Advert




22 June, 2010

Gelagat Kakak

Syirah masa temankan Mama baru check-in ke wad. Sape yang sakit ni?
Hari pertama kena tido kat hospital, malam tu dah menangis-nangis dah teringat Syirah. Aduiyaii tak dapat ditahan-tahan kesedihan. Papa lah tukang pujuk. Huii tak sanggup aku walaupun umah dekat ngan spital tapi anak takde sebelah, dari lahir sampai umur nak dekat 3 tahun mana penah tido malam takde Syirah.

Bila dah ada adik, baru nampak perangai Syirah. Dulu tak perasan. Sekarang dia lain macam sikit. Maybe sebab nak attention lebih. Alhamdulillah kat umah ni ramai orang yang layan dia. So takdelah dia rasa terpinggir. Aku pun sedaya upaya dalam berpantang pun, still layan dia buat susu, tido dengan dia. Syirah kalau kita tak layan muka dia terus berubah. Dia ingat orang tak sayang dia lagi sebab dah ada adik. Lagi satu, mulut semakin becok macam orang tua. Tak terlayan dibuatnya.

Nak pakai stokin macam Mama, dah la jadi macam orang dalam pantang gak

Pakai bedak param nak macam Mama jugak..
Perangai Syirah sebagai kakak pun sangat ketara. Bila dengar kita cakap "eh adik berak lah", cecepat dia amik pampers. Boley lah diharap. Adik bangun malam pun, dia bangun jugak teman Mama. Kesian tengok dia, tak suruh bangun pun dia bangun dengan mata mamai-mamai tu. Nasib baik adik tak bangun banyak kali. Budak perempuan memang camni kot kan. Ala-ala keibuan je.

Tido pun nak sebelah adik, ni penat jaga adik

Sangat terharu.. nasib baik Papa ada kat sini. Syirah selalu dating ngan Papa je lah masa Mama takde.

3 comments:

dyea irdina said...

farah letak la shout box kat blog ko br senang aku nak tinggal jejak ke apa ke

R'nis said...

untungnyer farah & azmi dpt anak dara cam syira tu...rajinnyer since da jd kakak ni ek....gud girl la kak syira ni......

mama-syira said...

Rozi, nanti aku letak eh, ni nak update blog pun bercinta. tak sempat.

Anis, alhamdulillah. tapi skrg dia nakal skit sejak dapat adik. perangai lain sikit hehe.