Advert




25 February, 2011

24 February, 2011

Ikan masak pindang

Resipi ikhlas shared by Auntie Hani. Tapi kita tak guna ikan tenggiri sebab bila pegi kedai pagi tu, tetiba pulak cari takde. So kita tukar ke ikan gerut-gerut.

Alhamdulillah Irfan makan as usual, sampai licin. Dia semua bedal. Hehe.. kalo sedap lagi dia makan sampai menjilat bibir sendiri. Thanks Hani for the recipe!

23 February, 2011

Melaka: ..dan beca sangat sinonim

Termakbul impian nak naik beca kat Melaka bila dah ada anak. Impian tak berapa tinggi macam naik gondola ke Venice. Boleh la nak capai lagi. Hehe..best rupanya naik beca. Walaupun panas tapi ada payung. Bersiar-siar dalam bandar Melaka sambil angin bertiup sepoi sepoi. Sorry bang kalo berat sangat.. 4 orang naik (yang paling berat tu saya mengaku). Upah abang kayuh beca tu RM20. Ok la kan.
Banyak tempat kami pegi tapi semuanya naik beca. Dia akan stop kat setiap tempat untuk amik gamba. Pastu dia hantar balik ke tempat asal yang dia amik tadi.
Dalam gamba ni, nampak sangat Papa & Mama yang paling happy, senyum sampai nampak gigi n gusi. Gamba-gamba lain, korang buatlah caption dia sendiri ye. Hehehe..


Yang ni takpe, aku buat caption siap-siap. "perut ngalah orang mengandung anak no 3". Boleh?


Servis anak bertukar tangan. Nasib baik ramai yang membantu. Lotih mama nak dukung dik oi.. stroller kakak pinjam. Cantik kan kapal belakang tu. Nak masuk dalam pun boleh tapi kena bayar so kitaorang posing dari luar je malas nak masuk.


Menuju ke tempat shopping dodol, sagun, gula melaka, keropok, macam-macam lagi.... kakak pulak nak dukung. Duty Papa lah ape lagi.


Tawar-menawar. "Kurang lah sikit cik"...sambil buat muka paling seposen.

Dalam banyak-banyak barang yang dijual, yang ni paling kakak berkenan.
Anak-anak dan topi. Tetiba kena beli topi, mengada je. Satu harga RM5, sib baik murah. Eh pasni leh buat contest "Anak dan topi". Tetiba.

Begitulah kisah kami di sekitar bandar Melaka. Ada lagi tau citer Melaka next entry. Grand finale. Hahaha.



Contest Si Manja Mandi

Wohoooo 1st time join contest. Sebenarnya seblom ni ada gak contest kawan-kawan rajin tag, tapi tak penah buat. Kali ni gagahkan buat tag dari Derna. Thanks Derna. Btw, contest ni dianjurkan oleh Ibu Balqis.

1. Mesti jadi Follower
2. Tulis satu entry pasal contest nie , dan letakkan gambar banner kat atas tuh dalam entry dan side bar. ( link kan yerr )
3. Gambar mesti la,gamba baby anda mandi(tak kira lah mandi sungai ke,laut ke,kat mana2 lah,asal kan mandi yee..
4. Umur baby anda mesti lah 3thn ke bawah.klu tak de gamba baby anda mandi,anak saudara ke,anak angkat ke,adik ke, pon boleh juga.. tapi kena minta izin pd ibu mereka dlu yee..
5. Tag 2 orang kawan. (jgn lupa inform diorang k)
6. Tinggalkan link entry anda di komen.
7. Hadiah diberikan kepada 2 pemenang.

Sila nyatakan Nama baby,lokasi baby mandi,tarikh lahir baby.

-------------------------------------------------------------------------------------

Irfan join dengan mempertaruhkan gamba ni. wahaha..pertaruhkan tu. Ayat taknak kalah. Mana tau ada rezeki.

Nama: Muhammad Nor Irfan bin Norazmi
Umur: 8 bulan
Lokasi mandi: Kat rumah

Nak tag 2 orang kawan:

1. Mummy Yana & Lea
2.
Ummi Khalish

21 February, 2011

Motivasi Ketrampilan Diri Eksekutif & Berpemikiran Kecemerlangan Global

On course for 2 days. Lari dari opis kejap...motivasi lah sangat kan. Hehehe. Orang ni hantar email cakap CIK...terasa muda kejap. Jangan jeles. Ok tu je. Bye.
Dear Cik Farah,

We would like to inform that the above course would be conducted as scheduled.
The details of the training as below :-
Date : 21 - 22 February 2011 (Monday - Tuesday)
Time : 0900 - 1700
Venue : Holiday Inn Glenmarie

17 February, 2011

Melaka: Nakhoda Seafood

Nakhoda Seafood terletak di Umbai, Melaka. Tak jauh dari bandar Melaka lebih kurang 20 minit menaiki keta, kalo jalan kaki jangkaan hari esok sampai InsyaAllah. Pergi tempat ni sebab tengok Derna pegi, pastu dia bagi voucher.. ape lagi kan. Thank you very much Derna!

Restoran ni atas air, dan luas sangat tempatnya. Ada tempat orang menjual kraftangan, restoran kat atas dan ada tempat permainan kanak-kanak di bahagian bawah. Kalo dah ada tempat mainan, paham-paham je lah.

Syirah dah ngantuk, padahal baru pukul 8 malam. Hehe.


Berganti-ganti baring dengan adik.


Antara lauk-lauk yang kami makan. Banyak tau, dengan 2 jag air. Total RM150. Murah kan kan? Sedap pulak tu. Compared dengan Asam Pedas hari tu..hurmm tepuk dada, tanya selera.



Lapar sangat. Terpaksa pegang adik sebelah tangan. Kakak dah tido. Sekian.


Adik's turn. Sleeping time. Mama tersenyum riang tanda kekenyangan.

16 February, 2011

Melaka: Menara Taming Sari

Sebenarnya jarak hotel ke Menara Taming Sari tu memang dari pandangan mata je boleh nampak. Tapi biasalah..kena paham sekarang ni kita membawa orang tua, kanak-kanak, baby dan mak baby. Muahaha.. sekarang semua masuk dalam keta cepat!






Bila masa lah kakak posing kat lobi hotel ni. Mama pun tak perasan, tetiba ada gambo ni dalam folder. Kasi up sikit sebab bibir dia merah menyala (dia pakai lipstik bila pun aku tak tau).




Menara Taming Sari ni tempatnya di mana korang dapat naik benda kat belakang tu. Nanti kat atas dia berpusing macam Menara KL. Boleh tengok view bandar Melaka.

Beratur tau nak naik. Panjang jugak q nye tapi cepat bergerak so tak tunggu lama. Service pun efficient dan teratur. Good job! Eh lupa..tiket untuk dewasa berharga RM10, kanak-kanak dan warga tua RM5.


View from top. Syirah kata "Iyah pening lah..." Sian.



Irfan tido start dari bawah sampai dah sudah turun pun still tido. Emm.. tak dapat lah menikmati pemandangan.. macam lah adik paham kan? Ngeeeeee


Dataran pahlawan dari atas Menara Taming Sari.


15 February, 2011

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Hari ni 12 Rabiul Awal dalam kalendar Islam bersamaan hari kelahiran Nabi kita. Selamat bercuti sambil menghayati hari indah ini.
Jom kita baca artikel yang sangat menarik ni:
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
sumber: musleem.com

14 February, 2011

Melaka: Swim n eat

Sebelum booking hotel, aku selalunya review facilities kat hotel tu ada swimming pool ke tak. Untuk anak-anak semestinya. Best jugak pool kat sini, besar.

Manakala breakfast adalah biasa-biasa saje. 2 kali breakfast, dua-dua pun sama menunya. I kan suka breakfast kat hotel :P

Dalam banyak-banyak menu, Syirah suka cornflakes + susu....yang mana boleh didapati di rumah. Hahaha.


Get ready to swim! Seksi hokey...


Adik pun naakk jugak. Bogel lagi seksi. Sekali life guard datang 'Puan, pakaikan dia seluar ye takut dia kencing or berak dalam pool'. Hahaha. Alah, tak sampai 5 minit pun rendam Irfan.

12 February, 2011

Happy 8months old Irfan!


Di kala 8 bulan ni, Irfan dah pandai sebut Mamamammamam. Opah dia kalo tiap kali Irfan sebut Mamammamammam dia kata Irfan nak makan. Takkan ler tetiap minit sebut nak makan. Sah2 dia panggil Mama dia (hmmphh hmmpph bangga kembang idong).

Manja sikit budak lelaki ni. Kalo nampak Mama nak kepit peluk je. Sampai kakak jeles selalu.

Sangat suka mengutip bila meniarap. Habis satu rumah dia 'sapu'. Especially yang halus-halus lagi dia berkenan.

Dah berdiri! Ni pencapaian paling besar. Macam nak jalan dah je. Pantang nampak tempat yang dia boleh meniti, dia akan pegang tup tup dah berdiri. Fuh bahaya kalo terlepas pandang.

Macam nak tumbuh gigi sebab asik main-main gusi bawah dengan lidah.

Tak pandai duduk weh budak ni. Heran Mama. Berdiri boleh pulak. Susah nak bawak gi makan tak pandai duduk lagi dalam baby chair.

Sangat suka bogel. Bila lepas mandi, nak pakai pampers otomatik nangis. Eii shame shame tak malu.

Baru baik berak-berak selama 4 hari. Satu hari sampai 6 kali berak. Risau gile. Orang kata nak beralih bulan/nak ringankan badan. Alhamdulillah dah stop dah.

Happy 8months old adik Irfan. Senang jaga adik, tak banyak kerenah sama macam kakak. Sikit-sikit mengada-ngada tu biasalah. Setakat buat Mama naik hantu tu pun ok lagi boleh diterima. Hahaha. Semoga jadi anak soleh dan taat pada orang tua. Amin.

11 February, 2011

Melaka: Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Lepas check-in haritu, kami dah kelaparan tahap gaban..nak cari nasik..nak cari nasik. Namanya pegi Melaka, harus lah terjah kedai yang ada asam pedas. Dah tanya kengkawan, 2-3 orang yang suggest gi makan kat restoran Asam Pedas Selera Kampung ni. ILa pun siap sms pesan gi restoran ni, katanya melepasi piawian tekak. Sementelah restoran ni pun sekangkang kera je dari hotel tempat kami menginap. Tapi takleh nak pegi secara sekangkang kera, kena gak naik keta sebab bawak orang tua dan anak-anak kecik.

Walaupun lapar..sempat berposing di depan restoran ala-ala rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.


Orang meramai gile kat restoran ni, kena lah amik tau betul ke sedap? Pilih pilik lauk.. nampak tak udang besau tu, baru lepas goreng. Panasss lagi.

Tadaaa.. ni lah dia specialty restoran ni. Kepala ikan dalam kuali masak asam pedas. Memandangkan aku bukan penggemar asam pedas, aku tak makan. Bley? haha. Camne nak review. Tapi mengikut pendapat yang lain, ok -ok je. Tak lah meletop sangat.


Suami cum driver saya yang kelaparan. Sian..




Opah pun lapar, cucu kat sebelah ada lah makan secubit dua.




Lauk-lauk lain: udang kara goreng 3 ekor, asam pedas ikan pari 2 pieces, gulai daging, sayur campur tempe, nasik untuk 5 orang, air untuk 5 orang. Semua sekali RM120. Mahal tak? Pada aku mahal untuk restoran yang biasa-biasa. Mungkin overrated tu yang ramai. Kalau korang nak tau, datang sendiri dan jangan lupa cuba ya.


09 February, 2011

Melaka: Check-in dulu

Bertolak dari umah dah kul 10++, nasib baik kat highway tak jem. Alhamdulillah, all the way dari rumah sampai ke Ayer Keroh, anak-anak tido! Fuh..amazing. Bagos sangat.

Budak-budak terbangun bila sampai tol Ayer Keroh yang very the jammed. Kakak as usual jadik co-pilot Papa. Sementara jem tu, bagi adik makan sesiap. Home made bubur nasik.


Pakai garmin pun sesat :P gelakkan Papa. Kat Melaka ni jalan sehala je kan, tu yang jem, dah la trafik light banyak! Hadoii... letih menunggu lampu hijau. Akhirnya sampai jugak kami di Mahkota Hotel.


Ramai betul Chinese... dorang ni tak balik kampung ek time raya? Ngeee. Lepas urusan check-in..kami pun pulang ke pangkal jalan... gi masuk bilik memasing lah ape lagi.

Aku, suami dan anak2 stay kat mahkota floor room. Manakalah emak, kakak dan adik2 stay kat 2-room apartment. Building lain-lain tapi tak jauh la ikut lif pintu belakang. Bilik emak ada la hall, dapur semua. Bilik kami anak beranak, standard bilik hotel.

Apa-apa hal, adik dah landing rasmikan katil dulu.


Bilik air tempat pertama ku terjah. Tapi takde bath tub.



View dari balkoni kami. Sebelah kiri tu laut..tempat nak naik cruise tu. Depan ada hotel Holiday Inn, Mahkota Parade ngan Dataran Pahlawan. Belakang hotel kami, Mahkota Medical Centre.. jangan tak tau tempat tu pun aku 'visit' sempena holiday kali ni.
Komen aku pasal bilik kat Mahkota Hotel ni, tak padan dengan harga lah. Tilam ngan bantal tak empuk pun (dok hotel-hotel sebelum sedap je tilam ngan bantalnye), pastu aircond punya remote tu aku nak low kan suhu pun tak berfungsi. Kesejukan anak-anak aku bila malam. Ntah la rasa macam tak berbaloi harga dengan bilik. Rugi rugi...

Ni apartment yang emak duduk. Ok-ok aje, macam bangunan dah lama. Tak cantik pun. Pantry pun takde provide pinggan mangkuk, sudu seketol pun takde. Sadis..
Next entry...gi lunch kat restoran Asam Pedas Selera Kampung. Sedap ke? Tungguuu.. (bajet ada orang nak tunggu).