudung ku yang ada. Tak banyak pun. Dulu pakai tudung bawal, sejak ada tudung awning camni, dah tak pandang dah tudung bawal. Bukan ape, tudung ni sonang yo mau pakai. Takyah nak gosok beria pulak. Senang, cepat dan mudah. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak kecik ni. (bukan malas tapi nak lebih efficient kononnya).

Tak specific pun brand. Mula-mula tudung ni diperkenalkan, terpaksa la beli kat Ariani. Sebab time tu Ariani je yang ada tudung camni. Ada la 2-3 helai dari Ariani. Yang lain-lain semua beli kat kedai-kedai tudung yang melambak kat Jalan TAR. Kena pandai cari lah. Tengok jenis kain yang elok. Awning aku suka yang thai silk, tak minat yang lecra (camni kot ejanya).

Ikut kata penjual-penjual tudung, nak basuh tudung ni pun ada caranya. Kalau boleh, awningnya takleh kena air sebab takut lama-lama dia jadi lembik. Basuh guna pelembut kain cam Softlan ke, pastu celup2 terus gantung. Takyah perah bagai.

Penggantung tudung tu beli kat IKEA, harganya lupa lah. Tapi memang sesuai dan menjimatkan ruang, senang nak grab especially bila saat-saat nak cepat.

Nanti tambah-tambah lah lagi kaler tudung yang ada. Tak cukup-cukup kan? Korang beli tudung camni kat mana? Basuh n gantung tudung camne?



01 June, 2010

Belum masanya lagi

Hari Jumaat, Wesak Day yang lalu dalam kul 3.30pm dapat sms dari kawanku Derna. Terkejut aku dapat sms dia dah bersalin! Padahal due kami lebih kurang. Maknanya dia awal 2 minggu dari tarikh jangkaan bersalin. Pulak tu, hari sebelumnya kitaorg dah berborak masing-masing wish gud luck. Ingatkan aku yang bersalin dulu, tup tup dia yang dah selamat. Alhamdulillah. Dari citer dia, memang mudah dia bersalin. Rezeki ko Derna. Bestnye....

Ni aku tengah menghitung hari... bila agaknya turn aku pulak. Penat memang penat dah ni. Tapi bak kata Derna 'biarlah baby decide sendiri bila dia nak kuar'. Semalam gi check-up, baby dah bertambah berat 3kg, mama pulak tak naik berat. Takut pulak kalo berat baby bertambah ni, kalo nak try normal kang mau la bersungguh kena push. Gynae tengok aku risau, dia pun tanya aku nak check 'bawah' tak? Aku ok je, bila lepas check, dia kata belum bukak lagi. Huhu..

Di kesempatan ni nak mohon maaf pada suami, keluarga, kawan-kawan dan sesiapa juga atas salah silap perbuatan mahupun perkataan. Semoga dipermudahkan perjalanan nak berjuang nanti. Amin.